Bab 10

Romance Series 52057

Faqih terjaga apabila merasakan kehangatan yang menempel pada tubuhnya. Melihatkan Rissa yang berbaring dekat dengannya, dia tersenyum. Terlupa dia bahawa Raissa sudah kembali tidur dengannya. Sejak hari pertama bergelar suami isteri, Faqih sedar yang Raissa itu suka menempel kepadanya ketika tidur.


Faqih menarik tubuh Raissa ke dalam pelukan dan mencium rambutnya. Wangi rambut yang sering dia hidu sejak berkongsi bilik dengan Raissa. Seketika kemudian, dia kembali terlelap. Siapa sangka hanya dengan tidur begitu bersama Raissa boleh membuatkan dia tenang dan bahagia.


"Abang..." Raissa mengejutkan Faqih yang masih memeluknya dalam tidur. Ditepuk pipi Faqih beberapa kali dengan lembut. Waktu subuh sudah hampir tiba. Apabila dia cuba untuk bangun, makin kuat pula pelukan Faqih.


"Abang?" Sekali lagi Raissa berbisik lembut. Faqih yang masih mamai membuka matanya perlahan. Sudah lama rasanya dia tidak tidur selena itu.


"Dah nak subuh ni." Raissa yang sudah tidak kekok dengan jarak mereka yang serapat itu memandang tepat ke mata Faqih. Faqih memandang wajah Raissa lama, tanpa amaran, dahi Raissa dikucup lembut membuatkan Rissa sedikit terkejut.


"Abang." Sekali lagi dia cuba melepaskan diri dari pelukkan Faqih. Faqih tergelak kecil dan melepaskan pelukkannya.


Usai solat, Raissa terus ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Faqih pula ke ruangan kerjanya untuk memeriksa beberapa fail. Apabila Raissa membuka peti sejuk, hanya terdapat beberapa botol air mineral di dalamnya. Dahinya terus berkerut.


Dia membuka pula pintu peti sejuk di sebelah, di situ baru dapat dilihat beberapa paket ayam goreng segera dan nugget ayam. Langsung tidak kelihatan sayur-sayuran mahupun rempah. Faqih turun sambil mengurut pelipisnya lembut. Walaupun sudah mengambil cuti dua hari, dia masih tidak boleh bertenang memikirkan soal kerja.


"Raissa... " Dia memanggil isterinya lembut sambil melangkah menuju ke dapur. Rissa yang baru mengeluarkan nugget dari airfryer terus saja menoleh.


"Ya..." Faqih tersenyum nipis melihat wajah terkejut isterinya.


"Abang selalu makan luar ke?" Raissa bertanya dengan wajah serius. Puas dia mencari bahan masakan lain tadi, satu pun dia tak jumpa. Faqih garu kepala yang tidak gatal. Pertama kali dia nampak wajah Raissa yang serius begitu.


"Abang jarang makan di rumah, selalu makan di ofis saja." Raissa melepaskan keluhan perlahan. Dia faham akan kesibukkan Faqih.


"Abang dah ada Raissa sekarang, nanti kalau abang nak makan apa-apa bagi tahu Raissa." Rambut yang berjuraian di hadapan mata dielitkan di atas telinga sebelum dia kembali menumpukan perhatian kepada nugget ayam di atas pinggan. Bolehlah sekadar mengalas perut untuk pagi itu.


Faqih sedikit terkedu, seketika kemudian senyumannya melebar. Ternyata ada sisi lain Raissa yang tidak pernah dia jangkakan. melihatkan Raissa yang mengenakan apron, hatinya sedikit berbunga. Rumah yang dulunya sunyi kini sedikit berseri dengan kehadiran seorang wanita bergelar isteri.

Menyelit di tengah kesibukkan, I will try to make a longer one later. Thank you for reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience