Chapter 1

Romance Completed 4761

BAB 1

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi ibu tua yang sedang duduk berehat di atas parking usang peninggalan arwah suaminya. Sekali-sekala dia terbatuk kerana terasa ada benda yang tersekat diruang kerongkongnya.

"Lama anak-anak tidak pulang menjenguk aku" tuturnya di dalam hati.

Rumah yang dahulunya riuh kini sepi. Sunyi dan sendiri dia menghabiskan saki- baki hidupnya. Mak Mah tinggal sendiri setelah 3 orang anak-anaknya berhijrah ke bandar untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Tidak seorang pun dari mereka pulang sejak kebelakangan ini. Lupakah mereka pada ibu tua yang ditinggalkan di kampung?

Bukannya tiada telefon untuk bertanya khabar, bukannya tiada posmen untuk mengirim berita. Walau 1000 alasan menerpa ruang benaknya, hati seorang ibu itu tetap mendoakan yang baik-baik sahaja untuk ketiga-tiga anaknya.

Senja makin berlabuh menandakan azan Maghrib bakal berkumandang. Perlahan-lahan Mak Mah bangun dan meniti tangga naik ke atas rumah.

Usai membersihkan diri, dia kini duduk berteleku di atas sejadah, memohon ampun di atas kekhilafan dirinya yang banyak lalai dan alpa dengan urusan dunia.

"Ya Allah ya Tuhanku, ampunkan dosa-dosaku, ampunkan dosa kedua ibu-bapaku, suamiku, dan anak-anakku. Kau peliharalah keselamatan anak-anakku walau di mana sahaja mereka berada," doanya sepenuh hati.

Malam itu Mak Mah tidur tanpa makan malam dan hanya bertemankan air mata rindu. Rindu kepada tiga insan yang pernah mendiami perutnya selama 9 bulan.

"Kamal.........Kamal.......jangan lari jauh-jauh, hilang nanti," serentak itu mata Mak Mah terus buntang. Dia terjaga dari lena. Astaga mimpi rupanya aku.

Jam loceng di tepi katil di capai. Mata tua itu digosok-gosok dan cuba meneka waktu yang sebenarnya. Jarum pendek menunjukkan angka 3, jarum panjang menunjukkan angka 12. Tepat jam 3 pagi.

Tidak tergamak menyambung tidur, Mak Mah bangun dan mengambil wuduk. Dia mahu berbual dengan penciptaNya. Walaupun hatinya kosong dengan perilaku manusia sekeliling, hatinya tenang apabila dapat bangun bersolat tahajjud.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata:

"Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajjud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilanperkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-

* Jauh dari segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:

* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al -Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Walaupun Mak Mah tidak berpelajaran tinggi, namun dia bersyukur kerana ilmu agama yang ditinggalkan oleh kedua orang tuanya tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience