BAB 11

Detective Completed 6538

Satu-satu peristiwa yang pahit kembali ulang tayang dalam fikirannya. Dia dah usaha untuk membuang semua kenangan itu. Tapi gagal. Gara-gara dendam juga dia telah menyebabkan nyawa Amsyar dalam bahaya.
Air matanya yang bergenang tadi terus mengalir ke pipi. Tak! Dia tak boleh sedih! Dia kuat! Terus diseka air matanya itu dengan kasar.

“ Faz. Kenapa mesti dia? Kenapa dia beria-ria nak selamatkan saya? Faz. Kenapa dia yang datang selamatkan saya? Kenapa korang berdua sanggup berkorban demi saya?”

Bibirnya diketap kuat. Lemah. Ya itu yang dia rasakan sekarang. Tanpa dapat ditahan, akhirnya dia menangis di sisi Amsyar yang tengah koma itu. Dia gagal tahan air matanya daripada terus keluar.

“ Aku jahat Am. Jahat. Tapi kau still selamatkan aku. Ini kali kedua. Kenapa Am? Kenapa? Aku yang patut mati. Memang niat aku lepas bunuh Bob, aku sanggup mati. Tapi kau hancurkan segala-galanya!”

Sofia tatap wajah Amsyar yang masih tidak sedarkan diri itu. terhambur keluhan kecil daripada mulutnya. Air mata pantas diseka. Tanpa berlengah dia pantas bangun untuk keluar daripada situ. Hati dia jadi lemah bila berdepan dengan Amsyar. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

“ Sebab saya sayangkan awak Arissa Sofea.”

Langkah Sofia terus kaku. Bibirnya terketar-ketar untuk berkata. Nak menoleh pun rasa dah tak ada bermaya. Dia takut apa yang dia dengar tadi.

“ Arissa Sofea.”

“ Nama aku Airez! Arissa Sofea dah lama mati.” Tegas Sofia dan berura-ura ingin pergi.

“ Awak tetap Arissa Sofea. Dan tiada siapa dapat ubah kenyataan itu.”

Sofia mengetap bibirnya kuat. Matanya dipejam sampai dia dapat bayangkan semula kejadian pagi tadi. Serius. Selepas Amsyar kena tembak tu, dia dah tak kuat. Dia rasa dia gagal lagi walaupun dia berjaya tumpaskan Bob. Arh!

“ Aku patut mati Amsyar.”

“ No.”

Tiba-tiba Amsyar sudah berdiri di depan Sofia. Perlahan-lahan Sofia membuka matanya. Tersentak dia saat melihat Amsyar sudah berada depan matanya saat ini. Amsyar yang melihat sudah menarik senyum.

“ Saya dah lama sedar. Dan saya tak koma. Tuan Mustapha tipu awak. Tapi perut ni saya tak tipu. sakit.”

Sofia mengalihkan pandangannya pada perut Amsyar. Terus dia rasa bersalah.

“ Awak tak boleh mati Arissa. Dan awak tak patut mati.”

Sofia terdiam. Tajam dia merenung ke arah Amsyar.

“ Arissa.”

Sofia ingin berlalu. Hati dia dah tak berdaya menerima tatapan Amsyar. Ini mengingatkan dia pengorbanan Amsyar satu ketika dahulu.

“ Arissa. Tunggu.”

Lengan Sofia ditariknya. Tapi tak pula Sofia menoleh ke arahnya.

“ I really love you Arissa. Saya tak tipu. Dan please benarkan saya lindungi awak. Saya tak nak kejadian tadi berulang lagi. saya takut kalau terpaksa kehilangan awak lagi.”

“ Bukan aku Am. Aku berbahaya.”

“ Tak. Awak terpaksa. Sebab awak berdendam. Fazrin pasti tak suka dengan apa yang awak tengah buat ni Arissa.”

Amsyar menarik Sofia ke arahnya. Sofia still tak pandang ke arah Amsyar. Dia tak sanggup.

“ Please Arissa. Saya tak kisah kalau awak tak cintakan saya. Sebab saya tahu awak masih sayangkan arwah Fazrin. Tapi beri saya peluang. Saya nak lindungi awak. saya tak nak awak terus berdendam.”

Sofia merengus geram. Terus dia tarik tangannya semula. Dengan mata yang merah dia membalas renungan Amsyar.

“ Sebab kau bertekad sangat kan? Okay. Fine! Tapi jangan sesekali halang kerja aku sebagai spy!” tegas Sofea.

Amsyar tersenyum.

“ Tak kisah. Jadi spy di hati saya pun dah cukup Arissa.”

Gara-gara geram dengan kata-kata Amsyar itu, terus dada Amsyar jadi mangsa tumbukan Sofia.

“ Auch!”

Sofia tersenyum sinis.

“ Padan muka. Aku nak balik.”

Tapi dalam diam sebenarnya Sofia dah mula tersenyum dengan ketegasan Amsyar yang ingin memilikinya. Faz. Mungkin dia orangnya. Pengganti awak. Mungkin dia orangnya. Yang berjaya membawa sinar kembali dalam hidup saya. Faz. Terima kasih. Saya tahu saya kejam tapi maafkan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience