BAB 2

Romance Completed 10117

Aku memandu kereta ke pekan. Ummi di sebelah sedang leka mendengar alunan ayat-ayat Al-Quran daripada radio yang dipasang.

“ Angah pernah terfikir nak kahwin muda tak?” soalan ummi membuat aku tersentak. Langsung aku tidak menjangka soalan itu akan terzahir dari bibir ummi.

“ Ke.. kenapa ummi tanya macam tu?” ummi senyum.

“ Saja-saja tanya. Mana tahu, kalau anak ummi ni dah ada pilihan hati, tapi tak berani nak berterus-terang,”

“ InsyaAllah ummi.. Angah sendiri tak berani nak letakkan harapan apa-apa, mi.. Biarlah Allah yang menentukan

segala,” ummi tersenyum. Aku sendiri tidak pasti untuk apa senyuman itu diukirkan.

“ Ummi takkan halang kalau dah ditakdirkan angah kahwin muda, tapi angah kenalah belajar asas rumah tangga dulu. Hehehe,” ummi sudah ketawa. Wajahku sudah terasa panas. Pasti ummi memerliku kerana hanya aku yang jarang ke dapur, menunjukkan skil yang satu itu.

“ Ummi ni.. sempat lagi!”

Setelah menurunkan ummi di tepi jalan, aku mula mencari parking. Waktu-waktu begini memang susah untuk mencari parking, ditambah pula dengan hari ini adalah hari giliran. Kereta Viva kepunyaan abah aku parking di sebelah Perdana setelah hampir 20 minit mencari tempat kosong. Ternampak ummi yang sedang leka memilih sayuran, aku bergerak ke arahnya.

“ Ummi, ada apa-apa lagi nak dibeli ke?” aku pandang wajah ummi. Ummi senyum sambil mengangguk. Plastik yang berada di tangannya aku ambil.

“ Ummi nak beli buah sikit,”

“ Kalau macam tu, jomlah..” aku mendahului ummi ke gerai buah. Tibanya di sana, ummi leka memilih buah-buahan. Aku pula hanya berdiri di satu sudut. Memandang perbuatan ummi.

“ Assalamualaikum..” seseorang memberi salam. Aku berpaling. Bulat mataku melihat lelaki yang berdiri di hadapanku. Lelaki sama yang aku temui di pantai dulu! Lelaki yang membuat aku tiba-tiba diserang gelisah, dan hari

ini, dia muncul lagi! Sekali lagi membuat hatiku resah!

“A…apa..”

“ Salam tu wajib dijawab,” pintasnya dulu. Aku mengerut dahi.

“ Waalaikumussalam.. Er.. maaf,” aku meninggalkan dia sendiri. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan jika berlama-

lama di situ. Ummi aku hampiri.

“ Angah kenapa?”

“ Tak.. tak ada apa-apa,.” Langsung aku tidak berani berpaling ke arah lelaki itu. Bimbang jika dia masih ada di

situ, dan kegelabahanku pula akan terbongkar.

“ Angah dah kenal Aryan?” soal ummi. Aku terpana. Aryan? Siapakah gerangannya? Segera aku mengeleng.

“ La.. tak lagi ke? Dari tadi dia ikut kita, angah tak sedar ke?” sekali lagi soalannya aku jawab dengan elengan. Mana mungkin aku menyedarinya andai pandanganku ditundukkan?

“ Aryan..”

“ Ya, Mak Aya?” suara itu! Aku sudah mengenali suara itu! Adakah dia..

“ Angah, inilah Aryan. Aryan, ini Aira Fittiya, anak kedua Mak Aya,” ummiku berceloteh. Aku hanya menundukkan

wajah. Wajahku terasa panas. Ya Allah.. apa yang sedang aku alami sekarang?

“ Selamat berkenalan, Aira..” hanya suaranya yang masuk ke gegendang telingaku. Aku hanya mengangguk kecil.

“ Ummi ada lagi yang nak dibeli ke? Kalau tak, elok kita balik sekarang. Barang-barang pun angah tak simpan lagi,”

“ Baiklah, terima kasihlah Aryan, temankan Mak Aya tadi..”

“ Tak apa, Mak Aya. Kereta letak mana? Biar Aryan bawakan barang-barang ni sampai ke kereta,”

“ Tak apa. Saya boleh bawa,” kataku, cuba menolak. Aryan senyum kepadaku. Aku kembali tunduk.

“ InsyaAllah, tak menyusahkan saya pun,” ujarnya. Akhirnya, Aryan mengekori aku dan ummi ke kereta. Kebetulan lagi, kereta Perdana yang diparkir di tepi kereta abah itu adalah keretanya. Ummi dan Aryan leka bersembang. Dan aku pula hanya berdiam diri. Langsung tidak terfikir untuk mencelah.

“ Maaflah Aryan. Aira memang begini. Dia pemalu sikit,”

“ Saya faham, Mak Aya. Eloklah begitu daripada dia melabuhkan pandangannya kepada lelaki yang bukan muhrim buatnya. Daripada dia meluahkan kata untuk lelaki lain. Biarlah ia terus kekal buat bakal suaminya,” ujar Aryan. Wajahku memerah.

“ InsyaAllah.. semoga Allah makbulkan,” sambung ummi.

“ Semoga berjumpa lagi, Aira Fittiya. Assalamualaikum,”

Aku masuk ke dalam kereta. Ummi juga sama. Nafasku tarik sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan perlahan. Ada debaran yang berkocak di jiwa. Apakah maknanya? Wajah itu seakan tersenyum kepadaku. Beberapa kali aku beristighfar untuk mengusir bayangan itu.

‘ Ya Allah.. pelihara hatiku..’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience