BAB 10

Crime Completed 1368

‘’Sa…sa…sayang nak buat apa pisau ni?’’

Terngagap-ngagap Syamzey bertanyakan Barika. Barika kelihatan leka bermain dengan pisaunya yang masih bersisa dengan darah Sandra tadi. Mulutnya semakin rancak bersiul mengikut irama lagu Sway itu tadi.

‘’Please sayang…Jangan buat abang macam ni.’’

Barika hanya tersenyum sinis dengan pujuk rayu Syamzey itu. Dia mengusap perlahan muka suaminya itu. Jari telunjuknya diletakkan di bibir lelaki tersebut tanda menyuruh lelaki itu diam. Perlahan-lahan wajah Syamzey ditoreh sedikit dengan mata pisau. Lelaki itu mengerang kesakitan. Rintik-rintik darah mula menitis mengotorkan pakaian T-Shirt Polo berwarna putih yang sedang dipakainya itu. Tanpa berlengah lagi Barika mula mengoyakkan pakaian yang dipakai oleh Syamzey lalu perut lelaki itu dirodoknya dengan pisau pemotong daging itu.

‘’Aghhhh….!!!’’Syamzey menjerit kesakitan.

‘’Sakit ker abang?Sorry..Sayang tak sengaja…Nanti sayang ambikkan abang ubat ye..tunggu tau..’’

Tergesa-gesa Barika meninggalkan Syamzey yang masih mengerang kesakitan itu. Barika kembali dengan sebotol cuka. Dia membuka penutup cuka tersebut dan tanpa belas kasihan mencurahkan air cuka itu ke tubuh Syamzey yang sedang luka berdarah. Semakin kuat jeritan Syamzey. Lelaki itu tidak mampu menanggung azab kesakitan lagi.

Tergamak isteri kesayangannya ini memperlakukan dia sampai sebegitu sekali. Aghhh…apa kurangnya dia yang telah berlaku curang. Mungkin inilah balasan yang setimpal untuk suami curang seperti dia. Ya Allah tolong aku…Syamzey sempat mengucap. Tidak henti-henti mulutnya menyebut nama Tuhan. Semasa tengah seronok-seronok melakukan maksiat langsung tak ingat Tuhan. Manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience