“ Letih!”
Keluhan yang keluar daripada mulut Naim itu menarik perhatian Amsyar. Terus Amsyar mendongakkan kepalanya ke arah Naim. Dia daripada tadi kyusyuk sangat buat kerja. sampai tak sedar Naim dah balik ke pejabat.
“ Amboi Naim. Apa yang letih sangat tu?”
Amsyar bangun bagi menghilangkan lenguh. Seharian dia duduk siapkan dokumen yang perlu. Petang pula kena keluar jumpa pesalah-pesalah. Ini lah tugas anggota polis. Tambah-tambah inspektor macam mereka ni. Acewah.
“ Kes baru ni la. Gila la. Perempuan tu gila ganas. Sampai berjaya jatuhkan ketua mafa terbesar dekat KL ni. sempoi! Aku baru lepas tangkap ketua mafa tu ke penjara la ni. kami sampai-sampai je tengok semua geng mafa tu dah tumpas.” Dengan semangatnya Naim bercerita.
Amsyar terdiam.
“ Maksud kau mereka semua tu tumpas kerana seorang perempuan?” Soal Amsyar dengan riak tidak percaya.
“ Yes. Aku tahu kau memang tak percaya. Tapi itu kenyataan. Dengar kata perempuan tu bekerja belakang tabir as spy. Dan buat juga kerja berbahaya seperti tadi tu. And aku juga ada dengar perempuan tu tunang arwah inspektor Fazrin. Ketua atasan kita tu. yang meninggal sebab ditembak ketua samseng 2 tahun lalu. Tapi ketua samseng tu pun dah mati juga sebab digantung.”
Amsyar terdiam lagi. dia yang baru setahun kerja dekat sini baru tahu semua tu.
“ Tapi kenapa perempuan tu sanggup buat kerja tu?” Soal Amsyar lagi ingin tahu.
Naim tersenyum hambar.
“ Arwah tunang dia mati depan mata dia bro. Demi lindungi dia, arwah tunang dia sanggup korbankan diri. Dan mulai hari tu.. dia macam simpan dendam. Dia nak tebus balik apa jadi dekat arwah tunang dia dulu. itu yang aku dengarlah. Ada juga yang kata.. dia buat semua tu demi melupakan arwah tunang dia tu. daripada berperwatakan lembut, terus dia jadi kasar.”
Naim terus bangun dan melakukan renggangkan pada badannya. penat!
“ Naim.”
Amsyar teringat sesuatu. Naim mengerling sekilas ke arah Amsyar sebelum tersenyum.
“ Kenapa? Tertarik ke?”
“ Kau pernah tengok muka dia?”
Naim tersengih. Amsyar..Amsyar..
“ Tu satu lagi. dia tak pernah tunjukkan muka dia bro. waktu buat kerja tu dia setia pakai topeng muka. Dia tidak sesekali tunjukkan wajah dia. hanya boss je tahu. Kita pekerja baru ni tak tahu la. Tapi dengar kata cantik orangnya.”
Terus Amsyar teringat pada seseorang. Arissa!
Share this novel
aik peliknya
aik peliknya
aik peliknya