Barika memainkan lagu kegemaran mereka berdua itu. Dia berjoget tango sekali sambil menatang dua gelas air berwarna merah. Barika mendekati Syamzey sambil menyuakan minuman berwarna merah yang pekat likat tersebut.
‘’Abang…Nah air…Minumlah…Sayang tahu abang dahaga kan…Kesian abang.’’
Syamzey termuntah sebaik saja Barika menyuakan minuman darah Sandra itu tadi ke mulutnya. Dengan selamba Barika melagakan gelas mereka dan secara rakus meneguk darah tersebut mengisi kerongkongnya. Syamzey termuntah sekali lagi melihatkan aksi tidak masuk akal isterinya itu. Takkan Barika menjadi segila ini apabila mendapat tahu kecurangannya?Ya,Syamzey terlupa. Sebenarnya penyakit gila meroyan Barika sudah datang balik. Pernah satu ketika dulu Barika keguguran sehingga menyebabkan dia mengalami kemurungan melampau. Nasib baiklah beberapa bulan selepas itu Barika kembali pulih seperti biasa. Tidak sangka pula penyakit lama isterinya muncul semula. Ini semua sebab dia. Syamzey menyalahkan dirinya sendiri.
‘’Sayang…Maafkan abang…Tolong lepaskan abang ye.’’
Syamzey cuba sekali lagi merayu. Barika mengesat kasar bibirnya yang comot kesan meneguk air darah tadi. Terbuntang matanya memandang Syamzey yang berwajah pucat lesi itu.
‘’Balasan untuk orang yang memungkiri janji adalah mati!’’Barika berkata tegas.
‘’Ampunkan abang sayang…Abang cintakan sayang…Percayalah…Abang menyesal.’’Syamzey mula merintih sayu.
‘’Sayang pun cintakan abang…Cinta mati.’’
Barika mula mengelus lembut rambut Syamzey yang sudah berserabut. Barika mengesat peluh yang merintik di wajah suami tercintanya itu. Perlahan-lahan dia mengambil pisau yang digunakannnya untuk menikam Sandra sehingga mati itu tadi. Barika memain-mainkan pisau tersebut di wajah Syamzey. Syamzey mula menelan air liur. Nafasnya tersekat. Syamzey ketakutan. Benda gila apakah lagi isterinya ini mahu lakukan???
Share this novel