BAB 10
"Ibuuuu...tengok dorang ni!" ngadu Eisya.
Dia kalah kepada abang dan adik lelakinya dalam pentempuran merebut ketam masak lemak cili padi.
Biasalah selera budak lelaki. Memang makan banyak dan cepat sahaja kunyahnya.
Dua tiga suap selesai beberapa ekor ketam.
"Ya Allah jangan berebut. Ada banyak lagi kat dalam periuk tu," kata Mak Mah. Hisyam dan Kamal hanya tersengih-sengih melihat Farisya yang terkial-kial mencari ketam di dalam magkuk.
Mak Mah bahagia. Ketiga-tiga anaknya berada di depan mata, sedang berebut menyuap lauk pauk air tangannya.
Masing-masing makan bertambah, walaupun Mak Mah tidak sengaja memasukkan terlalu banyak cili padi ke dalam masakannya.
Riuh-rendah keadaan di meja makan.
Mak Mah yang simpati dengan Farisya, mengasingkan isi ketam dan ingin menyuapnya kepada Farisya.
Hisyam yang dapat membaca tindakan ibunya segera bangun dan menarik tangan ibunya lalu disuakan ke mulutnya.
"Aummmmmm, sedapnya. Nak-nak lagi ibu yang suap," kemudian ketawa terbahak-bajak sehingga berair mata.
Farisya hanya terlopong melihat perangai kebudak-budakan adiknya lalu turut ketawa.
Akhirnya semua yang ada di meja sama-sama ketawa.
"Ada-ada sahaja kamu adik-beradik ni. Nanti bila ibu dah tak ada, ibu nak semuanya gembira macam ni. Jangan bergaduh sesama sendiri. Harta ibu tak banyak dan harta yang paling berharga tentulah kamu bertiga, Jadi anak yang soleh dan solehah ya," luah Mak Mah.
Kunyahan terhenti. Masing-masing terasa perit mahu menelan makanan.
"InsyaAllah bu. Kamal akan jaga ibu dan adik-adik,"
"InsyaAllah ibu, Eisya akan pastikan Along dan Hisyam jadi lelaki yang terbaik,"
"Hisyam janji bu, Ibu janganlah cakap macam tu. Nanti Hisyam menangis," katanya dengan linangan air mata.
Terus mereka berempat berpelukan.
Kasih ibu membawa ke syurga.
"Anak-anakku jadilah manusia yang berguna di dunia dan akhirat. Doa dan restu ibu sentiasa bersama kamu, saham dunia akhiratku,"
"Kamal,Farisya dan Hisyam. Ibu sayang kamu,"
TAMAT
Share this novel