13

Romance Series 21627

"Dianne Felora!"

Suara yang memetir tinggi memanggil nama penuhnya, membuatkan Dianne pantas menolak kuat badan Adib. Dia seakan baru tersedar terhadap realiti apabila di saat dia menoleh ke sisi, wajah bengis Isaac menyapa pandangan. Lelaki itu sedang membuka langkah besar menuju kearahnya.

Ah, bala datang! Desis hati kecil Dianne.

"What the hell is happening!" Marah Isaac. Suaranya bergema kuat di taman yang sunyi itu. Pergelangan tangan Dianne dicengkamnya kuat. Dia berdiri membelakangi Dianne dan mendepani Adib. Dadanya berombak kasar.

Berkerut dahi Adib memandang kehadiran Tengku Isaac disitu. Ya, dia kenal sosok itu. Siapa saja tidak kenal, jutawan muda tersebut? Sering kali menjadi perbualan dan muncul di setiap penjuru media sosial serta televisyen.

Masalahnya, apa hubungan lelaki itu dengan Dianne? Dia dengar dengan jelas jejaka itu memanggil nama penuh Dianne sebentar tadi.

"Tengku Isaac? Anne, you kenal dengan Tengku Isaac kah?" Soal Adib memandang Dianne, menunggu jawapan.

Dianne buntu. Ah, mengapa dia harus tersepit dalam keadaan begini!

"I... dia... kitarang..." tergagap Dianne mahu membalas. Ketajaman mata Isaac padanya seakan menunggu untuk membelah dirinya. Anak mata Dianne takut-takut ingin menatap Isaac.

Ah, hati Isaac jadi sakit dan bertambah marah melihat bagaimana sukarnya Dianne mahu menjawab pertanyaan itu! Mengapa? Dianne risau percintaannya bersama Adib akan musnah?

"Tell him, Anne! Tell him that you're mine!" Jerit Isaac sambil pergelangan tangan Dianne disentak kasar ke arahnya. Dianne bertambah takut.

"Tengku, tolong lepas tangan Anne sekarang. She looked uncomfortable." Pinta Adib seraya melangkah beberapa tapak ke hadapan, ingin meleraikan pegangan Isaac pada tangan Dianne.

Ayat lelaki itu dia abaikan. Dia tidak percaya! Melihat pada reaksi Dianne saja sudah cukup memberinya jawapan bahawa Dianne seperti terpaksa dan tidak selesa berada dekat pada Tengku Isaac.

Namun belum sempat dia memegang tangan Dianne, kolar bajunya sudah dicengkam kuat oleh Isaac. Pergelangan tangan Isaac pada Dianne terlepas.

"Kau jangan berani nak arah-arahkan akulah!" Jerkah Isaac kuat di depan wajah Adib. Bahu Dianne terhinjut mendengar jerkahan itu. Tangan Adib cuba meleraikan cengkaman itu tetapi sukar. Lelaki itu seakan menggunakan seluruh tenaga padanya.

"Isaac, enough. Please..." Ujar Dianne perlahan. Dia menarik baju Isaac agar Isaac mengalihkan perhatian dan menghentikan pertengkaran ini. Malangnya, emosi lelaki itu masih membuak-buak.

"Apa hubungan kau dengan Anne?!" Isaac bertanya masih dalam intonasi marahnya. Urat hijau timbul di dahinya.

Dia nampak dengan mata kepalanya sendiri tadi, Adib dan Dianne berpelukan di taman ini. Sebelum inipun, dia sering curiga dengan Adib. Namun dia cuba sabarkan hati.

Tetapi kali ini, mereka sudah melampau! Berpelukan seakan pasangan kekasih sedang hangat bercinta! Isaac bukan bodoh! Adib memang tempah bala padanya!

"Saya tiada apa-apa hubungan pun dengan Dianne!" Jelas Adib seraya meleraikan cengkaman Isaac pada kolar bajunya dengan susah payah.

"Lagipula, kalau saya ada perasaan pada dia rasanya tak salah. Dia belum lagi berpunya." Kali ini Adib berbicara dengan lebih tegas. Dia membalas pandangan helang Isaac.

Dianne sudah bertaut keningnya menyaksikan Adib berani menyahut begitu pada Isaac. Tidakkah Adib sedar bahawa tindakannya itu akan mencabar ego Isaac!

"Both of you enough!" Pinta Dianne dengan nada yang sedikit tinggi. Suara itu mendapat perhatian Isaac dikala lelaki itu menolehnya tetapi tatapan itu penuh dengan amaran. Amaran agar Dianne diam dan jangan masuk campur.

"Saya sukakan Anne. Saya dah lama cintakan dia." Pengakuan berani mati itu membuatkan lidah Dianne terkelu.

"Sial!" Serta merta Isaac meluru ke arah Adib.

Bukk! Dengan satu tumbukan, Adib terjatuh dan terduduk di tanah. Tangannya memegang hujung bibir, ada sedikit darah dan lidahnya terasa masin. Dia meludah ke tepi, membuang rasa itu.

"Isaac!" Mata Dianne membulat melihat situasi itu. Tangannya menekup di mulut. Dapat Dianne lihat, dada Isaac yang berombak kencang itu. Amarah lelaki itu sedang memuncak.

Dianne ingin hentikan pergaduhan ini tetapi dia juga terlalu takut untuk masuk campur. Isaac dan Adib, kedua-duanya sedang dalam emosi tidak stabil.

Isaac membongkokkan dirinya kemudian kolar baju Adib dicengkam kemas. Iris hitam pekatnya menusuk tajam ke dalam anak mata Adib.

"Jangan ganggu Anne dan jangan dekat dengan dia. Perasaan kau pada dia takkan pernah jadi kenyataan. I warned you." Amaran itu keluar berdesir dari celahan gigi Isaac yang sedang diketap kuat itu.

Timbul rasa gerun Adib mendengarkan amaran itu. Lagi-lagi melihat pada bahasa tubuh Tengku Isaac yang dikuasai amarah itu, seperti ingin menerkamnya dan mencarik-carik isi dagingnya. Adib tahu, amaran itu tidak boleh dibuat main. Lelaki kaya dan berharta seperti Tengku Isaac, mampu lakukan apa sahaja hanya dengan duit.

Isaac melepaskan kolar baju Adib kasar lalu berpaling ke arah Dianne. Malas dia mahu membazirkan lebih banyak tenaga untuk berurusan dengan budak mentah seperti Adib. Setakat budak belum habis belajar macam Adib, dengan hujung jari dia bisa kalahkan.

"I tak habis lagi dengan you!" Ujar Isaac pada Dianne. Tak tunggu lama, dia tarik tangan Dianne lalu melangkah laju menuju ke arah kereta. Dia mahu pulang! Bersepai mood ingin terus berada dalam majlis malam itu! Semuanya gara-gara Adib dan Dianne!

Adib hanya mampu membiarkan Dianne pergi bersama Isaac. Tangannya memukul tanah, bercampur-baur rasa kecewa dan marah. Argh, dia terlewat! Walaupun Dianne tidak berpunya tetapi wanita itu sudahpun digari terlebih dahulu menjadi milik Tengku Isaac!

Dia belum mulai lagi tetapi dia sudah dikalahkan dengan Tengku Isaac!

Penumbuknya sekali lagi menghentak tanah.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Dianne terkejar-kejar mengepung langkah besar Isaac apabila dirinya diseret sebegitu. Pergelangan tangannya bagai mahu tercabut, kakinya rasa sakit melangkah laju menggunakan high heels. Ingin bersuara, tak berani pula.

"Car key!" Pinta Isaac. Mike dengan pantas menyerahkan kunci kereta di atas tapak tangan Isaac.

"Mike aku nak kau bagi amaran pada Adib, jangan ganggu Dianne lagi kalau dia taknak adik dia hilang tempat bergantung." Arah Isaac penuh autoriti.

Dahi Dianne berkerut memandang Isaac. Dia jelas tidak berkenan dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Isaac fikir dia siapa?

"Apa maksud you? You nak buat apa pada Adib dan adik dia?" Dianne menyoal dengan nada yang sedikit menaik.

Pergelangan tangan yang sedari tadi sakit digenggam Isaac, cuba ditarik agar terlepas. Namun sayang, gagal. Cuma bertambah rasa sakit yang dia dapat.

Dianne mengaduh sakit apabila Isaac menarik pergelangan tangannya merapat. Panahan mata Isaac kelihatan tiada lembutnya seperti selalu. Malam ini, yang dia nampak hanyalah api kemarahan dari Isaac.

"Apapun yang I buat pada dia, itu urusan I dengan dia. You jangan nak bela dia sangat!" Deru nafas Isaac menampar kasar kulit wajah Dianne.

"Get in!" Tubuh Dianne ditarik dan ditolak masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak peduli rontaan Dianne.

Sebaik sahaja Isaac mengambil tempat di  bahagian pemandu, steering kereta dipusing laju dan kelajuan kereta itu mula membelah jalan yang kian sunyi. Keadaan di dalam kereta cukup sepi sehingga setiap hela nafas berat Isaac terdengar jelas.

Dianne sedari tadi menunduk sambil tangannya mengusap lembut pergelangan tangannya yang sudah bertukar merah itu. Dianne yakin warna merah itu akan bertukar pula menjadi lebam biru dalam beberapa hari.

Sudahlah minggu hadapan dia ada karnival di universiti! Pasti sukar untuk dia lakukan pekerjaan menggunakan tangan kirinya. Argh!

"Berapa lama?"

Kepala Dianne yang tunduk tadi, kembali diangkat mencari pemilik suara itu. Keningnya berkerut, tidak faham dengan soalan Isaac yang secara tiba-tiba itu.

"What do you mean?" balas Dianne bernada rendah. Isaac mendengus kasar. Wanita itu sengaja pura-pura tak mengerti!

"I tanya berapa lama you bercinta dengan budak Adib itu!" Tengking Isaac seraya menghentak tapak tangannya pada steering kereta.

"Cakap elok-elok bolehkan? Kenapa nak marah-marah?" Nada Dianne juga turut meninggi. Jika Isaac marah, dia pun marah! Marah dengan tingkah laku lelaki itu yang sesuka hati saja ikut angin sendiri.

Dari tadi Dianne pujuk hati agar bersabar. Tetapi makin dia bersabar, semakin Isaac melampau! Menengking, mengugut, menumbuk, semua itu keterlaluan!

"Answer, Anne!" Gesa Isaac. Dianne mengeluh. Sikap tak mahu kalah Isaac memang sangat sebati dalam jiwa lelaki itu.

"Berapa kali I nak explain? I dengan dia tak pernah bercinta langsung!" Dianne menegaskan pendiriannya. Tetapi jawapan itu tidak mampu memuaskan hati Isaac. Lelaki itu mengetap giginya.

"Don't lie, Anne! Habistu berpeluk tadi apa? Suka-suka? Sebelum ini pun dia selalu mesej you macam-macam. Dia sendiri pun sudah mengaku ada perasaan pada you! Itu you cakap kawan?"

Dianne menghela nafas panjang.

"Kalau I explain sekalipun, you takkan percayalah. Ikut suka you lah nak tuduh I macam-macam. I tak kisah." Nada Dianne terdengar pasrah. Dia berpaling memandang ke luar tingkap kereta.

"Setia betul you sampai sanggup kunci mulut tentang hubungan tu? Why, dia bayar you lebih banyak daripada I bayar you ke?" Ayat sarkastik itu membuatkan Dianne mengepalkan tangannya kuat. Hatinya sakit dengan ayat Isaac.

"Dia tak pernah bayar I apa-apa." Dianne menekan setiap satu perkataannya.

"Tch. So you charge dia free jelah?"

"Isaac!" Mata Dianne memandang tepat ke sisi wajah Isaac. Dia seakan tidak percaya lelaki itu sanggup merendahkan maruah dirinya sebegitu. Isaac benar-benar keterlaluan! Tangisan dia tahan sebisanya. Dia tidak mahu tampak lemah.

"You jealous dengan dia?" Soal Dianne. Dia dapat melihat senyum sinis terukir di bibir Isaac, seakan soalannya itu satu soalan bodoh.

"Jangan perasan lebih, Anne. You're not my girlfriend or someone special to me, sampai I nak kena cemburu. You cuma sugar baby yang dibayar untuk layan sugar daddy you. You patut baca balik perjanjian itu." Sahut Isaac tegas dan tak bernada.

Sekali lagi Isaac berjaya menyakitkan hatinya. Dianne mengangguk kecil.

"Exactly. So kenapa you nak marah lebih-lebih? Dalam perjanjian itu takda menyatakan pun yang I tak boleh berkawan dengan lelaki. You patut baca balik perjanjian itu, Isaac." Dianne memulangkan paku buah keras.

"Tapi I ada hak untuk tahu dengan siapa you berkawan." Isaac mengerling sekilas ke arah Dianne. Tak dia sangka wanita itu berani mematahkan ayatnya.

"Sekadar ambil tahu bukannya melarang." Bidas Dianne enggan menyerah kalah.

Isaac sekali lagi memukul steering kereta melepaskan marahnya. Wanita itu bukannya mengurangkan rasa marah malah makin giat mencurahkan minyak, memarakkan api kemarahannya.

Pedal minyak semakin ditekan, meter kelajuan turut bertambah. Dan tidak lama daripada itu, pedal brek ditekan mengejut dan keretanya diberhentikan di bahu jalan.

Dianne sedikit cemas dengan gaya pemanduan Isaac. Mujur dia memakai seatbelt, kalau tidak memang terhantuk dahinya pada dashboard kereta.

"Keluar." Arah Isaac selamba. Lock pintu kereta dibuka.

"Huh?" Dianne terpinga-pinga.

"I said get out!" Jerit Isaac. Dahi Dianne berkerut hebat.

"No way Isaac! Hari dah malam dan jalan ni sunyi. No, I taknak." Bentak Dianne. Matanya memandang keadaan di luar. Cuma ada beberapa lampu jalan, itupun jarak setiap satunya jauh. Langit pula seperti bakal menurunkan hujan bila-bila masa dari sekarang.

Isaac menoleh ke tepi memandang mata bulat Dianne.

"You berani sangatkan melawan cakap I? Of course, you takda masalah nak jalan kaki pulang ke rumah dari sini." Tutur Isaac. Anak mata Dianne memanah tepat ke dalam mata Isaac. Berharap agar lelaki itu punya simpati dan menarik balik kata-kata itu tadi.

"No, I takut... I minta maaf, Isaac. I salah, I-"

"Keluar sendiri atau I heret you keluar?" Rayuan Dianne tidak dia hiraukan.

Isaac kembali memandang hadapan. Sedikitpun tidak mahu membalas tatapan Dianne. Dia tahu Dianne sedang menahan tangis yang tidak lama lagi Isaac yakin akan merembes keluar.

"Sampai hati you..." kata Dianne dengan setitis air mata jatuh mengalir di pipi. Matanya masih memandang Isaac namun lelaki itu tidak sudi menoleh memandangnya.

"Fine, kalau itu yang you nak." Ujar Dianne. Pintu kereta dibuka dan dia segera bangkit keluar. Kalau orang sudah menghalau, buat apa dia menunggu lagi.

Tanpa berlengah, kereta dipandu Isaac berderum laju meninggalkannya disitu. Tergamaknya Isaac! Isaac membuka matanya dengan realiti setelah sekian lama dia hidup dalam fantasi indah ciptaan Isaac.

Dia tidak mampu lagi menahan tangisannya. Esakannya berlagu kuat memecahkan hening malam. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja, tak berusap. Kakinya dengan perlahan membuka langkah meneruskan perjalanan.

Semakin dia berjalan, semakin panjang jalan itu dia rasakan. Bila mahu sampai kalau terus begini?

Sekali sekala dia berdecit geram apabila tumit kakinya terasa sakit. Dia membongkokkan badan lalu kasut tumit tinggi itu ditanggalkan dari kaki kemudian dia lontar high heels itu ke tepi. Kerongsang yang tersemat rapi di rambutnya, dicabut lalu turut dibuang ke jalan raya.

Tak cukup dengan itu, telefon serta dompetnya diambil lalu beg tangan mewah itu turut dicampak jauh. Sama juga dengan aksesori yang menghiasi tubuhnya. Habis barang-barang itu bersepah di jalan raya.

Kalau boleh dia buang gaun di tubuhnya, sudah lama dia lakukan. Geram! Sakit hati!

Dia benci Isaac! Telahan Sean salah! Isaac menganggapnya sekadar sugar baby sahaja. Tidak lain dan tak lebih dari itu! Mulai saat ini, Dianne akan tegaskan hatinya. Dia tidak mahu Isaac sesuka hati memperlakukannya seperti ini lagi!

Ah, Dianne tak sabar mahu sampai ke rumah! Dia sudah cukup lelah hari ini.

tbc ۫ ꣑ৎ

Tak tahulah menjadi ke tak part gaduh ni ( maaf, saya penulis baru )

Teaser :

"You don't even close to my type. Oh ya, and your kiss taste like a shit too."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience