"Anne."
"Anne?"
Panggilan Laila tidak bersahut. Lepas balik dari kelab malam, malam tadi dia bercadang untuk tidur saja di rumah Dianne. Lagi pula, Dianne agak mabuk walaupun baru minum sikit.
"Anne? Kau tak bangun lagi ke?" Ujarnya. Kakinya dibawa menghampiri bilik tidur Dianne. Pintu bercat putih itu dikuak perlahan.
"Kau masih tidur ke?" Laila menghampiri Dianne yang didapati masih berselubung dalam comforter tebal itu. Dia harus bangunkan Dianne memandangkan petang nanti mereka ada kelas.
Comforter itu ditarik sedikit namun Dianne memegangnya dengan lebih kuat.
"Perut aku sakit, Ila..." adu Dianne sambil memegang perutnya dengan wajah yang berkerut. Peluh dingin menitis pada dahinya. Sakit yang terlampau sakit. Susah untuk dia bergerak.
"Inilah jadinya bila kau degil nak minum juga!" Marah Laila.
"Jom kita pergi hospital." Sambungnya lagi. Dia sedikit panik melihat wajah Dianne yang sedang kesakitan itu.
Dan-dan itulah telefon Dianne berdering kuat. Laila yang baru sahaja ingin melangkah mengambil kunci kereta, terus terhenti. Telefon Dianne digapainya, tertera nama Tengku Isaac Mateen.
"Tak payah angkat, Ila." Pinta Dianne bernada lemah. Dia dapat mengagak siapa yang memanggil kerana dari pagi tadi Isaac asyik menelefonnya.
Tanpa hiraukan Dianne, Laila mengangkat panggilan itu.
"Hello tengku." Sapa Laila. Dia berlalu menjauh sedikit dari Dianne. Wajah Dianne dah mula menyinga dengan tindakannya.
"Who's this? Anne mana?"
"Saya kawan Dianne, Laila. Anne ada tengah sakit perut." Jelas Laila.
"Teruk sangat ke?"
"Ya, tengku. Lepas ini saya nak bawa dia-"
"Tunggu situ. Aku datang."
Panggilan terus ditamatkan tanpa sempat Laila menghabiskan kata.
"Dia cakap apa?" Sedaya upaya Dianne mengeluarkan suaranya.
"Dia cakap dia nak datang." Balas Laila tidak beriak.
"Aku dah cakap jangan jawab call dia!" Marah Dianne. Hesy, kalau berkaitan dengan Isaac memang automatik buat darah dia naik. Sakit di perutnya tiba-tiba beralih ke hati.
Laila angkat bahu.
"Apa guna ada sugar daddy kalau kau tak manfaatkan? Kalau dia bawa kau ke hospital, sudah tentu kau akan duduk dalam bilik vip yang selesa. Kau mahu ke beratur panjang dengan pesakit-pesakit yang lain?" Laila memberi alasan.
Dianne malas menyahut. Perutnya semakin memulas. Sakit yang terasa sampai ke hulu hati. Ah, menyesal dia minum malam tadi. Terpaksalah dia tak hadir ke kelas petang ini.
"Sementara tunggu tengku datang, aku gosok minyak panas bagi kau lega sikit." Cadang Laila. Paniknya tadi hilang entah ke mana.
Dianne membebel sendiri di atas katil.
Lima belas minit berlalu, sakit di perutnya sedikit kurang setelah minum air panas dan digosok dengan minyak angin. Laila sedikit tersentak apabila pintu apartment Dianne tiba-tiba dibuka secara mengejut.
Terperanjat apabila Isaac terus meluru masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dari mana lelaki itu tahu nombor password rumah Dianne? Mustahil Dianne bagitahu.
"Where's she?" Tanya lelaki yang segak lengkap berkot itu pada Laila yang sedang berdiri tercegat di ruang tamu. Tanpa suara, Laila cuma menunjuk ke arah bilik yang sedang dihuni Dianne.
Klak! Pintu bilik Dianne dibuka. Kelihatan wanita itu sedang baring berselimut tebal membelakanginya. Duduknya dilabuhkan di tepi Dianne.
"Hey, baby..." sapa Isaac lembut seakan berbisik di telinga Dianne. Wanita itu menoleh dan mengalihkan badannya menghadap Isaac.
Isaac betul-betul datang. Tadi dia marah mendengarkan nama Isaac namun bila sudah nampak di depan mata, hatinya bertindak lain.
"Sakit..." rengek Dianne. Dia semakin mengecilkan dirinya di dalam selimut. Isaac ikut berkerut melihat keadaan Dianne yang berkeringat menahan sakit. Rambut Dianne yang melekat pada wajah akibat peluh, dialihkan perlahan.
"Jom, I bawa pergi hospital. Larat tak nak bangun?" Ujar Isaac. Dianne angguk kepala. Isaac membantu Dianne mengalihkan comforter yang membalut sekujur tubuh wanita itu.
Gulp. Isaac tak mampu mengalihkan pandangan dari Dianne. Ah, wanita ini sakit-sakit pun hendak menggodanya. Mana taknya, Dianne hanya mengenakan baju tidur satin berenda hitam sahaja. Walaupun kainnya tidak jarang tetapi cukup singkat dan terdedah.
"You takda baju lain ke? Tukar baju dulu sebelum pergi hospital." Pinta Isaac lebih kedengaran seperti sebuah arahan.
"Alaa, takde masa dah ." Bantah Dianne. Isaac ini sibuk pula nak arah-arah orang. Bagus dia pergi saja ke hospital bersama Laila tadi.
"You duduk sini. I pergi ambil kan." Tak sempat Dianne menahan, lelaki itu sudah laju membuka langkah. Belakang lelaki itu dipandang dengan wajah cemberut. Buat macam dah hafal sangat bilik dia!
Isaac mencari baju yang sesuai dan tak seksi di matanya. Memang tidaklah dia nak bagi Dianne keluar dengan pakaian begitu. Kang seronok pula mata-mata keranjang lelaki kat luar sana memandang.
Dua minit mencari, Isaac sambar saja hoodie miliknya yang pernah Dianne guna dahulu dan seluar tracksuit. Kebanyakan baju yang bergantung dalam almari, semuanya seksi-seksi. Apa wanita itu memang tidak ada baju sopankah?
Rasa nak marah pun ada.
"Nah, tukar cepat." Baju dan seluar dihulur kemudian dia berpeluk tubuh.
"Nak tengok I ganti baju ke?" Sindir Dianne apabila lelaki itu tak reti hendak keluar. Isaac berdehem.
"Jangan lama sangat." Ujar Isaac dan terus melangkah keluar. Dia menarik nafas lega sebaik sahaja pintu bilik Dianne ditutup. Otaknya mengimbas lagi bagaimana seksinya tubuh wanita itu mengenakan baju tidur tadi.
Jangan fikir lagi Isaac. Kawal diri! Bisiknya dalam hati. Terus dia pergi ke dapur dan menuang air kosong ke dalam gelas. Air kosong itu diteguk rakus sebanyak dua gelas.
Laila yang menjadi pemerhati itu, hanya mampu terkebil-kebil. Tengku itu memang tak nampak dia ke?
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Isaac menunggu di kerusi di luar bilik wad Dianne. Sebaik sahaja sampai tadi, Dianne terus diperiksa oleh doktor yang bertugas. Hatinya juga sedikit terusik apabila melihat keadaan Dianne yang semakin teruk sewaktu dalam perjalanan ke hospital sebentar tadi. Dianne sempat mengadu hampir pitam kerana rasa sakit perut yang teruk sehingga dia pening kepala.
Dan kini, dia sedang menunggu doktor habis memeriksa keadaan Dianne. Laila pula akan menyusul kejap lagi. Katanya ingin mengemas beberapa barangan dan keperluan Dianne sepanjang ditahan di hospital.
Isaac juga tidak lupa untuk memaklumkan pada personal assistant nya bahawa dia tidak akan masuk ke pejabat hari ini. Sekarang juga sudah pukul 1 petang. Dia bercadang mahu singgah sekejap sahaja untuk mengambil beberapa dokumen penting untuk dibawa esok.
Dalam pada itu, hatinya timbul tanda tanya. Untuk apa dia lakukan semua ini? Sanggup bergegas ke rumah Dianne apabila menerima khabar wanita itu tidak sihat. Malah sanggup mengetepikan kerjanya di pejabat sedangkan itu adalah keutamaannya selama ini.
Mengapa dia perlu ikut rasa panik? Rasa bimbang? Apa sudah Dianne lakukan pada dirinya? Dia tidak suka dengan apa yang dia lakukan, tetapi dia juga tidak mampu untuk membiarkannya. Ah, bila ianya berkaitan dengan wanita itu, dia tidak pernah berjaya menemukan jawapan.
Apa yang penting, buat masa ini dia tidak mahu melepaskan Dianne. Dia akan sentiasa ingatkan Dianne tentang perjanjian mereka agar wanita itu tidak lupa bahawa mereka saling terikat.
Pintu di sebelahnya yang ditolak ke tepi mengalihkan perhatian Isaac. Dia segera berdiri mendapatkan doktor itu.
"Macam mana keadaan dia?" Tanya Isaac.
"She's okay right now. Dan sekarang ini dia sedang tidur kesan daripada ubat yang kami bagi pada dia." Jelas doktor perempaun itu.
"Kenapa dia boleh sakit perut teruk macam itu?"
"Dia ada cakap dia pernah alami sakit yang sama apabila dia minum minuman beralkohol. Dan malam sebelum pun dia ada ambil minuman itu. Badan dia mungkin tidak mampu atau tidak biasa untuk menerima kandungan yang ada. Jadi, saya sarankan untuk elakkan minuman itu, takut berulang lagi."
Terangguk-angguk kepala Isaac mendengar penjelasan itu. Setiap satunya, dia sematkan dalam minda.
"Thank you, doc." Ucap Isaac. Doktor itu membalas kemudian terus berlalu pergi manakala Isaac pula membuka pintu wad Dianne.
Langkah diatur cermat. Tidak mahu menimbulkan sebarang bunyi lalu menganggu lena Dianne. Wajah tenang wanita itu dipandang dengan rasa yang berkecamuk. Keluhan halus terbit pada seulas bibirnya.
Kepala Dianne diusap lembut lalu ciuman dilabuhkan pada ubun-ubun wanita itu. Selepas itu, dia meninggalkan ruangan itu dengan hati yang sarat dengan ketidakpastian.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Isaac yang sedang memandu ke arah pejabat terus menukar laluan untuk menuju ke rumah keluarganya apabila menerima panggilan telefon daripada mamanya. Kebetulan hari ini dia tidak masuk pejabat, ada baiknya dia curi masa sekejap untuk menjenguk mama dan papa sebelum berangkat ke luar negara esok.
"Assalamualaikum." Isaac memberi salam. Kasut hitamnya dibuka lalu menapak masuk ke dalam rumah.
Rumah itu kelihatan sunyi. Dia sudah biasa disajikan dengan suasana ini. Dia anak tunggal, papanya pula kadang sibuk dengan aktiviti bersama kawan. Cuma mama yang selalu ada dirumah kerana itulah wanita itu sering mengadu bosan. Oh tidak lupa Mak Jah, pembantu rumah mereka.
Isaac melangkah ke sana dan ke sini mencari susuk tubuh mamanya namun tiada. Akhir sekali, langkah dibawa menuju ke taman bunga di belakang rumah. Senyum terukir di bibir pabila pandangannya dihiasi wanita yang paling dia sayang.
"Mama!" Sergah Isaac sambil memeluk erat tubuh tua. Pipi mamanya itu dicium kejap.
"Isaac anak mama!" Raudhah memalingkan tubuhnya. Tangannya dilekapkan pada kedua belah sisi wajah tampan Isaac.
"Mama ingat Isaac dah tidak ingat mama." Luah Raudhah sedikit sayu. Sudah hampir 2 minggu Raudhah menyuruh anaknya pulang ke rumah namun Isaac sudah terlebih dahulu menyediakan seribu alasan.
"Mama seorang je wanita yang paling berharga dalam hidup Isaac. Mana mungkin Isaac lupa." Ujar Isaac ikhlas dengan niat untuk memujuk.
Raudhah menarik tangan anaknya menghampiri bangku di bawah pohon rendang di taman bunga itu.
"Kenapa mama duduk dekat luar ini? Cuaca masih panas ini, ma. Not good for your health." Gusar Isaac. Topi kebun mamanya dibetulkan sedikit biar sepenuhnya dapat melindungi wajah Raudhah dari sinar matahari.
"Mama bosan. Tak tahu nak buat apa lagi. Jadi, mama tanam bunga sajalah. Isaac balik ni, nak tidur sini eh? Bolehlah ya?" Ujar Raudhah. Isaac sedikit serba salah dengan wajah penuh pengharapan mamanya.
"Sorry, ma. Isaac banyak kerja sekarang ini. Esok pun Isaac kena fly pergi Singapura. Dalam 3 ke 4 hari macamtu." Berhati Isaac menyusun kata. Raut wajah Raudhah terus berubah kecewa. Tangan anaknya yang sedari tadi dia genggam, dilepaskan.
Isaac mengeluh kecil. Mama merajuk lagi.
"Mama... please, Isaac pergi pun untuk work. Kejap je." Tangan berkedut itu diambil kemudian dilekapnya pada pipi sendiri.
"Nanti lepas balik dari Singapura, Isaac janji tidur sini. Kita makan ramai-ramai, Isaac ajak Sean sekali. Lagi meriah." Pujuk Isaac lagi.
"Janji? Jangan bagi mama harapan palsu lagi, please." Ujar Raudhah inginkan kepastian. Dia bukannya tidak kenal, Isaac itu penuh dengan janji manis.
Isaac angguk cuba menyakinkan mamanya.
"Papa mana, ma?" Tanya Isaac. Terus Raudhah mengeluh.
"Dia pergi memancing dengan kawan-kawan dia. Entah memancing ikan ataupun pancing perempuan." Isaac tergelak dengan rungutan mamanya.
"Isaac pun dekat Singapura nanti, jangan nak buat perangai hodoh Isaac. Jangan nak sibuk pancing perempuan kat sana! Mama dah penat dengar cerita buruk-buruk dari mulut orang tentang Isaac." Raudhah memandang Isaac yang rautnya sedikit berubah itu.
"Mama bangga dengan kebijaksanaan dan segala pencapaian Isaac cuma yang satu itu, susah betul Isaac nak ubah. Berhentilah, keluar masuk kelab malam, bawa perempuan ke hulu ke hilir. Mama nak Isaac bawa balik bakal isteri yang elok-elok, keturunan yang jelas, bukannya datang dari tempat tak senonoh macam itu." Sempat Raudhah berpesan panjang lebar.
Dia risaukan Isaac. Itulah satu-satunya anak yang dia punya.
Isaac sekali lagi melepaskan keluh. Ini juga salah satu punca dia enggan balik ke rumah.
"Isaac dah jawab tentang perkara ini banyak kali. Isaac faham apa yang mama mahukan tapi Isaac tak boleh nak janji apa yang mama mahukan itu akan dapat ataupun tidak. Isaac minta maaf, ma." Ujar Isaac. Nadanya sedikit serius. Sejujurnya, dia tidak suka apabila sesiapapun masuk campur berkenaan hal itu. Lagi-lagi perkara itu datangnya dari orang yang melahirkannya.
Dia rasa gagal.
Kelab malam, perempuan dan arak, perkara itu sudah sebati dalam dirinya. Bukan senang untuk dia ubah. Dia tidak bangga akan hal itu tetapi itu adalah dia. Jika dia tidak mampu menerima dirinya, siapa lagi?
"Isaac laparlah, ma. Mama ada masak ke?" Dengan pantas Isaac menukar topik. Punggungnya diangkat kemudian membuka langkah masuk ke dalam rumah. Raudhah yang melihat hanya mampu mengeluh. Anak lelakinya itu sukar benar untuk dibentuk.
tbc ۫ ꣑ৎ
Ps ; penulisan saya okay ke setakat ni?
Share this novel