BAB 4

Detective Completed 6538

“ Airez.”

Sofia tersenyum panjang. Orang yang dia tunggu-tunggu selama ini akhirnya pulang juga ke Malaysia. Sudah tiba dia untuk menjalankan rancangan yang dia sudah tunggu selama 2 tahun itu.

“ Saya dah nampak dia bos.” Ujar Sofia lantas memusingkan badan untuk ke kereta semula.

“ Airez. Are you serious with this? I mean.. you serious want to kill him?”

Sofia terdiam. Tapi tidak lama bila dia teringat lagi penderitaan Fazrin sebelum ini.

“ Yes. I serious with that. Bos. 2 tahun saya tunggu dia. Takkan saya sesenang nak lepaskan dia? no way!” Tegas Sofia lantas masuk ke dalam kereta.

“ Kalau macam tu saya bawa seorang anggota polis untuk teman awak?” Idea yang diberi Encik Ilham itu membuatkan Sofia tertawa kecil.

“ Bos! Please. Jangan kaitkan orang lain dalam cerita saya. Please!”

Terus Sofia meletakkan panggilan. Matanya masih merenung jauh ke arah orang itu. Dian. Sekarang ni giliran abang kau! Abang kau punca segala-galanya bermula. Aku akan tebus balik apa yang kau dah buat dekat tunang aku. Aku takkan lepaskan korang!

Baru sahaja Sofia ingin memulakan perjalanan, ada seorang anggota polis datang mendekati ketua samseng itu. Terus Sofia mematikan hasrat untuk memulakan pemanduan.

“ Siapa tu? apa yang dia nak buat dengan ketua samseng tu?”

Tanpa berlengah, dia terus keluar daripada kereta dan mendekati mereka berdua. Apabila dah dekat, dia sembunyi dekat satu tempat dan cuba untuk mendengar perbualan mereka. Tapi sayang.. tak begitu jelas.

Sofia merengus geram. Apa yang mereka bualkan tu? Aku nak dengar!

“ Ehem. Ehem.”

Tersentak Sofia saat ada orang lain di belakangnya saat itu. perlahan-lahan Sofia menoleh ke belakang. Polis lagi? Dan yang ni siapa pula?

“ Kau siapa? nak apa?” Kasar Sofia menyoal.

“ Maaf. Tapi cik dah masuk kawasan yang dilarang.”

Sofia memerhati sekelilingnya. Tempat vip. Okay. Memang aku salah. Patutlah dia datang.

“ Okay. I’m sorry.”

Terus Sofia meninggalkan tempat itu. Bila dia menoleh ke belakang semula, mereka berdua dah hilang. Shit! Hancur rancangan aku nak dengar. Spoil betul!

Kakinya kembali melangkah ke arah kereta. Tapi sekali lagi dia melihat ada anggota polis dekat situ. Hatinya dah membara. Kenapa hari ni ramai polis nak cari fasal dengan dia? Pantas dia mendekati keretanya.

“ Encik! Encik buat apa ni?” Soal Sofia dengan hati yang panas.

“ Cik. Cik tahu kan kat sini tak boleh parking?”

Sofia merengus kasar. Nak park kejap pun tak boleh ke? Masalah!

“ Ala. Aku bukan nak park lama-lama. Kejap je pun. Kacau lah!”

Anggota polis yang sebenarnya Amsyar itu terus terdiam. Entah kenapa, dia macam pernah dengar suara perempuan di depannya saat itu.

“ Maaf. Tapi kami hanya menjalankan tugas.” Dengan lembut Amsyar berkata.

Sofia hanya mengangguk lantas bergerak ke arah pintu pemandu. Langsung tidak menjeling ke arah Amsyar. Kertas saman yang ada depan cermin itu diambil lantas dia terus masuk ke dalam kereta. Spoil mood betul!
Amsyar yang sedar Sofia ingin berlalu pantas bergerak ke tepi. Tak sampai 2 saat, kereta Sofia terus berlalu meninggalkan Amsyar. Amsyar yang melihat hanya terdiam.

“ Kenapa aku macam kenal kau? Kau siapa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience