BAB 11

Crime Completed 1368

‘’Owh dah nak mati baru ingat Tuhan? Lelaki tak guna! Selama ini aku percayakan kau…Aku cintakan kau sepenuh hati aku…Tapi apa yang kau dah buat?Kau main dengan perempuan lain belakang aku?’’

‘’Maaf…Tolong maafkan abang.’’

Syamzey masih tercungap-cungap memohon ampun.

‘’Kalaulah aku tak buat kejutan balik dari kampung senyap-senyap nak jumpa kau mesti sampai bila-bila pun kau akan tipu aku!Tergamak kau bawak betina sundal tu tidur atas katil kita?Kau memang dah melampau!’’

Barika menikam perut Syamzey yang tidak berbaju itu berkali-kali sehingga puas. Akhirnya Syamzey terdiam tidak berkutik lagi. Syamzey sudah terkulai layu. Barika memeluk jasad suaminya yang sudah berlumuran darah itu. Barika mencium tangan kanan suaminya itu. Air matanya menderu membasahi pipi. Barika menyesal.

‘’Ampunkan sayang abang…Sayang cintakan abang…Jangan lupa itu sayang!’’

‘’Barika, awak okey?’’

Teguran lembut daripada seorang lelaki itu terus melenyapkan kenangan silam Barika. Lama dia bertelegu di situ. Usai membacakan doa ketika menziarahi kubur arwah Syamzey dia terus termenung jauh. Barika menyesali segala kesilapannya selama ini. Akal fikirannya yang tidak waras ketika itu telah mengorbankan dua nyawa. Suaminya, Syamzey dan wanita itu. Walaupun mereka berdua memang sudah terang-terangan melakukan dosa tetapi sebagai hambaNya dia tidak sepatutnya mengikut hasutan syaitan sehingga tergamak menjatuhkan hukuman sekejam itu. Barika ralat.

‘’Sudahlah tu…Lupakan kenangan pahit yang awak dah lalui tu…Kita mulakan hidup baru ye…InshaAllah Tuhan tu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’’

Pujuk lelaki itu lagi. Hati Barika sedikit terubat dengan kehadiran lelaki tersebut. Firman merupakan seorang doktor sakit jiwa. Firmanlah yang bertanggungjawab merawat Barika ketika dia ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa itu.Barika terlepas daripada hukuman penjara dan dimasukkan ke hospital sakit jiwa selepas ujian kesihatan membuktikan Barika menghidap penyakit mental.

Selama setahun Barika berada dalam pengawasan Dr. Firman sehinggalah Barika akhirnya pulih daripada penyakit jiwanya itu. Barika sangat terhutang budi dengan pertolongan Firman yang sentiasa memberikan dia semangat untuk pulih. Dalam diam rupanya lelaki tersebut menaruh hati kepadanya dan mengajak dia mendirikan rumahtangga.

Sungguh Barika langsung tidak menduga rupa-rupanya Tuhan sengaja menyembunyikan matahari kerana Dia mahu menghadiahkan pelangi buat Barika. Kali ini Barika nekad mahu memulakan kehidupan yang baru. Dia akan melupakan segala kepahitan episode hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience