Bab 13

Romance Completed 26635

Dapat dirasakan sejak kebelakangan ini, Nurbaya semakin berlembut dengannya. Walaupun masih dingin, bercakap apabila perlu, menjawab sekadar sepatah dua kata, isterinya itu sudah mahu memasak dan makan bersama.

‘Ok sayang.’ Butang send ditekan.

Di lounge hotel Hilton, Nurbaya masih rancak berbual dengan Datuk Johan. Jurugambarnya sudah lama pulang. Dia masih seronok mendengar cerita bagaimana Johan bertatih daripada bawah sehingga ke tempatnya sekarang.

Tangannya ligat mencatatkan isi-isi penting temubual itu untuk dimuatkan dalam artikel yang akan ditulis selepas kembali dari bercuti.

Temubual mereka cuma terhenti ketika dia meminta izin ke tandas. Datuk Johan juga tidak lokek memberikan tips bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan.

“Silapnya orang kita ialah bila dah kaya sikit mula lupa diri. Nak pakai kereta mewah, nak rumah besar. Bukan tak boleh tapi biarlah berpada-pada. Kukuhkan dulu business.

“Lagi satu orang kita ni takut sangat rugi. Kalau tak rugi, itu bukan business namanya. Kerugian itu sepatutnya jadi pendorong untuk kita usaha lebih gigih, jadi lebih kreatif. Macam saya. Orang pandang saya ni hidup senang, kaya raya. Tapi siapa nak ambil tahu macam mana saya pernah kerugian berjuta ringgit sampai terpaksa lepaskan banyak saham dalam syarikat untuk counter balik.”

Nurbaya semakin gelisah. Tutur kata Datuk Johan semakin tidak tentu butir bicaranya. Wajah lelaki itu juga sekejap jelas sekejap hilang dari pandangan.

Tangannya memegang kepala yang pening tiba-tiba. Rasa mengantuk semakin ketara. Matanya semakin berat.

Dalam kesamaran, Nurbaya dapat merasakan dia berada dalam pelukan Datuk Johan. Nafas lelaki itu dapat dirasakan hampir benar dengan wajahnya.

“Datuk hendak bawa saya ke mana?” Dengan suara tersekat-sekat Nurbaya melontarkan soalan itu. Dalam keadaan separuh sedar itu, dia dapat rasakan Datuk Johan mempunyai niat tidak baik terhadapnya.

“Ke mana lagi sayang. Ke bilik yang I tempah khas untuk kita berdua memadu asmara. I dah lama idamkan you Nurbaya. Malam ini kecantikan you akan jadi milik I.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience