BAB 7

Crime Completed 1368

‘’Aghhhhh sakit!!!Jangan sayang…Tolong lepaskan abang…Please…abang janji abang tak buat lagi…Tolong abang…Sakittt..’’

Suara rayuan sang suami langsung tidak diendahkannya. Barika sudah menggila. Dia mencabut satu persatu kuku jari kaki dan tangan Syamzey dengan menggunakan playar. Habis togel dibuatnya. Semakin kuat Syamzey menjerit kesakitan apabila kesemua kuku-kukunya itu dicabut tanpa belas ihsan lagi. Syamzey hanya mampu meronta tanpa dapat berbuat apa-apa lagi. Seluruh anggota badannya sudah berikat dengan tali. Kedua-dua tangan dan kakinya turut diikat. Ikat simpul mati.

‘’Kenapa abang tipu sayang…Kenapa abang? Sanggup abang curang dengan sayang…Apa kurangnya sayang ni berbanding dengan betina sundal tu???’’

Sudah berkali-kali Barika bertanyakan soalan yang sama kepada Syamzey. Syamzey hanya mampu menitiskan airmata. Sedar atas kekhilafannya. Memang silap dia kerana berlaku curang dengan Barika. Padahal isterinya itu tiada cacat celanya. Barika seorang isteri yang baik. Sangat baik. Cuma dia. Dia yang salah. Iman dia tidaklah sekuat mana. Benarlah lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Dan yang satu itulah paling sukar ditangani. Syamzey menyesal atas keterlanjurannya.

‘’Abang tunggu sekejap sayang nak bawakkan air untuk abang…Abang mesti dahagakan.’’

Barika berkata manja selepas berjaya mencabut kesemua kuku di kaki dan tangan Syamzey. Baru puas hatinya kini. Barika bersiul-siul pula.

‘’Sekarang kan dah bersih…Tadi kuku abang tu panjang sangat sayang tolonglah cabutkan. Tunggu kejap ye sayang ambilkan air.’’Barika mengucup kedua-dua belah pipi Syamzey yang sudah menitik peluk jantan.

Wajah Syamzey pucat. Tekaknya memang teramat haus kerana sejak tadi menjerit kesakitan. Syamzey tidak menyangka Barika boleh bertindak segila itu. Memang berbeza sangat perwatakan isterinya sekarang ini. Kejam. Tetapi bukankah dia yang terlebih kejam kerana bersikap curang dengan isterinya itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience