Chapter 4

Romance Completed 4761

BAB 4

"Hello ibu, Eisya ni. Malam ni Eisya tak balik rumah tau, nak buat overtime. Kita kan dah nak raya ni. Ibu jangan risau tau. Pandailah Eisya jaga diri. Lagipun ramai kawan-kawan kat sini," terangnya panjang lebar.

Hati ibu mana tidak risau membiarkan anak gadisnya berkerja sehingga lewat malam. Mak Mah risau. Adakah keputusannya membenarkan Eisya keluar mencari duit poket adalah keputusan yang salah.

Segera ibu tua itu berdoa kepada Tuhan agar dipermudahkan urusan anaknya dan dipelihara sewaktu berjauhan dengan dirinya. Sudah tiga bulan Kamal pergi melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di tengah-tengah bandaraya Shah Alam.

Pada mulanya dia kerap menelefon berkongsi cerita, namun setelah beberapa ketika Mak Mah merasakan dirinya semakin jauh.

"Mungkin Mal sibuk menghadiri kuliah. Lepas tu ada pulak tugasan luar yang perlu disiapkan," cepat sahaja ibu tua itu membuang sangkaan yang tidak elok. Hatinya rindu. Rindu mahu menatap anak sulungnya itu di depan mata. Rindu mahu memasak nasi daging kegemaran Kamal. Rindu untuk memeluk tubuh itu.

"Ibu, dah lama sangat Along tak telefon kita kan? Adik rindulah. Jom kita melawat abang kat tempat belajar dia nak bu?" Tanya Hisyam penuh pengharapan, dalam hati dia berdoa agar ibunya bersetuju. Dapatlah dia jalan-jalan cuci mata.

Mak Mah hanya memandang wajah anak bongsunya. Dia sedar anak lelakinya itu rindu kepada abangnya. Hisyam tidak dapat menikmati kasih seorang ayah kerana ayahnya meninggal dunia tidak lama selepas dia dilahirkan. Jadi dia membesarkan menumpang kasih seorang abang.

Hisyam dan Kamal tidak dapat dipisahkan. Apabila Mak Mah mahu menegur Hisyam, Kamal yang akan jadi pelindungnya. Walaupun Hisyam dimanjakan, Kamal tetap bertegas dalam sesetengah hal. Bukan apa, Kamal tidak mahu adiknya rosak kerana terlalu dimanjakan.

"OK, nanti kita bagitahu kakak. Ibu pun rindu nak tengok abang. Entah cukup makan ke tidak. Sihat ke tidak,"

"Yeayyyyy.....sayang ibu. Adik nak pergi kemas baju lah sekarang," bingkas Hisyam bangun dan mengambil beg baju yang dipenuhi habuk di atas bumbung almarinya.

*******************************

Perjalanan dari utara tanah air itu dimulakan seawal Subuh kerana mereka perlu menaiki bas ekspress yang stesennya terletak agak jauh dari rumah.

Dek kerana terlalu teruja, Hisyam dan Eisya tidak perlu dikejutkan. Maing-masing sudah siap mandi dan tercongok di hadapan pintu Mak Mah.

"Ibu, cepatlah nanti tertinggal bas pulak,"

"Iye...ye...ibu tengah pakai tudung ni."

"Bukan main dua orang ni tak menyabar. Ibu tahulah korang suka bab-bab berjalan ni kan?"

Serentak kedua beradik itu ketawa berdekah-dekah. Memang ini yang ditunggu-tunggu. Mereka sendiri tidak dapat mengingati bila kali terakhir mereka berjalan jauh.

Cuma dulu sahaja sekali-sekala mereka berjalan jauh melawat saudara mara jauh ibu mereka. Bagaikan kanak-kanak kecil yang mendapat gula-gula, laju sahaja langkah.

******************************

"Wah besarnya bangunan kat sini,"

"Cantiknya tempat ni,"

"Ibu,tengok tu! Ada kolam besar,"

Hisyam dan Eisya sedikit jakun kerana tidak pernah seumur hidup mereka melihat bangunan tinggi dan sebesar itu. Mak Mah hanya tersenyum melihat kelakuan kedua-duanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience