BAB 7

Detective Completed 6538

Sofia. Belum terlambat untuk awak berhenti. Please stop.

Pesanan ringkas daripada Tuan Mustapha itu membuatkan Sofia merengus geram. Kenapa semua tak faham perasaan aku?! Arh! I don’t care! I will do it! Walaupun aku terpaksa mati.

Kini, dia sudah berada di belakang tempat persembunyian ketua samseng itu. Tunggu masa nak masuk saja dan serang mereka. Tapi dalam diam dia turut takut andai dia terkorban sebelum melakukan apa-apa.

Shrekk!

Sofia tersentak. Pantas dia menoleh ke belakang. Dia terdengar sesuatu. Dia mula mengeluarkan pistol dan mengarahkan ke arah yang dia dengar tadi. Dadanya sudah berdebar kencang. Ya Allah. Siapa tu?

“ Ouch!”

Sofia terdengar pula suara orang lelaki sedang mengerang kesakitan. Perlahan-lahan Sofia mendekati ke arah itu. matanya mula meliar sekeliling. Takut jejaknya dikesan.

“ Bodoh betullah ranting ni. Sakit.”

Sofia tersentak saat ternampak seorang lelaki sedang duduk mengerang kesakitan. Dan Sofia kembali menyimpan pistolnya. Dia mendekati lelaki itu dengan lebih rapat. Saat dapat mengecam wajah lelaki itu, kini dia tahulah yang dia sedang diperhatikan. Damn! Tuan Mustapha!

“ Apa yang kau buat dekat sini?” Soal Sofia sambil memerhati sekeliling.

Amsyar tersentak. Alamak! Kan dah kantoi!

“ Arissa.”

Sofia sekali lagi tersentak. Jantungnya bagaikan bermainkan drum semula saat mendengar suara itu memanggil namanya. Tajam dia merenung ke arah Amsyar. Ini lelaki yang saman aku hari tu. macam mana dia tahu nama aku?

“ Kau siapa?” Keras Sofia menyoal.

Amsyar tersenyum kecil lantas bangun dan berdiri sama tinggi dengan Sofia walaupun dia jauh lebih tinggi daripada Sofia.

“ Arissa Sofia. Saya Amsyar. Yang pernah selamatkan awak satu ketika dahulu daripada dicabul oleh penjahat. Kira-kira 8 tahun yang lalu.”

Sofia tergamam. Amsyar? Tak! Tak! Aku tak percaya!

“ Kau..kau dah mati. Bukan kau dah mati ke?”

Amsyar menarik sengih. Walaupun dia tak dapat tengok wajah penuh Sofia kerana Sofia memakai topeng. Tapi dia kenal dengan renungan tu.

“ Aku terselamat. Terima kasih dekat Tuan Mustapha. Dia yang berjaya selamatkan aku daripada terus dipukul dan dibakar hidup-hidup.”

Sofia sekali lagi terdiam. Dia sangat-sangat terkejut. Tapi… Arh! Semua tu dah berlalu.

“ Aku tak tahu kenapa Tuan hantar kau ke sini. Tapi baik kau pergi. Sini bahaya dan ini tugas aku.”

Sofia kembali memusingkan badannya ke arah tempat persembunyian ketua samseng itu. perlahan-lahan dia menapak dan memerhati apa yang ada di dalam.

“ Saya ikut.” Tiba-tiba Amsyar di tepi Sofia. Wajahnya turut beriak serius. Sofia tidak menghiraukan Amsyar. Dia hanya ingin tugasnya cepat-cepat selesai.

Pintu yang terbuka itu menarik perhatian Sofia. Tercetus senyuman sinis pada bibirnya. Bagus! Pintu dah terbuka. Orang pun tak ramai. Cuma ketua samseng tu je aku tak nampak lagi. maybe belum sampai.

“ Arissa?” Amsyar dah dapat hidu sesuatu. Dia dapat rasakan Sofia ingin melakukan sesuatu yang bahaya.

“ Kau jangan ikut. Aku tak perlukan pertolongan kau!”

Terus Sofia melangkah masuk tanpa menghiraukan Amsyar yang terpinga-pinga itu. Dan sebab itu, konco-konco mereka sudah pun mara dan ingin menumpaskan Sofia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience