BAB 1

Crime Completed 1368

SUARA sumbang itu sedari tadi melalak memecahkan kesunyian dan membingitkan telinga. Barika menutup kedua-dua belah gegendang telinganya. Dia duduk bertinggung di satu ceruk. Lantai yang sememangnya tidak berlapik itu begitu dingin rasanya apabila bontotnya mula mencecah sehingga sejuknya terus merebak ke urat saraf.

Barika menyapu kasar airmata yang mengalir deras di pipi gebunya. Bait-bait lagu tersebut begitu merobek hatinya tika ini. Mengapa begitu tegar insan tersebut melukakan hatinya?Bodohkah dia yang begitu mempercayai janji-janji manis sang suami yang begitu dicintainya itu. Dungukah namanya kalau dia begitu taat dengan lafaz buat selamanya? sang kekasih halalnya itu?

Mengapa masih lagiku,

Berdiri menunggu cintamu,

Mengapa masih adamu,Menyakiti di siang malamku,

Aku terima cintaku dipersiakan…Wooo..!!!

Sayangggg…!!!!

Lirik sudah masuk ke bahagian korusnya. Ditarik tinggi melangit sehinggakan mahu pecah kerongkong sang penyanyi dibuatnya. Jeritan suara tersebut begitu membingitkan telinga Barika.Dia mula hilang sabar. Sudahlah nyanyian ke laut,temponya entah kemana, merata-rata perginya lagi ada hati mahu menyanyi di tengah-tengah malam sunyi ini. Barika mengomel dalam hati.

Berselirat kepala otaknya yang sememangnya sudah tepu sejak dimasukkan ke dalam sel ini beberapa hari yang lalu. Sel yang memisahkan dirinya dengan dunia luar. Dunia luar yang sangat kejam. Kejam..,sekejam..kejamnya.. Sehinggakan Barika yang terkenal dengan sikap lemah lembut dan sopan santunnya sejak sekian lama boleh bertukar menjadi pembunuh dalam sekelip mata. Ya,pembunuh! Barika seorang pembunuh! Dia pemburu cinta! Kerana cinta dia tegar melakukan perkara yang diluar kewarasan akal manusia normal itu. Kerana cinta dia terkurung di sini. Terkurung dalam neraka dunia ini bersama-sama dengan banduan-banduan yang lain. Termasuklah banduan yang bersuara sumbang itu tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience