Amsyar meneliti dokumen kerja yang berada di depan matanya saat itu dengan perasaan berkecamuk. Mata je cuba fokus dekat dokumen tu. Tapi fikiran melayang entah ke mana. Asyik terfikirkan perjumpaan pagi tadi dengan seorang perempuan ni.
Siapa dia? Siapa perempuan tu? Ala Am! Takkan kau tak boleh ingat? Haish! Apasal hari ni otak aku lembap sangat?
“ Woi!”
“ Astagfirullah! Naim!”
Naim sudah ketawa terkekek-kekek selepas berjaya mengenakan Amsyar yang ralit termenung itu. entah apa yang difikirkan pun tak tahu lah. Sampai aku dah berdiri depan mata dia ni pun tak perasan.
“ Kau dah kenapa? Termenung je kerja kau. Ada masalah ke?” Tegur Naim lantas ambil tempat di sebelah Amsyar.
“ Tak ada apa-apalah.” Nafi Amsyar dan kembali fokus pada kerja.
Naim hanya tersengih. Nak tipu aku konon.
“ Tak payah tipu aku lah. Macam aku baru kenal kau sehari.”
Giliran Amsyar pula tersengih. Tapi tak pula dia membalas kata-kata Naim.
“ Aku terlupa. Tuan Mus nak jumpa kau kat bilik dia sekarang.”
Amsyar tersentak. Ketua atasan nak jumpa dia? alamak! Ada aku buat salah ke?
“ Jangan buat muka terkejut beruk boleh?” Naim terus menumbuk bahu Amsyar dengan perlahan.
Amsyar terus tergelak. Naim pula yang geram.
“ Dah. baik kau pergi. Aku ada kerja sikit ni. bye.”
Hilang saja kelibat Naim daripada pejabat itu, barulah Amsyar menuju ke arah bilik bos dia. perlahan-lahan dia menapak masuk sebaik sahaja mendapat pelepasan masuk daripada dalam.
“ Tuan!”
Amsyar tabik hormat sebelum dijemput duduk oleh Tuan Mus.
“ Ada apa tuan nak jumpa saya?” Soal Amsyar ingin tahu.
Encik Mustapha hanya tersenyum. Maafkan saya Sofia. Saya tak nak awak berada dalam bahaya. Saya dah janji dengan Fazrin yang saya akan lindungi awak. Jadi saya kena juga hantar seseorang untuk perhati awak dari jauh.
“ Saya ada tugas untuk awak. penting!”
Amsyar tersentak. Tapi tak pula dia membantah.
“ Apa tu Tuan?”
Saya percayakan awak Amsyar. Tolong lindungi Sofia untuk saya.
“ Lindungi Arissa Sofia.”
Dan kali ini giliran Amsyar terkedu.
“ A..arissa.. Maksud Tuan?”
Encik Mustapha sudah bangun dan membelakangi Amsyar. Buat seketika keadaan sunyi sampailah Amsyar turut bangun daripada duduk dan berdiri di sebelah Encik Mustapha.
“ Ya. Arissa yang pernah kamu selamatkan dia satu ketika dahulu. Dan dia juga merupakan bekas tunang arwah Tuan Fazrin. Kamu dah tahu kan kisah tu?”
Amsyar tercengang. Arissa.
“ Tolong saya Amsyar. Kamu saja yang boleh tolong saya selamatkan Arissa. Please.”
Amsyar terus terdiam. Dalam hati dia berdoa agar hati dia kuat berdepan dengan insan yang bernama Arissa itu. Insan yang pernah bertakhta di hatinya satu ketika dahulu.
Share this novel