Bab 15

Romance Completed 26635

Nurbaya seolah-olah baru tersedar. Pantas dia melihat sekeliling. Ya, ini pemandangan dalam bilik yang dikongsi dengan Fikri. Hiasan bilik itu masih sama. Pandangannya kembali bertemu dengan renungan Fikri.

Tanpa sedar dia memeluk erat tubuh di depannya sambil meraung. Dihamburkan kelegaan di dada Fikri. Sungguh dia lega apabila menyedari lelaki yang tidur di sebelahnya adalah Fikri, bukan jantan keparat itu.

Fikri membalas pelukan Nurbaya. Rambut panjang si isteri dibelai lembut sambil mulutnya tidak henti-henti memujuk. Dia membiarkan Nurbaya teresak-esak di dadanya.

Dia melonggarkan pelukan apabila berasakan Nurbaya cuba menjarakkan diri.

“Macam mana…” Nurbaya tidak mampu meneruskan kata-kata.

Fikri mengelap airmata isterinya. Tangannya masih melekat di kedua-dua pipi Nurbaya

“Datuk Johan memang sudah lama diintip pihak polis kerana disyaki menjadi dalang pelacuran. Sayang masih ingat Hadi?” Nurbaya mengangguk.

“Dia dah jadi ASP sekarang ni. Dia ikut Johan ke hotel. Hadi nampak dia letakkan ubat tidur dalam minuman awak masa awak ke tandas. Dia yang call saya.”

“Tapi Johan…” Kata-katanya sekali lagi tersekat.

“Dia tak sempat buat apa-apa. Sehelai rambut awak pun dia tak sempat tengok.”

Sekali lagi dia memeluk Fikri. Airmatanya mengalir lagi. Airmata kesyukuran kerana maruahnya masih terpelihara.

“Saya bawa awak balik kerana polis kena proses bilik itu untuk cari bukti. Gelas yang awak guna untuk minum pun Hadi ambil untuk jadi bukti. Kali ini dia tak dapat lari. Dan sorry..”

“Sorry? For what?” Nurbaya mendongak memandang Fikri meminta penjelasan untuk apa suaminya itu meminta maaf.

“Saya terpaksa tanggalkan baju yang awak pakai semalam sebab itu pun kena bagi kepada polis.” Mendengar penjelasan itu Nurbaya segera melarikan matanya. Wajahnya terasa disimbah pelbagai warna mendengar kata-kata Fikri.

Fikri tersenyum melihat wajah isterinya merona merah. Dia menarik tubuh Nurbaya kembali ke dalam dakapan.

“Fikri.”

“Ya sayang.”

“Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sebab sampai tepat pada waktu. Dan saya minta ampun sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri. Saya abaikan awak. Saya tak layan awak. Saya tak…” Nurbaya kembali tersedu-sedu.

Perlahan Fikri melepaskan pelukan.

“Awak tak salah apa pun dengan saya, Baya. Saya tak pernah ambil hati selama ini. Cuma saya nak awak tahu saya sayangkan awak. Kalau awak percaya, itu dah cukup bagi saya.” Airmata Nurbaya diseka lembut dengan ibu jarinya.

Buat kali pertama mereka lama bertentangan mata. Di depan Nurbaya, dia melihat wajah lelaki yang pernah dicintai. Tidak. Bukan pernah tetapi masih dicintai sepenuh hati.

Kau betul Lin. Aku masih sayangkan lelaki ini sepenuh hati. Cinta aku pada dia tak pernah hilang, tak pernah padam. Cinta itu aku tanam jauh di dasar hati dan aku cuma perlu gali untuk keluarkan ia semula.

Saat bibir Fikri menyentuh bibirnya. Nurbaya membuka hatinya luas-luas untuk lelaki itu kembali bertakhta.

Selepas berjemaah bersama-sama subuh pagi itu, Nurbaya kembali mengalirkan airmata saat dia mengucup lembut tangan Fikri.

“Ampunkan saya Fik. Ampunkan salah silap saya selama ini. Ampunkan…” Kata-katanya terhenti apabila jari telunjuk Fikri sudah berada di bibirnya.

Perlahan Fikri menggelengkan kepala.

“Apa yang lepas, biarlah lepas. Jangan ingat lagi. Awak tak buat salah atau silap sayang. Tak pernah.” Ujarnya lembut.

Fikri baru hendak melangkah keluar bilik apabila Nurbaya memanggilnya. Dia berpaling dan menapak kembali mendapatkan si isteri yang berdiri di tepi katil.

Pantas tangannya melingkar di pinggang Nurbaya. Nurbaya merangkul erat leher Fikri.

“Happy Birthday. Sorry saya tak sempat beli apa-apa untuk awak.” Bisiknya perlahan di teling Fikri.

“Saya dah dapat hadiah paling berharga dan bernilai. You don’t need to give anything. Saya dah dapat hati dan cinta awak, Baya. Saya dah tak perlukan apa lagi. Terima kasih.”

“Fik…”

“Abang, please. Saya suami awak. Lagipun saya lebih tua daripada awak.”

“Eleh, tua tujuh bulan pun nak berkira.”

“Mestilah kena kira. Abang dah boleh merangkak tau masa awak baru lahir. Lebih dulu rasa makanan pejal.” Katanya sambil menghadiahkan kucupan lembut pada bibir Nurbaya.

“Give me some time nak ubah panggilan tu.”

“No more time for you sweetheart.”

“Fik, saya…”Fikri terus melepaskan pelukan dan melangkah menuju ke muka pintu. Nurbaya tergelak.

“Abang.” Panggilan itu menghentikan langkah Fikri. Dia berpaling melihat Nurbaya yang tersengih nakal.

“Buruknya orang lelaki merajuk. Tak sangka pulak taiko pun tahu nak terasa hati.” Nurbaya tidak sempat melarikan diri. Dia terjerit di saat pinggangnya dirangkul Fikri. Terasa tubuhnya ditarik terjatuh di atas katil.

Tangan Fikri masih gagah memeluk pinggangnya. Separuh tubuhnya kini berada di atas dada Fikri.

“Taiko pun ada perasaan tau. Abang dah lama bertaubat.. Perangai zaman jahiliah tu dalam lama abang tinggal. Sejak Baya hilang dari hidup abang dulu.” Fikri menarik hidung Nurbaya yang masih ketawa kecil.

“Abang sayang Baya?”

“Dari dulu lagi. Lebih dari nyawa abang.”

“Habis tu mengapa dulu suka buat Baya marah abang?”

“Dah itu saja cara nak bagi Baya cakap dengan abang.”

“Janji tak ada ada perempuan lain dalam hati abang?”

“Abang janji sayang.”

“Walaupun nanti Baya dah tak cantik, dah berkedut, dah gemuk. Lemak berkumpul sana-sini. Semua yang tegang dah mula sagging. Abang akan tetap sayang Baya?” Fikri tergelak mendengar senarai kekurangan yang disebut Nurbaya.

“Baya serius ni. Abang gelak pulak.”

“Nurbaya, isteriku. Abang sayang Baya bukan sebab rupa atau body Baya. Abang sayang Baya sebab Baya adalah Baya. Jadi, selagi Baya adalah Baya walaupun dah kedut, dah sagging sana-sini, insya-Allah cinta dan kasih sayang abang tak akan berubah.”

Nurbaya membetulkan kedudukannya di atas dada Fikri. Dibelai lembut wajah suami yang merenung lembut ke arahnya. Tidak tahan digoda asmara kepada suami sendiri, lembut dia mengucup bibir Fikri.

“Baya sayang abang. I love you.” Dia berbisik perlahan. Fikri membalas dengan menguatkan rangkulan.

Ya Allah, jangan Kau ambil isteriku. Dialah harta paling berharga pernah aku miliki. Bersamanya, Kau berilah zuriat untuk kami didik menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah, doa Fikri dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience