BAB 9

Detective Completed 6538

“ Awak!”

Fazrin tersenyum kecil. Dia menggelengkan kepalanya.

“ Sofia. Please. Pergi. Jangan hiraukan saya. Kejap lagi pihak polis akan datang. Jangan risau. Saya akan selamat. Demi awak.”

Sofia sudah mengalirkan air mata. Tak! Dia tak sanggup melihat Fazrin dalam bahaya. Tubuh Fazrin penuh dengan darah selepas dipukul bertubi-tubi oleh konco-konco Dian tadi. Tapi dia? Dia setia kaku di sini malah tidak boleh bergerak gara-gara diikat. Tak sangka dalam diam mereka berdua diperhati dan diculik sampai ke sini. Dian jahat! Kejam!

“ Tolong! Lepaskan dia!” Jerit Sofia dengan sekuat hati. Dalam itu dia cuba merungkaikan ikatan. Bila dah berjaya dia perhati konco-konco Dian yang masih tidak mahu melepaskan Fazrin itu.

“ Meh sini! Giliran aku pula. Tepi!”

“ argh!”

Fazrin mengerang kesakitan saat tubuhnya ditarik kasar oleh Dian. Kini lehernya menjadi mangsa. Pisau yang dipegang Dian itu berada betul-betul di lehernya. Fazrin memejamkan matanya erat. Walau apa pun yang terjadi, Sofia kena selamat!

“ Tolong Dian. Kau boleh bunuh aku tapi lepaskan Sofia dulu. aku merayu.” Dengan susah payah Fazrin berkata.

Dian memandang mereka silih berganti.

“ Oh. So sweet!”

Sofia memandang Fazrin. Fazrin! Saya dah bebas. Saya berjaya!

“ Dian. Please.” Rayu Fazrin lagi.

Sofia melihat Dian. Dalam hati dia berharap Fazrin berlari ke arahnya dengan secepat yang mungkin.

“ Ok. Boleh. Han. Lepaskan dia.”

Bila Fazrin rasa pisau itu dah jauh daripada dia, cepat-cepat dia ambil peluang dengan menumbuk perut Dian.

“ Argh!”

Tanpa berlengah, Fazrin pantas berlari ke arah Sofia. Tapi belum sempat mereka dekat, Dian bertindak dahulu.

Pang!

“ Awak!”

“ ARghh!”

Bukk!

Terketar-ketar Sofia melihat tubuh Fazrin yang sudah berlumuran darah itu. perlahan-lahan dia mendekati Fazrin. Kepala Fazrin diriba Sofia. Air matanya menitis dengan laju.

“ Awak. tolong jangan tinggalkan saya! Please!” Rayu Sofia dengan linangan air mata.

Fazrin membuka matanya. Senyuman setia diukir pada bibirnya. Tangannya menggenggam erat tangan Sofia.

“ Arissa Sofia. Please take care of yourself. Don’t think about me. And please… jangan simpan dendam di atas apa yang terjadi.”

Sofia masih menangis. Dia tak nak dengar apa-apa. Dia Cuma nak Fazrin selamat. Itu je!

“ I love you. Please. Don’t do that.” Nafas Fazrin sudah mula tersekat. Dia rasa masanya dah tiba.

“ Faz! Tolong. Jangan tinggalkan saya. Saya cintakan awak Faz.”

Fazrin tersenyum.

“ Please… jaga diri awak. jangan risaukan saya. And please… jangan berdendam.”

Akhirnya, genggamannya terlepas. Sofia yang melihat terus tersentak.

“ Fazrin!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience