Bab 10

Romance Completed 26635

Bukan sekali dua juga dia sengaja menggegarkan tiang arasy meminta cerai tetapi Fikri itu menjawab dengan senyuman dan mengenyit mata.

Bukan sekali dua juga Nurbaya mencabar kesabaran Fikri sebagai lelaki dan suami tetapi Fikri seakan kebal dengan segala perbuatannya. Tidak pernah sekali pun Fikri mengangkat suara apatah lagi mengangkat tangan dengan tindak tanduknya.

Pernah sekali dia sengaja memasukkan virus ke dalam computer Fikri menyebabkan kertas kerja penting yang perlu dibentangkan keesokan harinya hilang. Akibatnya syarikat Fikri kehilangan pelanggan penting dan suaminya dimarahi habis-habisan oleh orang atasannya. Cuma kerjaya cemerlang Fikri sebelum ini yang menjadi penghalang dia diberhentikan.

Nurbaya menjangkakan malam itu dia bakal bergelar janda berhias. Apa yang berlaku sebaliknya. Fikri balik dengan wajah sedikit muram tetapi senyuman yang pernah menggetarkan hatinya masih terukir di bibir.

“Awak ni malaikat ke? Sampai macam tu sekali saya niayakan awak, awak langsung tak marah.” Nurbaya bertanya selepas mengaku mensabotaj suaminya selepas ditanya Fikri.

“Apa yang saya buat pada awak 10 tahun lalu lebih teruk daripada ni. Tak payahlah awak susah payah cari idea nak saya marahkan awak. Saya sayang awak Baya”

“Sayang maknanya…”

“Saya takkan lepaskan awak.” Kata-katanya dimatikan Fikri dengan lembut tetapi tegas sambil tersenyum.

Melihat senyuman itu, Nurbaya segera mengalih pandangan. Dia tidak mahu kalah dengan senyuman itu. Biar setinggi gunung marahnya kepada Fikri, senyuman itu masih mampu menjadi embun memadam api dendam itu.

Getar hatinya masih hebat setiap kali melihat Fikri tersenyum.

Nurbaya sudah kehabisan idea membangkitkan kemarahan Fikri. Tidak pernah sebagai suami sekalipun, tidak pernah diungkit Fikri. Makan pakai lelaki itu yang tidak pernah disediakan, pun tidak diambil kisah.

Malah yang paling memalukan Nurbaya, Fikri pula ringan tulang memasak untuknya. Dia cuma memasak apabila ibu bapa atau keluarga mentuanya bertandang.

Culasnya dia sebagai isteri, tidak pernah sampai ke pendengaran keluarganya atau keluarga mentua. Apa yang dicanang Fikri ialah Nurbaya isteri yang baik, yang tahu tanggungjawab, yang tidak pernah membelakangkan dia sebagai suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience