BAB 8

Romance Completed 10117

Hujung tahun bakal tiba. Apa ada pada hujung tahun itu? Kad undangan di tangan aku tatap lagi. Senyuman terukir di bibir saat ini. Sungguh aku bahagia dengan keadaan sekarang. Dua bulan yang lalu, hidupku seakan suram. Tetapi, Allah itu Sehebat-hebat Perancang! DIA hadirkan bahagia dalam keadaan yang kita sendiri tidak mampu menduganya! Benar, cintaku kepada Yang Satu semakin teguh dengan ujian-ujian yang diselitkan dengan bahagia yang begitu indah! Subhanallah..

“ Kau biar betul? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba nak kahwin? Bila kau bertunang? Siapa lelaki tu? Handsome macam aku tak?” Muaz menayangkan gigi. Aku dan Aneesa ketawa.

“ InsyaAllah, dialah yang paling kacak di mata aku. Fasal kahwin tu.. aku nak buat macam mana? Allah hantarkan dia lebih awal daripada jangkaan aku. So, aku terima ketentuan DIA. Doakan yang terbaik buat kami, okey?” Muaz angguk sambil senyum. Satu lagi sampul aku serahkan kepadanya. Muaz mengerutkan dahi.

“ Serahkan satu untuk Aril. Aku tahu, sepatutnya aku serahkan sendiri pada dia, tapi aku bimbang dia rasa tak selesa.. Kau boleh tolong aku, kan?” Muaz mengangguk. Aku dan Aneesa meminta diri.

‘Moga Allah sentiasa menjaga hati kita. Hati awak. Dan hati saya. Apabila rasa rindu bertaut di hati saya untuk bakal pemilik hati saya ini, saya letakkan tangan di dada. Mendoakan moga Allah pelihara rindu itu hingga tiba masanya. Dan saya juga mendoakan moga rindu yang hadir dalam hati saya buat bakal zaujah saya ini tidak melebihi rindu saya pada Allah dan rasul, seperti mana cinta saya yang saya harapkan agar lebih Agung kepada Pencipta kita daripada ikhlasnya cinta saya pada insan yang bakal mendapatnya. insya-Allah.

Buat bakal pemilik hatiku, peliharalah dirimu di sana.. Jaga peribadi. Jaga diri. Dan jaga hatimu. Insya-Allah, kita akan berjumpa di suatu hari. Ya! Di saat Allah mengizinkannya. Di saat ijab dan kabul bakal menyatukan kita. Buatmu, yang Allah titipkan untuk menyerikan hidup saya selepas ini, buatmu yang Allah amanahkan kepada saya untuk saya pimpin ke syurgaNya nanti.. Cintaku padamu kerana hebatnya cintamu pada Allah yang Menciptakan kita. Moga bersua saat masanya tiba.. insya-Allah.

–bakal imammu. Pemimpinmu ke syurga cinta, insya-Allah-‘

Aku menatap cebisan kertas di tanganku. Sebuah senyuman aku kulumkan. Bicara itu cukup menyenangkan aku. Cukup mendamaikan sekeping hati ini. Ya! Sepucuk surat yang dikirimkan khas daripadanya untukku. Walau tiada kata-kata cinta seperti pasangan kekasih lain, namun itu bukanlah satu kekurangan buatku. Cukup dengan bicara yang mengingatkan aku kepada Tuhanku. Kepada Rasulku. Aryan Muqri. Ya, bakal pemilik hatiku. Bakal pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. InsyaAllah, selamanya akan begitu. Sudah dua bulan aku menjadi tunangannya, dan selama itu jugalah tiada pertemuan antara kami. Aku dan dia sama-sama bersetuju untuk memelihara hati kami daripada rindu. Aneh bukan? Tetapi itulah hakikatnya. Biarlah kami sama-sama membuat kejutan sesama sendiri. Kata ummi, aku dan Aryan pernah berjumpa, tetapi aku sendiri tidak betah mengingati pertemuan itu. Mungkin ada baiknya begitu. Biarlah hatiku terus kekal merindu pada Sang Penciptaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience