Bab 4

Romance Series 52057

Keluar saja dari dewan peperiksaan, Raissa terus menuju ke biliknya. Hari pertama peperiksaan akhir dapat dilalui dengan tenang. Farah yang juga baru tiba di bilik mereka menegurnya ramah.

"Solat berjemaah nak?" Raissa geleng kepala apabila Farah mengajak.

"Aku cuti, baru pagi tadi." Farah memuncungkan mulut mendengar jawapan Raissa. Tahulah dia kenapa malam tadi Raissa moody semacam. Setelah membersihkan diri ala kadar, Raissa menghidupkan telefon. Dari semalam dia matikan setelah Faqih menghantarnya pulang ke kolej.


Langsung tiada panggilan membuatkan dia sedikit kecewa. Buka saja aplikasi Whatsapp, masuk semua mesej daripada perbualan kumpulan. Dia mencari-cari nama Faqih namun langsung tiada. Matanya tiba-tiba berkaca. Telefon diletakkan di atas meja sebelum dia berbaring di atas katil.


Farah yang sudah selesai solat menghampiri dengan telekung yang masih bersarung di tubuh. Dapat dia lihat kelainan pada roomatenya itu. Selalunya kalau Raissa moody cuma sehari saja.
Lengan yang Raissa gunakan untuk menutup matanya dialihkan sedikit.


"Ica, kau tak nak pergi lunch ke?" Perlahan dia bertanya. Raissa buka matanya. Senyuman nipis cuba diukir. Melihat wajah Farah yang gusar, dia tidak jadi hendak menolak.


"Jomlah." Jawapannya menyuntik sinar di wajah Farah.


"Kenapa dah masuk ofis ni?" Teguran Mikael membuatkan Faqih yang sibuk menelaah pelan bangunan terhenti. Faqih tersenyum nipis.


"Aku tak ada honeymoon, nak buat macam mana lagi." Faqih tersenyum tawar. Hanya Mikael saja yang tahu Faqih tidak jadi menikah dengan Yana kerana sahabatnya itu sempat datang ke majlis perkahwinannya.


"Kau memang nak teruskan juga ke perkahwinan kau ni?" Mikael duduk di atas sofa yang bertentangan dengan meja Faqih. Faqih bersandar pada kerusi dan melepaskan keluhan perlahan. Niatnya memang untuk tidak mempersiakan perkahwinan itu namun dia mula tidak rasa yakin.


"Isteri aku muda lagi, aku rasa bersalah. Banyak lagi masa dia untuk jumpa orang lain." Faqih menyuarakan isi hatinya. Dia tahu dia dan Raissa tidak mencintai antara satu sama lain.


"Berapa umur isteri kau?" Mikael rasa tertanya, seingat dia isteri Faqih tidaklah muda mana, jika dilihat dari wajahnya memang matang.


"20 tahun."


"Eloklah tu, beza tak jauh sangat. Kau ada bincang dengan dia ke nak teruskan atau tidak?"
Mikael menganggap 9 tahun itu bukanlah jarak yang jauh.


"Belum lagi."


"Nanti kau bincang dengan dia baik-baik. Kau belum tahu apa yang dia nak. Jomlah pergi lunch." Faqih melepaskan keluhan perlahan.


"Kau dengan Danny bergaduh ke?" Hati-hati Farah bertanya sementara menunggu makanan yang dipesan.


"Taklah. Kenapa kau tanya?" Raissa menjawab tenang.


"Dah lama rasanya aku tak nampak korang lepak sama-sama. Sebelum study week pun kau sorang je ke kelas, selalu ada je si Danny tu." Raissa gelengkan kepala. Dia teringat kembali perbualannya dengan Danny beberapa minggu yang lalu.


"Tak ada apalah. Dia sibuk, aku pun sibuk." Raissa menyelindungkan hal yang terjadi. Pandangan dialihkan ke arah pintu masuk restoran dan dilihatnya satu susuk tubuh yang dikenali. Cepat-cepat dia alihkan pandangan.


"Kenapa?" Pertanyaan Riana membuatkan Danny yang berhenti melangkah cepat-cepat berpaling.


"Kita makan kat restoran lain?" Danny tersenyum memujuk. Riana kerutkan dahi, tiba-tiba pula, tadi Danny yang sibuk hendak makan di restoran itu.


"Ikut awaklah." Riana tidak banyak soal dan hanya mengikuti keinginan teman lelakinya. Danny sempat menoleh ke arah Raissa. Keluhan perlahan dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience