BAB 12

Detective Completed 6538

Setahun berlalu…

“ Arghhh!”

Sofia tersenyum sinis saat berjaya menumpaskan seorang lagi ketua mafa di KL itu. Puas! Bila dah berjaya pengsankan ketua mafa itu, dia terus meninggalkan kawasan hutan itu. Rambutnya yang sudah tidak kemas itu diperkemaskan dengan ikatan. Sarung tangan ditanggal. Topeng muka juga turut ditanggalkan.

“ Airez? Dah selesai ke?”

Kedengaran suara bos Ilham dari speaker yang dipakainya.

“ Dah bos. Jangan risau.”

Terus dia melajukan langkahnya ke arah kereta. Pihak polis pun dah sampai. Jadi tugasnya selepas ini diserahkan kepada mereka. Speaker pun dah dimasukkan ke dalam kocek seluar. Baru saja dia ingin masuk ke dalam kereta, bahunya tiba-tiba disentuh daripada belakang. Dia dah bersedia dengan sebarang
kemungkinan.

“ Sayang.”

Dengar saja suara itu, barulah dia menghembus nafas lega. Terus memusingkan badan ke belakang. Berdirinya seorang inspektor polis yang bernama Amsyar di depan Arissa Sofea.

“ Abang! Terkejut saya tau!” Geram Sofia dengan Amsyar ketika itu.

Amsyar hanya menarik sengih. Tangannya terus mengelus lembut rambut Sofea yang ingin terurai itu.

“ Macam mana hari ni? penat?”

Sofia tersenyum. dia mengerling ke belakangnya sekilas. Ketua mafa itu dah berjaya ditangkap.

“ Boleh tahanlah.”

Amsyar rasa bangga melihat isterinya saat ini. Sofia dah banyak berubah. Dah tak berdendam. Tak suka marah-marah dah. perlahan-lahan perwatakannya menjadi lembut. Tapi bila dalam bidang kerja dia, sikap macam lelaki tu memang tak boleh nak dibuang lah.

“ Sayang.”

“ hurmm.”

“ Bila sayang nak berhenti daripada kerja ni? Jadi polis macam abang?”

Sofia terdiam. Renungan Amsyar yang penuh berharap itu dibalas.

“ Abang.. Bukan tak nak tapi..”

“ Abang faham. Tak apa. take your time dear.”

Sofia mengukirkan senyuman kecil. Maafkan Arissa abang. Maybe selepas kita dikurniakan anak? Baru lah Arissa berhenti daripada menjadi spy ni.

“ Okay dear. Abang kena pergi. Hati-hati dijalan tau.” Pesan Amsyar sebelum pergi.

Amsyar yang baru nak pergi tu tak jadi bila lengannya tiba-tiba ditarik. Dia melihat Sofia dengan kerutan di dahi. Wajah Sofia saat itu macam inginkan sesuatu. Tapi Sofia jadi teragak-agak.

“ Why dear?”

“ Erkk.”

Sofia tergaru-garu keningnya yang tidak gatal itu. Malu sebenarnya tapi dia rindu sangat dekat Amsyar. Jadi buat dengan cepat lepas tu blah! Okay Sofia? Okay set!

“ Arissa?”

Sofia terus memeluk tubuh Amsyar. Tanpa berkata apa-apa. Amsyar yang menerima pelukan itu terus tersenyum kecil. sesaat kemudian dia turut membalas pelukan Sofia. Alahai isteri aku ni. comelnya!

“ Erk. Okay. Abang boleh pergi.” Kata Sofia selepas meleraikan pelukannya.

Serentak itu dia terus menoleh ke belakang. Wajahnya pula dah berbahang malu. Amsyar di belakang dah tersenyum lebar.

“ Sayang. One more.”

Belum sempat Sofia ingin menoleh, Amsyar terlebih dahulu berdiri di depannya dan tanpa diduga, bibirnya dikucup. Pantas. Selepas itu Amsyar terus memberikan senyuman.

“ Okay done. Abang pergi dulu sayang. Take care. I love you.”

Terus Amsyar berlalu semula ke arah keretanya. Mujurlah tiada orang yang nampak. Kalau tak boleh dibahan je la kerjanya.

“ I love you to.”

Balas Sofia perlahan lantas terus masuk ke dalam kereta. Dalam diam dia menarik senyum. Malu memang malu tapi dia bahagia. Matanya terus melirik cermin sisi keretanya. Dari situ dia dapat tangkap wajah Amsyar yang tengah tersenyum.

“ Abang. I don’t know what will happen if you don’t came into my life. I really really love you abang. Thanks you abang.”

Bila dah berjaya tenangkan dirinya semula, barulah dia memulakan perjalanannya semula. Dan yang pasti, Amsyar pun turut memandu keluar daripada kawasan itu dan mengekori Sofia.

“ Abang sanggup lakukan apa saja demi awak Arissa Sofia. Fazrin. Terima kasih. Saya janji saya akan jaga dia sebaik yang mungkin.”

Apa yang berlaku ini aku tahu sangat pantas, ibarat bullet train Jepun tu tapi siapa kita nak menidakkan kerja Tuhan. DIA yang menciptakan kita, segala apa yang ada di langit dan bumi ini adalah miliknya, dan aku menerima semua dengan tangan terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience