BAB 8

Crime Completed 1368

Tekak Syamzey seakan meloya apabila Barika bertindak menikam wanita yang bernama Sandra itu sehingga lembik. Suara jeritan wanita itu tidak kedengaran kerana mulutnya sudah di’plaster’.

Seluruh anggota badannya juga sudah diikat seperti mana Syamzey diikat. Mencurah-curah darah pekat likat berwarna merah keluar dari perut wanita malang tersebut apabila Barika menikam perutnya tanpa belas. Hanyir baunya sehingga membuatkan seluruh isi rumah berbau busuk.

Barika mengekek ketawa apabila melihat wanita tersebut mengelupur sebegitu. Padan muka!Betina sundal! Carut Barika pula. Dia sempat meludah ke muka wanita yang sudah berhubungan intim dengan suaminya itu.

Sandra sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Hanya menunggu masa untuk berdepan dengan ajalnya. Mungkin neraka tempat wanita itu selepas ini. Wanita jalang! Memang padan muka dia yang sewenang-wenangnya menjalinkan hubungan intim dengan lelaki orang.

Padahal dirinya sendiri sudah berstatus isteri orang. Pantang suaminya mempunyai urusan kerja di luar Negara, Sandra pantas mencari pengganti untuk memuaskan gelojak nafsunya yang menggila.

Kebetulan pula dia sudah lama berkenankan Syamzey, rakan sekerjanya tetapi lelaki itu selalu saja jual mahal. Entah macam mana akhirnya Syamzey termakan dengan godaannya. Agh lelaki semuanya sama! Mana mungkin menolak kalau sudah dihidangkan lauk depan mata.

When marimba rhythms start to play,

Dance with me, make me sway,

Like a lazy ocean hugs the shore,

Hold me close, sway me more,

Like a flower bending in the breeze,

Bend with me, sway with ease,

When we dance you have a way with me,

Stay with me, sway with me…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience