Sayang…!!!
Aku kau lupa..,
Aku kau luka,
Tanpa kau sedar,
Sayang..!!!
Selamat tinggal..Aku kan pergi..,
Buat selamanya..,
Aku pasti kau bahagia tanpaku selamanya…
‘’Oit diamlah memekak je!’’
Barika mula menjerit nyaring. Sejak tadi dia hanya berdiam diri menahan rasa. Gegendang telinganya sudah tidak tertahan lagi mahu mendengar nyanyian sumbang-mambang tersebut. Yang pastinya lirik lagu tersebut begitu kena dengan situasi yang dihadapinya sekarang. Setepek terkena batang hidungnya sendiri. Sakit! Masakan dia akan terus-terusan membiarkan wanita yang bersuara parau tersebut mendendangkan lagu menyakitkan hatinya itu.
‘’Suka hati akulah nak memekak ker apa!Kau tak payah sibuklah!’’
Banduan wanita yang berambut pendek paras bahu tersebut mula membalas kasar. Dia masih lagi menyanyi-nyanyi bagai nak gila mengulang lirik yang sama. Merewang entah kemana-mana tempo nyanyiannya itu. Sengaja dia mahu mencabar Barika. Banduan tersebut tersengih-sengih tanda mengejek. Sempat lagi dia menjulurkan lidahnya kepada Barika disebalik tirai besi itu.
‘’Suara pun sumbang ada hati nak memekak. Jangan sampai kau tu pun aku bunuh. Dah alang-alang aku masuk sini sebab bunuh orang memang tak teragak-agak aku nak membunuh lagi!’’
Share this novel