‘’Pembohong!Kau mungkir janji!Munafik!’’
Segala sumpah seranah dihamburkannya dengan penuh perasaan marah. Dia kembali duduk bertinggung di lantai sambil memeluk tubuh. Barika menangis semahu-mahunya apabila mengenangkan cintanya yang sudah dikhianati oleh sang suami yang tercinta. Dia berteriak seperti anak kecil yang laparkan susu. Barika laparkan kasih sayang seorang suami yang sudah mati. Mati ditangannya sendiri. Tragik.
Aku yang mengejar bayang,
Cinta kian terbiar,
Terpendam kata, tak terungkap selamanya..,
Pedihnya hanya aku yang merasa,
Mahu memilikinya,
Aku hanya hamba cinta,
Bisik hatiku lepaskan dirinya,
Sungguh aku tak bisa,
Biarlah aku sendiri,
Tanpa kasih di hati,
Aku tak mampu pertahankan lagi,
Cinta yang menyakiti,
Biarlah aku pergi,
Tiada hampa di hati…
Kedengaran di corong radio lagu bertajuk Pendam, dendangan penyanyi bersuara lunak, Shahir AF sedang berkumandangan sayup-sayup memecah kesunyian di dalam kereta yang sedang meluncur laju di lebuhraya. Syamzey memperlahankan sedikit volume radio. Dia memandang wajah isteri di sebelah yang sedang melayan perasaan sendiri sambil ikut menyanyikan bait-bait lagu tersebut.
‘’Sayang nak tinggal dekat kampung ni berapa hari?’’
Tanya Syamzey ketika dalam perjalanan menghantar isterinya itu pulang ke kampung menjenguk ibu mertuanya itu. Rindu katanya kerana sudah lama tidak pulang ke kampung. Masing-masing sibuk dengan urusan kerja di Kuala Lumpur.
‘’Dalam seminggu…Lagipun Bos sayang tu baik hati pula luluskan cuti lama-lama ni. Boleh ye abang?’’Pujuk Barika. Wajah Syamzey sudah mula berubah. Merajuk kononnya.
‘’Lamanya…Kata haritu nak balik dua,tiga hari je…Tak kesian ye tinggalkan abang sorang-sorang kat KL.’’ Mulut Syamzey mula memuncung ke depan. Tidak betah rasanya ditinggalkan si isteri lama-lama begitu. Sunyi.
‘’Ala Abang bukannya selalu sayang dapat peluang balik kampung ni…Itulah sayang suruh abang mintak cuti sekali tak nak…Kalau tak boleh kita luangkan masa bersama.’’Omel Barika pula.
‘’Bukannya abang tak nak mintak cuti tapi kerja banyak sangat belum settlelah sayang…Takpelah sayang balik je dulu ye.Jangan nakal-nakal pulak duduk kampung tu.’’
‘’Eleh…Abang tu jangan nakal-nakal dekat KL tu…Kalau sayang dapat tau haaa siaplah!’’ Barika pula memberi amaran. Lebih kepada mahu mengusik sebenarnya. Barika yakin sangat Syamzey tidak akan sesekali berani buat hal. Lelaki itu hanya cintakan dia seorang. Cinta separuh mati dan untuk selamanya. Barika sentiasa pegang janji Syamzey kepadanya itu.
Share this novel