02

Romance Series 21627

Batang rokok dihisap dan asapnya dihembus kuat. Berkali dia mengulang tingkah itu dengan perasaan yang sedikit berkecamuk. Tangannya mengenggam kuat palang besi balkoni biliknya hingga menimbulkan urat-urat hijau di lengan. Rambutnya masih serabai, tidak berbaju dan cuma berseluar pendek. Persis seperti orang yang baru sahaja bangun dari tidur.

Dengusan dilepas kasar. Hatinya masih membara mengingatkan hal malam tadi.

Dianne Felora. Wanitu itu bertindak untuk menggodanya, seakan bersedia menyerahkan segalanya padanya. Tetapi apabila Isaac memulakan langkah, Dianne seolah mengelak, sengaja melengah-lengahkan. Menampakkan seperti Isaac pula yang gelojoh dan terhegeh-hegeh.

Beraninya wanita itu bermain api dengannya.

Jika ini yang Dianne mahukan, Isaac akan mengikuti rentak permainan Dianne. Wanita itu akan dia kurung dalam penjara hidupnya. Biar selamanya menjadi merpati dalam sangkar ciptaannya. Mungkin Dianne belum tahu, tetapi Isaac cukup pantang pabila kehendaknya tidak dapat dilunaskan.

Isaac memusingkan badannya menyandar pada palang balkoni. Rokok ditangan dihisap lagi. Pandangan helangnya menikam tepat ke arah dalam biliknya, ada sekujur tubuh indah yang sedang tertidur pulas di atas katil itu. Batang rokok ditonyoh pada bekasnya.

Langkah dibawa memasuki ruang bilik itu kemudian punggungnya dilabuhkan bersebelahan Dianne. Selimut yang sedikit terlorot itu dibetulkan, tak pasal-pasal nanti dia terpaksa kawal diri lagi melihat kulit putih melepak wanita itu terdedah.

Jujur, dia tertarik pada wanita ini. Rasa tertarik yang bikin dia berkhayal dan mengingau tentang wanita itu di siang dan juga malam hari. Wanita itu berjaya menariknya hingga sekelip mata dia bisa tertunduk hanya dengan satu sentuhan. Racun apa yang sudah Dianne berikan padanya? Hingga dia bisa terkulai dengan mudahnya?

Ah, dia benci rasa ini. Dalam masa yang sama, dia juga sukakannya.

Tangannya mengalihkan juntaian rambut yang menutupi wajah indah Dianne. Pipi lembut wanita itu diusap perlahan, berhati-hati agar tidak menganggu lena Dianne. Secara tidak langsung bibirnya mengukir senyum ringkas. Ah, dia sudah gila!

Sempat dia memberikan kucupan pada dahi Dianne sebelum berlalu keluar dari bilik itu.

Tenang, Isaac. Kau sudah punya senjata yang menunggu masa untuk digunakan. Tidak sabar pula rasanya ingin menunggu wanita itu sedar dari lena. Dia yakin, Dianne Felora akan terus berada disampingnya. Dan mulai saat itu, dia yang akan mengawal permainan.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Bunyi barang terjatuh menyedarkan lena Dianne. Matanya dibuka perlahan-lahan dan tangannya menutup mulut yang menguap luas. Sekeliling dipandang dengan wajah berkerut. Bilik itu kelihatan mewah. Suhu bilik dan keempukan tilam itu sangat selesa. Patutlah lenanya tidak terganggu langsung.

Tengku Isaac Mateen. Malam tadi, dia mengikut sahaja ke mana lelaki itu membawanya. Jadi, maksudnya dia sekarang berada di kediaman Isaac lah kan?

Mungkin.

Dia bangkit sedikit lalu bersandar pada kepala katil. Selimut melorot jatuh ke peha, menampakkan gaun merah yang masih berbalut elok pada tubuhnya.

Ya, tiada apa-apa yang terjadi diantara mereka malam tadi. Dianne meraup rambutnya seraya tersenyum sinis. Rasa nak gelak pun ada bila teringatkan hal malam semalam. Masih dia ingat bagaimana wajah kelat Isaac setiap kali Dianne mengelak kucupan, menepis lembut sentuhan-sentuhan bernafsu lelaki itu.

Mujur, nasib menyebelahi Dianne apabila lelaki itu dengan tiba-tiba tumbang disebelahnya tanpa sempat melakukan apa-apa padanya. Isaac tertidur mungkin disebabkan minuman keras yang diambil sudah mula menunjukkan kesan. Tanpa was-was, Dianne pun ikut tidur sama pabila kantuk menjengah.

Tidak dinafikan, hidup Dianne memang bebas namun dia tidaklah seliar itu ingin menyerahkan dirinya pada mana-mana lelaki. Yang dia tahu, hanyalah mengikis duit lelaki. Dia dambakan duit dan bukannya nafsu.

Senyumannya kembali memudar apabila teringatkan sesuatu. Bagaimana caranya hendak lari dari lelaki itu? Kata Laila, jejaka itu bahaya. Banyak sudah cerita yang dia dengar tentang bagaimana kejamnya Tengku Isaac Mateen membuang dan memusnahkan hidup wanita. Cuma benar ataupun tidak, hanya Isaac yang tahu.

Adakah dia bakal menerima nasib yang sama?

Kalau cakap elok-elok pada Isaac mahukah lelaki itu dengar?

Macam mustahil. Tapi-

Dianne bingkas menutup badannya dengan comforter apabila kedengaran bunyi pintu bilik dibuka. Pandangannya berlaga dengan iris hitam pekat milik Isaac. Wajah lelaki itu nampak santai

Cuma,

tiada mood? Dianne tak fasih meneka.

"Glad that you're awake. Ingatkan nak tidur sampai lusa." Itu versi ayat sapaan selamat pagi dari Isaac padanya.

Lelaki itu masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukannya lalu menyelak langsir membenarkan cahaya matahari menembusi ruangan bilik itu. Mata Dianne terkedip seketika menerima cahaya terang itu.

"I kinda love your sarcastic good morning wish for me, though" Balas Dianne selamba dengan wajah manis.

Isaac senyum senget. Perangai ini... perangai inilah yang membuatkan dia tertarik pada Dianne. Wanita ini berani mencabarnya. Namun pabila Isaac menyahut cabaran itu, wanita itu juga bijak memanipulasikannya. Hanya melalui sentuhan lembut dan kata-kata manja, dari seekor singa dia berubah menjadi seekor kucing comel.

"Pergi mandi and then have a breakfast. We gonna have a serious discussion later on." Pesan Isaac bernada biasa. Tidak lembut dan juga tidak tegas.

Malas mahu menatap wajah terkebil-kebil wanita itu, Isaac lekas membuka langkah masuk ke dalam ruangan wardrobe. Tatap lama-lama wajah cantik itu bikin dia teringat hal malam tadi. Tak pasal-pasal jadi sakit hati.

Sehelai hoodie hitam miliknya diambil lalu dia keluar dari ruangan itu dan terus menuju kearah Dianne. Hoodie itu diletakkan pada birai katil.

"Discussion apa?" Tanya Dianne. Hatinya berdetak rasa takut. Isaac yang berdiri sambil berpeluk tubuh dihadapannya dipandang penuh curiga.

"Bersiap cepat sikit. I hate waiting." Itu sahaja balasan Isaac kemudian dia pergi meninggalkan Dianne keseorangan. Mulalah otaknya nak overthinking.

Ah, daripada dia memikirkan hal yang aneh-aneh, ada baiknya dia segera mandi dan bersiap. Kang tak pasal-pasal ada singa mengaum di tengah bandar ni!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Hoodie berwarna hitam dipakai pada tubuh segarnya. Sempat Dianne kagum dengan kemewahan bilik mandi Isaac. Luasnya dah macam bilik tidur Dianne.

Langkah kakinya tidak dibawa menghampiri pintu bilik malah Dianne mahu mencari sesuatu terlebih dahulu. Mana perginya beg tangannya? Di dalamnya juga tersimpan telefon pintar miliknya. Dia ingin mengkhabarkan keberadaannya pada Laila.

Tetapi benda yang dicari masih tidak muncul di depan mata. Rasanya dia letak di lantai berhampiran katil saja malam kemarin. Tidak puas hati, Dianne masuk ke dalam wardrobe.

Terbuntang matanya sebaik sahaja melangkah masuk. Ruangan itu penuh dengan pakaian dan barangan mewah lain milik Isaac. Jarinya menyentuh pakaian-pakaian yang tergantung kemas itu. Ianya disusun mengikut jenis iaitu pakaian kerja, casual, sukan dan sebagainya.

Kaki Dianne terhenti di hadapan laci kaca yang memperlihatkan koleksi jam tangan mewah dan juga minyak wangi yang sudah pasti mencecah ribuan ringgit itu.

Dianne mencebik. Untungnya jadi kaya.

Tidak mahu melengahkan lagi masa, Dianne keluar dari bilik itu untuk mencari sosok tegap Isaac. Menyesal pula dia buat tour di wardrobe Isaac tadi, sekarang pasti lelaki itu sudah naik angin menunggunya. Sudahlah beg tangannya tidak dijumpai.

Turun sahaja ke tingkat bawah, Dianne mencari arah untuk ke dapur. Isaac kata breakfast kan tadi? Maknanya lelaki itu pasti ada di dapur. Bau masakan semakin kuat menusuk ke dalam rongga hidungnya.

Langkahnya terhenti apabila figura yang dicari sudah ada di depan mata.

Isaac masak? Lelaki jutawan itu tahu erti memasak? Wow, Dianne kagum.

"You late, Anne." Tubuh yang sedari tadi membelakanginya mula berpaling.

"Sorry." Ucap Dianne.

Dianne yang sedang berdiri tegak itu dijeling tajam. Sempat dia buat satu lagi menu tambahan iaitu waffle bersalut madu sementara menanti Dianne.

"Have a sit." Ujar Isaac sambil menarik satu kerusi untuk Dianne. Hatinya sedikit terusik memandang penampilam Dianne. Kelihatan simple menggunakan hoodie miliknya yang mencecah peha wanita itu. Dengan kaki putih mulus itu yang terdedah, haih. Isaac menarik nafas dalam.

Dianne duduk pada kerusi yang ditarik untuknya. Sengaja bahunya dibiarkan bergesel sesaat dengan lengan Isaac sebelum dia melabuhkan punggungnya. Dia suka melihat Isaac tak keruan bila dia menggoda.

"You memang suka bazir masa ke, Anne? Suka melengah-lengahkan keadaan, just like how you did last night?" Tidak mahu tidak, ayat itu keluar dari mulut Isaac.

Sekali lagi Dianne berada dalam kepungan Isaac. Lelaki itu mendekatkan wajahnya pada sisi wajah Dianne.

"Mana ada I suka melengah-lengahkan. Kalau you nak tahu, I tak sabar-sabar menunggu apa yang sepatutnya terjadi last night. Tapi you tu lah, tertidur pula." Sahut Dianne sambil membalas renungan Isaac.

"Don't play with me, Anne. You don't know me well." Bisik suara itu keras tepat pada telinganya. Seakan memberinya amaran. Tipu kalau cakap Dianne tak takut. Dia tahu sehebat mana kuasa Tengku Isaac Mateen.

"You guna shower cream I?" Soal Isaac. Hidungnya mencuri sedikit bau wangian di leher wanita itu. Kenapa dia rasakan bauan itu semakin seksi apabila digunakan pada tubuh Dianne?

Dianne angguk mengiyakan.

"I suka bau ni. Macam bau you, wangi." Bibir itu tersenyum manis. Isaac mengetap rahangnya. Dianne, memang gemar menduganya.

"Breakfast cepat. I ada kerja nak kena settle kan." Isaac ubah topik. Tidak mahu tunjuk lemah bahawa dia sekarang sedang tergoda.

"You tak breakfast?"

"I dah breakfast tadi." Terus lelaki itu berura-ura membuka langkah.

"Oh ya, you ada tengok tak handbag I?" Soal Dianne lagi. English breakfast yang dihidang, disuap sesudu ke dalam mulut. Sedap!

"Dalam bilik kerja I. Lepas breakfast nanti jumpa I kat situ." Isaac menyahut tanpa berpaling dan terus naik ke tingkat atas.

Isaac nak jumpa lagi? Aduh, bila dia boleh beredar dari sini?

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Habis breakfast, Dianne menuju ke tingkat atas. Pinggan dan sudu pun dia sudah cuci bersih-bersih tadi. Bilik kerja Isaac dicari. Lelaki ni pun satu, sukahati tinggalkan dia macam ini. Bukannya reti nak tunjukkan jalan. Dia ingat Dianne ni sudah hafal ke selok belok rumah ni? Ini first time tau Dianne jejakkan kaki ke sini.

Aku curi barang mahal-mahal dalam rumah ni baru tau! Boleh jugak buat duit.

"Isaac?"

"Isaac I sesat ni!" Laung Dianne. Malas dia mahu mengetuk satu per satu bilik dalam rumah ini. Terlalu banyak pintu. Jenuh dia mahu mengetuk.

"Here, Anne!"

Dianne memutarkan badannya apabila suara Isaac datangnya dari arah belakang. Dia berdiri tepat pada satu pintu yang dia yakin disitulah bilik kerja Isaac. Pintu itu diketuk terlebih dahulu.

"Come in!" Balas Isaac. Pintu itu dikuak perlahan sebelum Dianne melangkah masuk ke dalam. Langkah kaki diheret perlahan mendekati lelaki itu yang kelihatan sangat-sangat sibuk meneliti helaian kertas di hadapannya.

"Duduk sini." Arah Isaac dengan nada serius. Entah mengapa Dianne rasa tidak sedap hati melihat wajah ketat itu. Mulalah dia rasa menyesal kerana bertindak untuk mengikuti lelaki ini ke sini kemarin.

"I ada hal lepasni. Can you please give me my handbag? I nak balik dah." Pinta Dianne berhati-hati.

"I said, sit." Iris itu tajam menatap Dianne. Memberi amaran bahawa tiada kompromi dan Dianne harus akur dengan segala perintahnya.

Dianne jadi kecut perut. Lelaki ini nampak okay-okay saja tadi tetapi sekarang Isaac nampak sangat tegang, seperti sedang menahan amarah, dengan pen yang digenggam kuat pada tangannya. Inikah sisi Isaac yang orang sering bualkan?

Mahu tak mahu, Dianne tetap duduk di hadapan lelaki itu. Cepat dia ikut arahan, cepatlah dia balik. Dia janji ini kali terakhir dia melibatkan diri dengan Isaac.

tbc ۫ ꣑ৎ

Ps ; do support me by comment, rate and share my story. Oh jgn lupa follow me for more updates!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience