Bicara Riana langsung tidak masuk ke dalam fikiran, luahan tentang kuliah yang sering dibualkan jika mereka bersama. Pandangan Danny tertumpu kepada wajah jelita Riana namun fikirannya melayang kepada Raissa.
"Danny? Awak dengar tak ni?" Riana menegur apabila Danny tidak memberi respon dari tadi. Walaupun sudah hampir tiga bulan mereka bercinta, layanan Danny terhadapnya seperti mereka hanya berkawan. Dia sedar dia yang lebih dulu mendekati Danny, namun apabila Danny menerima bukankah itu bererti mereka berkongsi rasa yang sama?
"Yes, I'm listening. You dah habis makan?" Langsung tidak tertarik untuk mendengar lagi, dia bertanya tanpa perasaan. Semakin lama gadis itu semakin membosankan. Wajah cantik itu memang menarik namun personalitinya langsung tidak membuatkan Danny tertarik.
"Dah, jomlah kita balik." Riana yang sedar akan perilaku Danny yang seperti penat melayaninya terus saja mengemaskan beg. Mereka beriringan keluar dari restoran mewah itu setelah Danny membayar segalanya. Sedikit sebanyak Riana lega apabila Danny masih mahu memenuhi keinginannya untuk ke restoran itu.
"Take care, nanti kalau dah sampai rumah bagitahu kat I ya." Danny hanya membalas dengan lambaian setelah menurunkan Riana di rumahnya. Tanpa menunggu Riana masuk ke dalam rumah, aku dia terus memecut keretanya pulang ke rumah.
Kereta BMW putih yang terparkir elok di tempat biasa membuatkan wajahnya berubah kelat.
"Farys Dannial, kamu ke mana sampai awal pagi macam ni baru balik?" Sudah diagak pertanyaan itu setelah dia melangkahkan kaki ke dalam rumah. Iskandar yang duduk menunggu di sofa berpeluk tubuh.
"Danny penat, nak tidur." Tanpa memandang wajah tua itu dia terus melangkah naik ke tingkat atas. Iskandar hanya mampu memandang kepergian anak bongsunya itu. Setelah Danny menghilang dari pandangan barulah dia melepaskan keluhan berat.
Dia mahu saja bertegas lebih keras terhadap Danny, namun tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali. Cukuplah dia ditinggalkan anak sulungnya, jika Danny juga keluar dari rumah itu, pasti akan lebih sunyi.
Nafas ditarik dalam apabila dadanya rasa sesak. Diurut perlahan sambil bangun dari duduk. Sejak kebelakangan itu dadanya sering saja sakit, namun kekangan kerja membuatkan dia sering tidak sempat ke hospital.
Dah sampai rumah? - Riana
Mesej daripada Riana itu dipandang sekali imbas saja. Tanpa membalas, telefon diletakkan di atas meja sebelum dia mencapai tuala. Fikirannya melayang kepada apa yang dilihatnya petang tadi. Jika Raissa tidak mempunyai abang, siapa lelaki yang dikucup tangannya oleh Raissa?
Teman lelaki? Suami? Memikirkan kemungkinan itu membuatkan Danny tidak senang hati. Dia belum lagi mendapat gelaran teman lelaki kepada Raissa, tidak pernah dia berasa tercabar seperti itu. Sesiapa yang dia inginkan pasti dia akan dapat.
"Shit!" Wajahnya yang sentiasa ditunjukkan manis di hadapan Raissa jadi serius. Rambut dikusutkan sebelum satu keluhan berat dilepaskan. Egonya sedikit tercabar. Deringan telefon membuatkan dia tersedar, wajah diraup perlahan.
"You jadi datang tak ni? Kata pukul sepuluh, ni dah pukul satu." Suara Sally di talian membuatkan dia sedikit tenang. Wanita yang merupakan pelayan di sebuah kelab yang sering dia kunjungi itu selalu tahu bagaimana untuk melayan dirinya.
"Tunggu aku, setengah jam lagi aku sampai." Tanpa menunggu lama, dia terus ke bilik air untuk mandi dan terus bersiap ke kelab malam. Apabila dia turun, ruang tamu sudah kosong. Sedikit lega kerana nanti pasti orang tua itu akan mengganggunya lagi.
Sejak kebelakangan ni makin sibuk dengan kerja lain. Terima kasih readers and followers, I will try to update more often.
Share this novel
jgn la ada gangguan rumahtgga Faqih dn Raissa..