“Pergi tak nanti job fair? Ibu tengok dalam brochure tempohari, banyak peluang pekerjaan ada ditawarkan. Boleh la try apply yang mana sesuai dengan bidang along tu.” Suara ibu yang baru melangkah masuk ke bilik tidurku membuatkan aku tersentak daripada keasyikkan melayan anime Jepun. Ketika itu aku sedang menonton anime K di bawah K Projects. Mahu tak asyik mataku menatap skrin laptop, sudahlah anime tersebut membawa genre shounen (lelaki muda) iaitu genre kegemaran aku, malahan karakter-karakter di dalamnya semuanya kacak-kacak belaka yang membuatkan aku mencuci mata melihat mereka. Aku yang sedang dalam posisi meniarap segera bingkas duduk di atas lantai, mataku terpaku ke arah sosok wanita yang berdiri di muka pintu bilik tidurku. “InshaAllah along pergi. Nanti along mohon cuti dengan bos,” ujarku pendek.
“Jangan tak pergi pula. Peluang bukan datang selalu, kamu tu umur dah banyak. Patutnya dah berumahtangga. Ibu seusia dengan kamu ni dah dukung anak.” Kata-kata ibu cukup berdesing di telingaku, rasanya entah kali keberapa dia menyebut tentang soal jodoh. Aku bukan tidak mahu berkahwin, tetapi hendak berumahtangga bagaimana dengan diri masih terkapai-kapai mencari kestabilan dalam kehidupan. Yang ada padaku, segulung ijazah, kerja tak serupa orang lain, aset kereta kancil dan longgokkan hutang pinjaman pelajaran. Hujung bulan pun sesak tiada duit, ini kan pula hendak menyuap makanan di mulut orang lain. Dengan kedudukan aku sebegini, aku mengelak daripada menyertai reunion anjuran rakan-rakan bekas satu sekolah. Di kalangan mereka, ramai yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi mereka ada semua yang aku ada – kerja dengan kerajaan atau company besar, ada suami dan anak-anak, ada duit lebih melancong sana-sini, makan sedap-sedap…Aih~
Kenapa aku suka membandingkan diriku dengan orang lain yang punya apa yang aku tidak ada, sedangkan rezeki terletak di tangan Yang Maha Pemberi Rezeki. Ini kerana sejak dari kecil, sejak lahir lagi aku dibesarkan dalam suasana competitive – suasana yang membandingkan di antara keluarga, anak siapa yang lebih cantik rupa parasnya, anak siapa yang lebih bijak dalam pelajarannya, keluarga mana yang lebih kaya dengan harta yang menimbun-nimbun, rumah macam mana yang boleh dikategorikan sebagai rumah atau sarang burung, kursus pengajian mana yang menjanjikan prospek kerjaya yang lebih baik. universiti ternama mana yang layak dimasuki. Macam-macam!
Penat dibandingkan, penat membandingkan. Itulah manusia. Seringkali leka untuk melihat orang di bawah kerana kepalanya hanya mendongak ke atas dengan melahirkan kekaguman kepada mereka yang berada di atas.
Setelah bercuti selama seminggu di Pulau Langkawi bersama adik kembarku, aku mula melapor diri di sister branch yang terletak di kawasan ibu negeri. Syarikat ini telah wujud sejak aku masih di bangku sekolah dan pernah aku kunjungi pada masa itu. Walaupun ia jauh lebih kecil saiznya berbanding cawangan syarikat tempat kerja pertamaku, tetapi ia merupakan profitable store dengan kemampuan untuk menjana keuntungan sebanyak RM2 juta setahun. Mau tak lebat gaji pengurus syarikat peruncitan ini. Aku melapor diri kepada Puan Susan Chew, satu-satunya pengurus wanita cawangan syarikat peruncitan di negeri kelahiranku. Aku sudah mengenali wanita yang terkenal dengan ketegasan dan perfectionist sejak aku mula-mula masuk bekerja di syarikat asal.
“You’ll be assigned to Department of Grocery under Mr. Hakim’s supervision. Mr. Hakim will arrange your working schedule and offday. You’ll report to him everyday,” Puan Susan Chew memaklumkan kepadaku. Siapa yang tidak kenal akan wanita berbangsa Tionghua ini, yang sering menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium utama percakapan terutamanya kepada executive yang mempunyai latar belakang pendidikan ijazah sarjana muda. “Understood, Miss Chew,” balasku pendek.
Kalau dahulu aku merasakan sudah teruk pekerjaanku sebagai department head untuk Fresh Market, rupanya lebih teruk keadaan pekerjaannya di Grocery Department. Dapat pula En. Hakim, division head yang tidak melihat langsung sama ada kita adalah lelaki atau perempuan apabila melibatkan tugasan mengangkat barang. Tiada empati langsung. Sudahlah barang runcit berat kerana aku bertanggungjawab ke atas barangan berupa berat, bahan masakan dalam tin, minyak masak dan bahan masakan dalam botol kaca, malahan anak buah yang aku dapat pun seorang lelaki muda yang sering tuang kerja atau menghilangkan diri seumpama biskut chipsmore.
Aku tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengenali dan serasi dengan semua orang yang bekerja di cawangan syarikat tersebut kerana seringkali bertemu akibat tugasan. Setiap hari, rutinku bermula dengan memeriksa barangan di selling floor untuk memastikan semua barangan disusun di dalam rak dengan rapi termasuklah mengemaskini harga barangan serta memastikan kad promosi diselitkan di slot meletak harga barangan di mana barangan yang dipromosikan diletakkan. Aku akan membuat pengorderan bagi fast moving items seperti barangan yang akan dipromosikan dan juga barangan yang hampir kehabisan stoknya selain membuat semakan tarikh luput barangan setiap awal bulan. Hakikat tugasan di fresh market dengan grocery tidak jauh beza bagiku.
Di sini, aku punya teman rapat yang bernama Kak Husna. Orangnya comel, bersuara lembut (dia marah pun masih tak setinggi suaranya berbanding suara normalku yang sudah tinggi) dan suka tersenyum. Padanya, banyak kisah dan rahsia kami bercerita dan berkongsi, malahan aku pernah pergi lepak di rumah sewanya beberapa kali. Bekerja di cawangan syarikat ini lebih memenatkan tubuh dan juga membebankan jiwa dan otakku kerana bekerja di sini lebih fast pace berbanding semasa di cawangan syarikat lama. Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini, cawangan ini memang kategori profitable store dan ramai pelanggannya terdiri daripada bangsa asing, peniaga yang suka membeli barang dalam kuantiti yang banyak serta mereka yang punya banyak harta dan wang.
Di sini juga bukan mudah untuk bercuti untuk urusan temuduga kerana aku pernah diperli oleh Puan Susan Chew kerana telah mengambil cuti beberapa kali demi untuk menghadiri temuduga kerajaan. Adakalanya aku terpaksa berbohong kepadanya untuk bertukar syif dari syif pagi ke syif petang bagi membolehkan akau menghadiri temuduga pada sebelah pagi. Ada sekali aku memohon cuti kecemasan kerana adik bongsu cedera parah setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya nun jauh di negeri paling selatan di Malaysia. Berita kemalangan tersebut tiba ke pengetahuanku pada sebelah petang dan pada sebelah malamnya kami sekeluarga telah bergerak ke hospital yang terletak lebih 600km daripada kediaman kami.
Cuti tersebut dimaklumkan kepada Encik Hakim dan semasa aku dan keluarga dalam perjalanan, Puan Susan Chew telah menelefon aku memberitahu bahawa cuti hanya boleh diluluskan setelah mendapat kelulusan daripada pengurus. Aku memaklumkan bahawa keadaan adikku amat genting di hospital, dan aku pula tidak sanggup melihat ibuku yang menangis sepanjang perjalanan dengan makan pun dia menolak. Namun, pengurus tetap menyatakan tindakanku adalah salah kerana dia tidak bersetuju untuk aku bercuti kecemasan. Tindakan dan sikap Puan Susan Chew sesungguhnya mengguris hati kerana dia tidak punya empati kepada paraa pekerjanya. Ini membulatkan tekadku untuk mencari pekerjaan lain secepat mingkin.
Tiga hari di hospital setelah kami sekeluarga dapat menjenguk keadaan adik yang telah selamat menjalani pembedahan, aku pulang semula ke negeri kelahiran bersama adik kembarku dengan menaiki bas. Memang aku berserah diri apabila menghadap pengurus aku keesokan harinya, menadah telinga mendengar dia membebel dan memarahi aku akibat tindakan yang kuambil. Tetapi aku sudah mangli dengan apa yang berlaku dan aku memohon maaf kepadanya serta berjanji untuk tidak mengulangi tindakanku ini.
Apa yang menyebabkan wanita Tionghua ini sering memarahi aku kerana cuti adalah disebabkan setiap kali aku dipanggil temuduga kerajaan, tarikh temuduga tersebut jatuh sehari selepas cuti umum, di mana aku pasti akan mengambil cuti umum sebagai cuti tambahan terutama sekali hari tersebut merupakan hari perjalanan aku ke negeri di mana temuduga dijalankan (pusat temuduga di negeri lain dan jauh dari kediaman). Dan sememangnya bagi wanita ini, hal ini tidak dapat dipertimbangkan langsung.
Suatu hari pada bulan Disember, semua department head dan division head telah berkumpul di dalam bilik pengurus untuk mesyuarat jabatan yang merupakan rutin bulanan kami. Bulan Disember ialah bulan di mana cawangan syarikat akan mula sibuk mempersiapkan jualan untuk akhir tahun, awal persekolahan dan yang terutamanya bagi meraikan perayaan terbesar masyarakat Tionghua – Tahun Baru Cina. Sebelum masuk ke dalam bilik pengurus, aku telah memaklumkan kepada Encik Hakim bahawa aku akan memohon cuti dua hari di mana salah satu hari tersebut adalah cuti umum perayaan Krismas dan satu lagi cuti adalah untuk menghadiri temuduga kerajaan di Kuala Lumpur. Hari temuduga jatuh sehari selepas Krismas.
“Nanti Diana beritahu bos sendiri. Saya takkan bantu beritahu, tahu sajalah mood dia tu macam mana dengan awak sendiri dah banyak kali cuti pergi temuduga untuk tahun ni saja,” ujar Encik Hakim bersahaja.
Aku hanya menganggukkan kepalaku sebagai jawapan kepada division head sebelum masuk ke dalam bilik pengurus bersama dengannya. Setelah Puan Susan Chew tiba di premis cawangan dan masuk ke dalam bilik pengurus, mesyuarat jabatan pun bermula dengan dia memberitahu beberapa maklumat penting yang merangkumi promosi akhir tahun, promosi pembukaan sekolah dan persediaan untuk projection dalam membuat pesanan bagi barangan stok Tahun Baru Cina. Projection tersebut penting kerana rata-rata banyak syarikat pembekal akan bercuti selama seminggu bagi meraikan perayaan tersebut. Perancangan untuk membuat pesanan barangan amat penting agar pihak cawangan syarikat seperti kami tidak akan keputusan stok di sepanjang tempoh yang genting seperti Tahun Baru Cina.
“Itu saja yang I mau cakap. I harap lepas ni tak ada siapa-siapa lagi mau cuti nak pergi interview kerana I mau you all fokus pada pada upcoming promotions,” kata Puan Susan Chew sambil matanya memandang ke arah wajah-wajah anak buah yang duduk bertentangan dengannya.
“Miss, Diana mau cakap sesuatu,” ujar Encik Hakim, kepalanya menoleh ke arahku yang duduk di sebelah kirinya.
“Apa? Mau cuti pergi interview lagi?” Suara Puan Susan Chew berbaur tidak puas hati.
“Miss, memang saya mau cuti sebab pergi interview. Saya mau ambil cuti hari Krismas dan sehari selepasnya. Interview saya sehari lepas Krismas dan tempat dia di KL,” jawabku selamba.
Muka pengurus wanita itu berubah warna, kulitnya memerah kerana geram dan marah. “You tak boleh ka tak pergi? Tengok si Amin tu (dia merujuk kepada Amin, assistant department head yang menjaga grocery department yang mana barangannya lebih kepada biskut dan makanan ringan), dia dapat panggilan interview badan keselamatan, tapi dia pilih tak pergi pun. Kenapa you mau sangat pergi?”
Aku sudah tidak dapat mengawal ketidakpuasan hatiku kerana padaku, aku berhak untuk bercuti atas urusan rasmi. Secara rekodnya, di sepanjang tempoh perkhidmatan di cawangan syarikat peruncitan, jarang sekali aku bercuti kecuali cuti hari raya. Kalau sekalipun cuti untuk urus hal peribadi, aku sememangnya akan mengelak daripada bercuti pada hujung minggu.
“Miss, I have the right to look for better jobs. If you don’t believe me, here (aku memberikan sehelai kertas yang merupakan e-mel panggilan temuduga daripada pihak SPA) and I really want to attend this interview as it is an interview for a post that I’ve been dying to get. I’ve applied it for years, so I hope you’ll consider my leave application,” di mana datang kekuatanku untuk sekali lagi membantah kata-kata pengurus setelah kali terakhir aku berbalah dengan pengurus adalah semasa di cawangan syarikat terdahulu.
“Okay, I can let you take the leave but after you come back from interview, I want you to focus on your job seriously. And no more of going to interviews in due course,” Puan Susan Chew berkata dengan nada amaran.
Aku melakarkan senyuman kepadanya sambil mengucapkan terima kasih.
Share this novel