When marimba rhythms start to play,
Dance with me, make me sway,
Like a lazy ocean hugs the shore,
Hold me close, sway me more,
Like a flower bending in the breeze,
Bend with me, sway with ease,
When we dance you have a way with me,
Stay with me, sway with me…
Irama dan alunan lagu rancak berbahasa inggeris bertajuk Sway yang didendangkan oleh Michael Buble itu begitu mengasyikkan sekali dengan diikuti liuk-lentok langkah tarian tango oleh Barika dan Syamzey. Sepasang suami isteri yang kelihatan sedang mabuk dilamun cinta.
Malam ini malam istimewa iaitu malam ulangtahun perkahwinan mereka. Barika sangat terharu dengan kejutan yang dibuat oleh suaminya itu. Makan malam istimewa dan diselang-selikan dengan tarian romantis. Hanya mereka berdua. Terasa seperti dalam dunia ini hanya wujud dua insan bercinta bernama Barika dan Syamzey. Alangkah indahnya perasaan Barika ketika itu. Sungguh dia tidak mahu masa ketika ini berhenti berdetak. Dia mahu terus-terusan rasa bahagia seperti ini. Selamanya…Sampai mati.
‘’Sayang…’’
Syamzey memegang dagu Barika yang cantik berlekuk. Barika mendongak dan memandang tepat ke anak mata suami tercinta. Syamzey senyum penuh romantis sambil mengusap lembut anak rambut sang isteri. Dahi Barika dikucupnya penuh kasih.
‘’I love you, sayang…Cinta abang dekat sayang simpul mati tau…Takde siapa yang boleh uraikan ikatan cinta kita berdua.’’ Ucap Syamzey penuh yakin.
‘’Abang janji akan cintakan sayang sampai mati?’’ Tanya Barika pula mahukan kepastikan. Dia risau jikalau Syamzey memungkiri janji.
Share this novel