Chapter 6

Romance Completed 4761

BAB 6

Pejam celik, pejam celik sudah 6 tahun berlalu. Kamal kini menjawat jawatan doktor pakar bedah di sebuah hospital terkemuka di ibu kota.

Farisya pula telah tamat belajar dari sebuah universiti yang terletak di utara semenanjung dan sedang berkira-kira untuk menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi. Tapi untuk ke tahap itu, di memerlukan belanja yang lebih besar.

Hisyam, dia kini sedang belajar di kolej matrikulasi di selatan tanah air.

Mak Mah merasakan dirinya kosong.

Sepi.

Sendiri.

Umpama orang terbuang.

Walaupun anak-anaknya selalu mengirimkan wang belanja, tidak pernah sedikit pun disentuhnya. Dia masih kuat melakukan kerja-kerja kampung. Kini Mak Mah mengambil upah menjahit baju bagi menghilangkan kesunyian.

Sekurang-kurangnya apabila ada yang datang untuk menempah baju, dia ada teman untuk berbual. Setiap pelanggan yang datang dilayannya bagaikan 'raja'.

"Hello Mal, ibu ni. Mal sibuk ke?"

"Bu, Mal ada emergency case ni. Nanti Mal call ibu semula ya"

Dan ibu tua itu terus menanti sehingga tertidur di sebelah meja telefon.

Sebaik terjaga Mak Mah kembali bersedih. Dia ingin mengumpulkan anak-anaknya. Hanya satu tujuannya, untuk mengadakan kenduri arwah buat suaminya dunia akhirat.

Ingin menghubungi Kamal semula, dia sudah tidak sanggup. Mak Mah kini beralih kepada Farisya.

"Hello ibu, Eisya tengah layan pelanggan ni. Nanti Eisya call balik ya bu," begitulah janji yang ditabur.

Walaupun terasa hati, Mak Mah tetap bersyukur kepada Ilahi kerana kini kesemua anak-anaknya berjaya. Berjaya sehingga alpa memberi perhatian kepada ibu yang mengandungkan dan membesarkan.

Tiada jalan lain lagi.

Mak Mah nekad membuat kenduri arwah buat suaminya.

***************************

"Mana anak-anak kau Mah? Tak nampak batang hidung pun?" tanya jiran tetangga yang hadir untuk bacaan yassin.

"Haah Mah, jarang sungguh aku nampak Kamal dan Eisya kat kampung ni. Dulu selalu jugak balik jenguk kau," tanya salah seorang AJK masjid.

"Dorang sibuk, tak dapat balik. Takpelah, asalkan doa dan pahala ini sampai kepada arwah," jawab Mak Mah sambil cuba menahan air mata.

"Takdelah, sibuk macam mana pun, balik lah sekejap. Bukan untuk orang lain, untuk ayah sendiri jugak. Hisyam tu kami fahamlah sibuk belajar. Tak boleh ponteng kuliah sesuka hati," tambah menyentap hati Mak Mah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience