Bab 11

Romance Series 52057

Farah melangkah longlai menuju ke dapur. Setelah pulang bercuti seminggu yang lalu, dia hanya bermalas-malasan di rumah. Abangnya pula sibuk bekerja dan hanya pulang ketika Farah sudah tidur. Air panas dimasukkan ke dalam botol air dan dibawa menuju ke ruang tamu.

Tuala kecil digunakan untuk membalut botol sebelum diletakkan di atas perut. Sambil berbaring dia merenung ke arah kipas di siling. Senggugutnya memang selalu akan teruk, jika ibu masih ada pasti ibu yang akan menjaganya. Jiwa sensitifnya membuatkan Farah tidak mampu menahan airmata.

Belum sempat dia teresak, telefon bimbit di atas meja kopi di tepi sofa berdering. Tertera nama by di atas skrin telefon. Panggilan itu dijawab mahu tidak mahu. Dia tidak terus bersuara dan membiarkan Danny bersuara terlebih dahulu.

"Kau nak keluar tak? Aku belanja." Tanpa salam terus saja lelaki itu menerjah. Terkelip-kelip Farah dibuatnya. Lelaki itu nak makan dengannya pun tak pernah, ini tiba-tiba nak belanja.

"Kau nak apa?" Dingin Farah bertanya, tahu benar dia pasti Danny ada udang di sebalik batu.

"Nak belanja kau makanlah." Danny masih tidak mahu menyatakan hasrat sebenarnya. Farah melepaskan keluhan perlahan.

"Betul kau nak belanja aku makan?" Perlahan dia bangun dari perbaringannya. Jam di dinding ruang tamu dipandang, sudah pukul 2 petang.Dia pun belum makan dari pagi.

"Iya." Danny kedengaran bersungguh.
"Belikan aku nasi goreng tomyam dua, tomyam ayam nak yang large punya tau, dengan ayam goreng 4 ketul, tapaukan hantar kat rumah. Air aku nak jus mangga, ais jangan banyak sangat." Senafas saja dia meminta. Danny di talian sebelah terdiam sejenak.

"Jap, kau mesej aku kat whatsapp." Danny mematikan talian dan membuka aplikasi whatsapp. Farah renung skrin telefon seketika. Macam tu saja dia matikan talian?


Danny mencapai kunci kereta dan bergegas keluar dari rumah. Iskandar yang baru turun dari kereta langsung tidak dipandang lagi. Melihatkan anaknya yang memandu meninggalkan perkarangan rumah, Iskandar hanya mampu melepaskan keluhan berat.

Panggilan telefon daripada Riana dimatikan. Sudah hampir seminggu dia mengelak daripada gadis itu, rimas dengan Riana yang asyik hendak berjumpa saja. Dia akan mengakhiri hubungan dengan Riana, namun untuk mengetahui keadaan Raissa lebih penting untuknya ketika itu.

Sampai saja di alamat yang dikongsi oleh Farah, dia memerhati sekeliling. Apartment lapan tingkat itu membuatkan dia terangguk-angguk. Kawasan sekitar pun lapang saja tanpa bangunan lain. Dia tahu bangunan apartment itu merupakan kediaman para arkitek sebuah syarikat.

Setelah memberitahu sekuriti dia datang menjenguk kawan, dan sekuriti mendapat pengesahan daripada Farah, barulah dia diberi pas untuk memasuki lift. Butang ke tingkat 3 ditekan sambil-sambil wajahnya pada pantulan dinding lift dipandang.

Wajah sekacak itu tapi masih juga tidak dapat menggoda Raissa. Danny mengeluh perlahan. Keluar saja dari lift, dia memandang kiri dan kanan, terdapat dua unit apartment di tingkat itu. Pintu yang pertama di sebelah kanan berhampiran lift manakala pintu yang kedua di hujung sekali di sebelah kiri.

Terdapat satu ruang kecil di antara unit itu yang kelihatan seperti ruang tamu mini. Lengkap dengan meja dan sofa. Perlahan Danny melangkah ke sofa itu dan duduk tepat di hadapan dinding kaca yang menghala ke luar bangunan.

"Makanan aku mana?" Farah keluar dari pintu bersebelahan dengan lift dengan wajah yang sedikit pucat.

"Weh, kau okay tak ni?" Automatik riak wajah Danny jadi risau. Tak pernah-pernah dia nampak wajah Farah sepucat itu. Pipi tembam Farah pun terlihat sedikit susut.

"Patutlah pesan makanan kat aku macam berhari tak makan. Kau lapar sangat ke?" Plastik berisi makanan di atas meja Farah buka sedikit. Nampaknya lengkap semua yang dia minta. Danny masih memandangnya menunggu dia bersuara.

"Kau nak apa." Farah yang masih menahan sakit tidak berdaya hendak bergaduh mulut dengan Danny.

"Kau tahu kan yang Raissa dah kahwin?" Mendengarkan pertanyaan yang inginkan kepastian itu, Farah terus alihkan pandangan ke wajah Danny. Dahinya berkerut hairan.

"Raissa? Kahwin? Kau jangan cakap sembarang Danny. Raissa tu lelaki pun tak ada, ini kan pula laki." Farah cepat-cepat menangkis kemungkinan itu, kalau Raissa kahwin dia pasti sudah tahu. Danny membaca riak wajah Farah, yakin Rafah tidak menyembunyikan apa-apa, dia cuba meneka lagi andaiannya.

"Dia ada pak cik yang masih muda kan?" Farah gelengkan kepala. Hairan dengan pertanyaan pelik daripada Danny.

"Aku dah 8 tahun kenal Raissa Danny. Hampir semua keluarga dia aku kenal. Yalah mak ayah dia anak tunggal, adik beradik dia pun dua orang saja. Mana pula munculnya pak cik muda? Atok nenek Raissa dua-dua belah pun dah tak ada. Kalau yang jauh-jauh tu aku tak tahulah."

Habis mengatakan itu, Farah terus menekan bawah perutnya. Rasa sakit yang mencucuk membuatkan dia ketap bibir kuat. Danny yang sudah membuat andaian baru memandang Farah hairan.

"Kau dah kenapa? Sakit perut?" Farah gelengkan kepala laju.

"Dah kan? Aku nak masuk dalam dah ni. Terima kasihlah belanja aku makan." Plastik berisi makanan dirembat sebelum dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah. Danny yang dibiarkan sendiri hanya mampu memandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience