BAB 1

Detective Completed 6538

“STOPP! Airez! Tolong jangan bunuh dia! Jangan apa-apakan dia! Aku merayu kat kau!

Arahan yang didengarnya daripada speaker yang dipakainya itu membuatkan dia bengang dan melepaskan keluhan kuat tanda geram. Paling dia pantang bila buat kerja hangat-hangat tahi ayam ni.

Tak kisahlah dalam apa kerja yang diarahkan baik nak bunuh orang ni. Kalau tak nak bunuh cakap kalau nak bunuh cakap jadi dia boleh jalan terus! Dia dah bersedia nak hayun pisau tepat ke dada orang ni tapi arahan dari boss tadi buat dia terhenti. Stress!

“ Arghh!”

Dia akhirnya hanya melepaskan tumbukan pada muka lelaki itu. Pisau yang dipegang tadi pantas disepak jauh-jauh sampai masuk ke dalam sungai. Lelaki tadi pun dah pengsan. Jadi, kerjanya mudah. Bila dah yakin lelaki itu dah tidak sedarkan diri, barulah kakinya boleh melangkah meninggalkan kawasan hutan itu.

“ Airez!”

“ Saya dah keluar la boss. Tak bunuh dia pun.”

Sampai saja depan kereta, dia melihat sekeliling. Sunyi sepi. Bagus! Barulah dia boleh membuka topeng yang ada di wajahnya sebentar tadi. Letih! Rimas! Semua ada!

“ Bagus. Sekarang awak boleh balik ke tempat kerja awak.”

“ Saya tak faham. Kalau dah saya tak boleh bunuh dia kenapa boss suruh saya tangkap dia. tumbuk-tumbuk dia. tapi time nak bunuh tak boleh. Bencilah macam ni boss.” Rungutnya tidak puas hati.

Pintu kereta dibuka dan pantas dia masuk ke dalam. Rambut yang sudah makin panjang itu diikat rapi. Sesudah itu, dia mula memasang enjin kereta untuk pergi daripada situ.

“ Tugas kita hanya untuk tangkap. Yang lain serahkan pada pihak polis. Bukan sampai membunuh Airez. Betulkan niat tu. And saya tak nak terlibat sekali pun dalam perkara kejam tu. That’s not me.”

Terdengar pula keluhan daripada mulutnya. Akhirnya dia memilih untuk berdiam diri. Tiada hati lagi nak membalas kata-kata boss dia tu. Sampai speaker yang ada pada telinganya itu ditanggalkan. Telefon bimbit pula terus ditutup. Tanda dia tidak mahu diganggu buat seketika.

Selepas brek tangan ditarik, dia mula menekan pedal minyak. Dia meneruskan perjalanan dengan hati yang kosong. Tapi dia mula mengingati sesuatu sampailah air matanya kembali mengalir ke pipi. Dia dah janji dengan dirinya sendiri yang dia takkan menangis lagi. But, she failed!

“ Arissa Sofia. Please take care of yourself. Don’t think about me. And please… jangan simpan dendam di atas apa yang terjadi.”

Ayat-ayat itu kembali berlegar dalam fikirannya. Gara-gara itu air matanya kembali mengalir ke pipi. Bibirnya diketap kuat.

“ I love you. Please. Don’t do that.”

Matanya dipejamkan seketika sebelum tersenyum sinis. Air matanya sudah diseka perlahan.

“ I love you to. But, I’m sorry. I must do that. For your goodness. I begging you Faz. I’m sorry.”

Terus keretanya membelah laju di atas jalan raya itu dengan perasaan yang berkecamuk. Yang pasti semenjak 2 tahun yang lalu, dia dah simpan tekad yang dia akan menebus kembali apa yang telah diperlakukan terhadap arwah tunangnya dulu. By hook or by crook, she must do that.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience