BAB 7
Kamal berasa tidak sedap hati dan asyik teringkan ibunya di kampung. Tidak semena-mena dia teringat akan janji yang dibuat.
"Ya Allah aku lupa telefon ibu!"
"Panggilan yang anda dail tidak dapat dihubungi" kali pertama.
"Panggilan yang anda dail tidak dapat dihubungi" kali kedua.
"Panggilan yang anda dail tidak dapat dihubungi" kali ketiga.
Tidak pernah Mak Mah gagal menjawab telefon.
Kamal membuat keputusan untuk pulang kampung.
Semenjak dia menjawat jawatan penting ini, dia semakin jauh dengan ibunya. Rasa berdosa menyelubungi Kamal.
Pedal minyak ditekan habis kerana Kamal merasakan dia perlu sampai segera.
**************************
"Assalamualaikum....Assalamualaikum. Ibu....ibu....Mal balik ni bu,"
Diam.
Sunyi.
Sepi.
Kamal meninjau disekeliling rumah. Tidak juga kelihatan kelibat ibunya. Pintu berkunci dari dalam.
Tingkap juga tertutup rapat.
Masih awal pagi untuk ibunya keluar.
Basikal juga masih tersimpan kemas di bawah rumah.
Hanya tinggal satu tempat untuk ditinjau. Bilik air yang terletak di belakang.
Kamal menghampiri dan terdengar bunyi air paip mengalir laju.
"Ibu...ibu...," panggil Kamal.
Tidak berjawab.
Dia menolak daun pintu dan mendapati Mak Mah sedang terbaring di atas lantai.
"Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, apa dah jadi? Ibu sedarlah," jerit Kamal.
Perlahan-lahan dia mengangkat kepala Mak Mah, bimbang dia memburukkan keadaan.
Mak Mah jatuh sewaktu mahu mengambil wuduk.
Jeritan Kamal didengari jiran tetangga yang segera datang menghulurkan bantuan. Mak Mah dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.
Kamal kaget melihat ibunya nyawa-nyawa ikan. Mungkin ibunya sudah terlantar di situ sejak dari Subuh tadi.
Perasaan bersalah menusuk ke kalbunya. Kamal ini hanya diam sambil memegang erat tangan ibunya.
Jika selama ini dia hanya menyelamatkan nyawa orang lain, pagi ini dia perlu melakukan perkara yang sama terhadap wanita yang telah bersusah payah melahirkan dia ke dunia.
Para doktor menasihatkan Kamal supaya tidak campur tangan dalam pembedahan mengeluarkan darah beku yang terdapat pada kepala ibunya. Namun Kamal tetap bertegas. Dia akan turut sama dalam pembedahan itu.
Kamal tidak membiarkan dirinya dibelenggu emosi.
Dia kini seorang anak dan doktor yang sedang fokus.
Perlahan-lahan kepala ibunya ditoreh. Pembedahan itu berjalan selama 6 jam. Selesai sahaja menghantar ibunya ke ICU. Kamal terjelepuk di lantai. Dia lemah, sedih dan merasa amat tertekan.
Risau.
Selesai menukar pakaian, Kamal menuju ke surau. Dia perlu merayu pada Allah.
"Ya Allah Ya Tuhanku, kau selamatkanlah nyawa ibuku. Ampunkanlah dosa-dosaku. Berikanlah aku peluang untuk berbakti kepada ibuku. Aku khilaf ya Allah. Tenggelam dalam urusan duniawi sehingga mengabaikan ibuku. Kepadamu aku berserah Ya Allah," doa Kamal sepenuh hati.
Share this novel