“ Marilah! Aku tak takut!” Jerit Sofia lantas dia mendekati konco-konco ketua samseng itu.
“ Iyaahhh!”
Amsyar yang berada di luar sudah mengetap bibir. Dia tak percaya apa yang dia sedang saksikan sekarang. Benar! Arissa Sofia benar-benar dah banyak berubah. Dia bukan Arissa Sofia yang dulu. Fazrin. Kau bertuah kerana pernah menjadi tunang Arissa. Aku cemburu dengan kau. Tapi kali ini benarkan aku untuk menjaganya buat seumur hidup? Aku sayangkan dia. Aku janji takkan hampakan kau dan Tuan Mustapha.
Sofia tersenyum puas apabila berjaya tumpaskan 3 orang sekali gus. Yang tinggal hanya lagi 2 orang. Ala! Kacang!
“ Aku takkan sesekali lepaskan korang.”
Bila mereka mula menyerang. Sofia mengelak dan terus dia menghentam dua orang itu sekali gus dengan memberikan tendangan percuma pada perut mereka. tak cukup dengan itu, kepala mereka dihentak kasar ke arah lantai. Belum selesai lagi bila Sofia menumbuk wajah mereka berdua cukup-cukup sampai badan mereka berdua betul-betul sudah tidak berdaya untuk berlawan.
Sofia yang melihat jelas sekali puas. Sangat puas! Sekarang giliran ketua samseng tu je. Mana pergi entah! Orang nak cepat-cepat selesaikan hal ni.
“ Arissa!”
Sofia terus menoleh ke belakang saat mendengar suara Amsyar. Dan dia terus mengambil pistol di belakangnya dan mengacu ke arah belakang Asmyar. Amsyar kini telah berada dalam genggaman ketua samseng sebenar atau orang lebih suka panggil Bob.
“ Hahaha. Boleh tahan juga kau erk? Habis konco-konco aku kau tumpaskan. Well! Well! Well!”
Sofia masih kaku pada tempatnya. Tapi pistol sesekali tidak lari daripada sasaran.
“ Baik kau lepaskan dia! Atau kau akan menyesal!”
Amsyar terus menggelengkan kepalanya. salah dia juga. Asyik sangat perhati sampai tak perasan ada orang belakang dia. Sempat juga dia jeling ke arah pistol yang Bob pegang ke arahnya itu. seketika dia terteguk air liur.
“ Arissa! Baik awak lari. Jangan pedulikan saya.” Jerit Amsyar. Dia cuba cari peluang untuk menjatuhkan pistol itu.
Sofia tersenyum sinis.
“ Bodoh lah aku kalau aku lari sedangkan ini yang aku inginkan. Bob! Ini hal antara kita berdua! Tiada kaitan dengan dia. baik kau lepaskan dia!” Keras suara Sofia mengarahkan Bob.
Tapi Bob ni jenis tak makan saman. Malah ketawa lagi besar adalah.
“ Langkah mayat aku dulu kalau kau nak aku lepaskan dia.”
Sofia merengus geram. Ini yang dia malas bila ada orang ikut dia. Rosak rancangan!
“ Arissa. Awak kena pergi sekarang. Biarkan saya. Saya tahu apa yang saya nak buat.”
“ Kau gila? Kau ingat aku ni jahat sangat ke nak pergi macam tu je?”
Tiba-tiba Sofia teringat bagaimana Fazrin mati di depannya satu ketika dahulu. Bila dia teringat, keadaan dia sekarang sama sekali macam dulu. kepalanya terus digelengkan. Dia tak nak Amsyar jadi mangsa kedua demi selamatkan dia. Dia tak nak!
“ Aku dengar kau ni bekas tunang Fazrin tu kan? Haha. Adik aku yang bunuh dia kan? Well! Well! Jadi lelaki ni pun mesti orang kesayangan kau juga kan?”
Sofia mengetap bibir kuat. Tak guna punya samseng!
“ Sebab adik kau tunang aku mati! Aku datang sini pun sebab dia! aku takkan sesekali lepaskan kau lah bodoh!”
Pang!
Sofia melepaskan tembakan dan tembakannya betul-betul kena pada tangan Bob. Itu kunci utama bagi Bob melepaskan pistol yang dipegangnya itu. Amsyar yang sedari hal itu pantas melepaskan diri daripada Bob dan mengambil pistolnya kembali.
“ Arghh!”
Amsyar pantas mendekati Sofia. Sofia yang melihat terus terdiam. Serius! Sama! Dia terus menoleh semula ke arah Bob. Ya! Seperti dia sangka, Bob ada satu lagi pistol dan pistol itu mengarah pada Amsyar.
“ Amsyar! Tidak! Tunduk!”
Pang!
Hampir saja air mata Sofia menitis. Mujur Amsyar sempat tunduk. Lega dia rasakan tapi Cuma sekejap bila Bob mula melancarkan serangan.
“ Arissa. Please. Saya merayu sangat. Tolong pergi dari sini.” Rayu Amsyar lantas berdiri di sisi Sofia. Dia turut mengacu pistol ke arah Bob.
“ Aku dah kata aku takkan berganjak dari sini sebelum aku tumpaskan dia! kau faham tak?”
Amsyar terdiam. Ya. Dia tahu. Dendam Sofia melebihi segala-galanya saat ini.
“ Kalau begitu biar saya yang selamatkan awak.”
“ No!”
Pang!
“ Amsyar!”
Gara-gara marah menguasai diri, Sofia terus melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah Bob.
Pang! Pang! Pang!
“ Arghhh!”
Share this novel