BAB 5
"Anak, boleh mak cik tumpang tanya?"
"Boleh mak cik, tanyalah,"
"Ini ke Kolej Perindu?"
"Haah, inilah Kolej Perindu," jawab anak muda itu.
Alhamdulillah, dia sampai di tempat yang betul.
"Ada apa mak cik tanya? Mak cik datang ni melawat ke?"
"Haah, mak cik datang nak lawat anak mak cik,"
"Owh, siapa namanya? Boleh saya tolong panggilkan. Perempuan tak boleh masuk asrama lelaki ni,"
"Kamal Bin Hasan, itu nama anak mak cik. Tapi mak cik tak tahu nombor bilik dia,"
"Takpe, nanti saya tanyakan AJK Kolej,"
"Mak cik duduk dulu ya, saya pergi sekarang," belas hatinya melihat ibu tua bersama dua orang anak membawa beg baju dan menjinjit barang. Mungkin baru sampai dari kampung.
"Ibu......ibuuuuuu," jerit Kamal dari jauh.
"Ibu, maafkan Kamal kerana tak dapat menghubungi ibu selalu. Lalu dikucupnya tangan tua itu. Sungguh dia merasa berdosa. Gugur air mata jantannya apabila dia melihat ibunya membawa bungkusan jagung dan sesikat pisang dari kampung. Tentu berat di bawa ke hulu dan ke hilir.
"Kenapa ibu tak beritahu nak datang? Boleh Mal sediakan bilik,"
"Eh takpelah Mal, kami datang ni sekejap sahaja. Bukannya nak lama. Sekadar melepaskan rindu,"
"Wahhhh....Along besarnya universiti ni. Nanti adik pun nak belajar rajin-rajin dan masuk sini jugak," kata Hisyam penuh teruja.
Semenjak sampai Eisya banyak mendiamkan diri.
Keadaan itu disedari Kamal.
"Kenapa Eisya diam? Eisya penat?"
Eisya masih lagi diam seribu bahasa. Sebenarnya dia marah. Marah kepada Kamal. Sampai hati Kamal mendiamkan diri dalam tempoh yang terlalu lama. Membuatkan dia dan keluarga demam rindu.
"Kakak merajuk sebab Along lama tak call. Dia ingat Along dah jumpa girlfriend lain selain dia," usik Hisyam yang cuba menceriakan suasana.
Malangnya semua itu tidak berhasil, malah Eisya terus menekup muka. Dia menangis.
Melihat keadaan itu, Kamal kaget.
"Janganlah menangis Eisya. Along minta maaf ya. Mana mungkin Along ada girlfriend lain selain jantung hati Along kat sebelah ni," pujuk Kamal.
Eisya kini tersenyum sehingga nampak jelas lekuk lesung bibirnya.
Kamal lega. Mak Mah lega. Hisyam hanya ketawa. Sangkanya kakaknya hanya berpura-pura, rupa-rupanya memang betul Eisya geram kerana memikirkan Kamal sudah melupakan dirinya.
Mak Mah bahagia. Kesemua zuriatnya bersatu di depan mata.
Share this novel