BAB 6

Detective Completed 6538

Semua barang-barang yang dia perlukan sudah berada di depan mata. Pistol sudah berada dalam genggamannya. Beberapa batang peluru dimasukkan dan pistol itu diletakkan di belakang beltnya. Kemudian, dia menyarungkan pula tangannya dengan sarung tangan hitam. Khas untuk wanita berani seperti dia.

Topeng muka berwarna hitam turut diambil di sarungkan ke kepalanya. Rambutnya yang dibiar lepas itu pantas diikat rapi. Sekali lagi dia renung wajahnya yang berlapikkan topeng itu di cermin. Terpamer senyuman hambar pada wajahnya.

“ Faz. Sudah tiba masanya dia terima pembalasannya. Maafkan saya Faz. Saya buat demi awak. saya tak nak awak pergi dengan sia-sia. Saya sayangkan awak Faz. Izinkan saya.”

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Bos Ilham!

“ Ye bos.”

Selepas memastikan semua keperluan sudah cukup, barulah dia keluar daripada bilik rahsianya itu dan menuju ke luar rumah. Pintu kereta di buka dan dia masuk ke dalam.

“ Airez. Kamu pasti dengan tindakan kamu ni?”

Sofia terdiam. Tapi dia langsung tidak menghiraukan soalan itu. Dia tahu selagi orang boleh halang dia..mereka tetap akan halang.

“ Airez..”

“ Bos. Saya dah bersedia. Saya akan ke lokasi ketua samseng tu sekarang juga. Bos Cuma beritahu lebih detail tentang tempat tu je.” Arah Airez tanpa menghiraukan pandangan bosnya itu.

“ Sofia..”

“ No! My name is Airez. Not Arissa Sofia. Arissa Sofia dah lama mati!”

Panggilan itu terus dia matikan. Dia sudah tiada hati nak cakap. Hatinya pedih setiap kali orang memanggilnya dengan panggilan Sofia. Dan setiap kali itu jugala dia akan teringatkan Fazrin. Damn!

“ Tak kira walau apa pun yang terjadi. Aku tetap kena teruskan rancangan ini. Maaf Faz.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience