Isaac dan Dianne sama-sama melangkah keluar dari kereta. Dianne tampil cantik dan simple dengan maxi dress berwarna putihnya. Ah, dia suka baju itu! Pandai Isaac pilih. Isaac belikannya banyak baju cantik-cantik sehinggakan dia sukar untuk buat pilihan yang mana satu ingin dipakainya.
Senyuman lebar terbit di bibir Isaac memandang Dianne yang sedang berpusing sehinggakan kain gaun itu sedikit terbang. Serasa bagai dialah punca wajah ceria itu terlakar indah di wajah Dianne.
Isaac berjalan mendekati Dianne. Tapak tangannya disuakan kepada Dianne. Meminta agar wanita itu menyatukan tapak tangan mereka. Dianne menghadiahkan sebaris senyum manis lalu mengenggam kemas tapak tangan Isaac yang jelas jauh lebih besar berbanding tapak tangannya.
"You look so damn pretty in this dress." Bagai ada rama-rama terbang dalam perut dikala suara garau itu memujinya. Ah, lelaki itu memang tahu bagaimana hendak mengayat perempuan!
Isaac mencium sekilas tangan Dianne yang ada dalam genggaman eratnya sambil matanya lekat memandang Dianne.
"And you look so fucking hot with sunglasses on." Puji Dianne dengan nada berbisik lalu turut sama mencium tangan berurat itu persis yang Isaac lakukan beberapa saat tadi. Kemudian, Dianne kenyitkan mata pada Isaac.
Dan Isaac tidak mampu menahan senyumnya. Lelaki itu tertawa kecil menampakkan baris giginya yang tersusun cantik itu.
"Jom!" Ajak Dianne seraya menarik genggaman tangan mereka menghampiri manusia yang sudah berbaris panjang di hadapan.
Terjengket-jengket kaki Dianne melihat orang ramai yang sudah bersusun untuk masuk. Jam di tangan ditilik, dalam sepuluh minit lagi pintu akan dibuka.
Destinasi pertama mereka adalah Cameron Highlands Flora Park. Dianne jadi sangat tidak sabar untuk melihat keindahan taman bunga itu dengan matanya sendiri.
Isaac turut sama memerhati keadaan di sekeliling yang penuh dengan orang ramai. Haih, ramainya orang datang hari ini. Kalau dia tahu, dia booking awal tempat ini untuk dikosongkan satu hari buat dia dan Dianne.
Isaac tidak gemar menunggu. Baginya membuang waktu.
Lebih kurang lima belas minit berbaris, kini giliran mereka berdua pula untuk menaiki sebuah pickup truck bagi membolehkan mereka sampai ke taman bunga tersebut. Itu satu-satunya cara untuk sampai ke atas kerana jalan yang sempit dan tak rata.
Dalam pada itu, telinga Dianne banyak kali menangkap bunyi keluhan dari Isaac. Hampir saja dia mahu balik kerana lelaki itu asyik mengadu lambatlah, sesaklah dan lain-lain. Sikit lagi Dianne mahu hentak kaki dan buat tantrum disitu.
Nasib baik hatinya terpujuk apabila Isaac tetap jadi gentleman dengan mengutamakan keselamatan Dianne dalam keadaan yang kurang selesa itu. Contohnya, Isaac hulurkan tangan bagi membantu Dianne naik ke atas pickup truck. Lelaki itu juga memeluk pinggang Dianne kemas apabila perjalanan sedikit bergelombang.
Tak lupa juga, Isaac banyak kali menghalang kain gaun Dianne daripada terselak oleh angin.
Tidak lama selepas itu, mereka tiba di pintu masuk ke Flora Park. Di pintu masuk itulah ada kaunter untuk pengunjung membeli tiket.
"Berbaris lagi?" Gumam Isaac. Dia berpeluk tubuh.
"You ini bersabarlah sikit."
"Ya, I tengah sabarlah ini. Kalau ikutkan I, dah lama I halau diorang ini semua balik." Ujar Isaac selamba. Halah, dia boleh kosongkan tempat ini hanya dengan petik jari sahajalah.
Dianne mencebik. Dasar berlagak!
"Tempat ini memang dibuka untuk pengunjung lawat. So, of course ramai orang yang nak datang. Cuba you consider sikit." Dianne sudah berura-ura ingin memulakan bebelannya.
Isaac jeling Dianne melalui hujung mata.
"Ya, I consider lah ini. You cubalah sejukkan hati I dengan peluk ke, french kiss ke, deep kiss ke. Ini tak, tahu nak marahkan I saja." Tutur Isaac dengan sedikit rajuk. Kepalanya dipalingkan ke arah bertentangan dari Dianne.
"Banyak kacak muka you! Orang tak penyabar macam you ini, layak kena tanam macam bunga je." Dianne tidak mengalah.
Kepala Isaac kembali berpusing memandang Dianne. Tak percaya sungguh apabila usahanya menahan sabar dipandang remeh oleh wanita itu. Apa Dianne ingat dia selalu membazir masa dengan menunggu beginikah?
Ini kali pertama tahu! Sebelum ini, orang yang menunggu Isaac bukannya Isaac menunggu orang.
Mereka saling berbalas pandangan, lama. Kedua-duanya menayangkan wajah tidak puas hati.
"Hello, selamat datang. Tiket berapa orang?" Suara pekerja itu menghentikan lawan mata antara mereka berdua. Baru timbul rasa malu apabila mengenangkan sikap tidak matang mereka sebentar tadi.
"Dua." Jawab Isaac ringkas. Dompetnya dikeluarkan lalu beberapa not kertas diberikan kepada pekerja itu.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Isaac hanya membiarkan Dianne berjalan di hadapan meninggalkannya. Sejak masuk tadi, teruja wanita itu belum lagi habis. Tapi Isaac turut mengakui bahawa taman disini memang benar-benar cantik dan memukau. Bunganya semua masih lagi segar dan mengembang.
Tidak pelik kenapa orang sanggup beratur panjang.
Sekarang mereka sedang berjalan-jalan di dalam kawasan indoor. Mereka pergi ke kawasan ini setelah Dianne puas mengambil gambar di kawasan outdoor tadi. Demi mendapatkan gambar Dianne yang cantik dan instagrammable, Isaac sampai terbongok-bongok mengambil gambar. Pelbagai posing Dianne gayakan di hadapan kamera.
Isaac mengeluarkan telefon pintarnya lalu kamera dihalakan kepada Dianne yang berjalan di hadapan. Adakalanya wanita itu berlari kecil lalu berhenti sekejap untuk memerhati bunga dengan lebih dekat. Aksi comel itu dirakam menggunakan telefonnya.
"Anne, jangan laju sangat." Pesan Isaac apabila Dianne berlari di jambatan buatan itu. Telefon disisipkan semula dalam kocek seluar.
Dia berlari kecil untuk menyaingi langkah Dianne. Tangan wanita itu digapai lalu tenggelam dalam genggamannya.
"Jom, kita singgah dekat kafe hujung sana." Ajak Isaac.
"Nak!" Ujar Dianne lalu menarik tangan lelaki itu untuk mengikut langkah lajunya.
Suasana di kafe itu agak lengang, cuma ada satu dua meja saja di huni orang. Isaac dan Dianne terus membuat pesanan dan selepas itu mengambil tempat duduk di bahagian tengah.
Dianne tidak melepaskan peluang untuk mengambil sebanyak mungkin gambar yang dia boleh ketika duduk disitu. Tanpa dia sedar, Isaac sedang menongkat dagu ralit memerhati setiap tingkah lakunya yang sedang berselfie itu.
"I tahu I cantik." Dianne berbicara setelah sekian lama keadaan mereka senyap. Hujung bibir Isaac naik ke atas.
"Can't agree no more." Isaac setuju.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Sebaik sahaja balik ke bilik hotel, Dianne terus meniarap diatas tilam. Tangannya laju bergerak-gerak menyentuh skrin telefon. Dianne mahu melihat gambar-gambar yang diambil sepanjang hari ini.
Manakala Isaac pula menuju ke arah dapur. Sebotol air mineral dikeluarkan dari peti ais mini lalu diteguk rakus.
"Anne, pergi mandi dulu baru rehat." Arah Isaac seraya mendekati Dianne. Senyum tidak lekang dari bibir Dianne.
"You, duduk sini. Kita tengok gambar sama-sama." Isaac hanya membiarkan tangannya ditarik oleh Dianne untuk melabuhkan punggungnya pada tilam.
Isaac hanya angguk-angguk mendengar Dianne memberi komen pada setiap gambar. Adakalanya dia menyampuk sedikit tetapi itupun hanya untuk memuji kecantikkan Dianne. Kebanyakannya gambar Dianne, ada juga gambar mereka berdua bersama dan gambar Isaac dipaksa untuk posing seorang diri.
Belum sempat Dianne habis melihat semua gambar, telefonnya pula padam.
"Alah, habis battery pula." Keluh Dianne kemudian bangkit untuk mengecaj telefon.
"You pergi mandi cepat. Lepas itu kita turun makan kat bawah." Daripada meniarap, Isaac berbaring telentang. Sebelah tangannya direhatkan atas dahi.
"Nak mandi sama tak?"
Isaac yang baru saja hendak menutup mata, kembali celik. Kepalanya sedikit diangkat memandang Dianne yang sedang berdiri di depan pintu bilik air itu. Telinganya salah dengarkah tadi?
Dianne mengenyitkan sebelah matanya dan bibirnya digigit manja. Sengaja menggoda.
"Don't tease me, Anne." Dalam suara itu memberi amaran.
"I mandikan you, you mandikan I..." mendayu-dayu suara lembut itu mengumpan Isaac. Isaac telan air liur. Dia tidak yakin dengan ajakan wanita itu. Dia kenal Dianne, kerana itulah dia rasa mustahil.
"Jomlah baby..." panggil Dianne.
"Jangan main-main, Anne." Lelaki itu sudah bangkit dari baring. Kedua tangannya menongkat di belakang bagi menampung berat badan.
"One..."
"Two..."
Isaac terus bangkit berdiri dan membuka langkah besar, meluru mendapatkan Dianne di depan pintu.
"Three!"
Pap!
"Fuck." Carut Isaac seperti berbisik pada dirinya. Dahi Isaac betul-betul terkena pintu yang ditutup Dianne kuat itu. Tangannya automatik menumbuk kuat dinding di sebelah pintu. Nafas ditarik dalam lalu dihembus kuat.
Makin bengang dibuatnya apabila terdengar bunyi gelak tawa Dianne di dalam bilik mandi. Dia sepatutnya tidak harus membiarkan dirinya diperbodohkan sekali lagi.
"Don't do it again, Anne. I warned you!" Laung Isaac. Tombol pintu dipulas, kot kot Dianne lupa kunci. Tapi gagal.
Isaac mendengus.
Kaki diheret kembali ke katil. Tubuh dibaringkan semula seperti keadaan tadi. Dada yang sedikit berombak tadi, cuba dia tenangkan. Wanita itu tak pernah gagal membuatnya tak keruan.
Ting!
Ting!
Ting!
Bunyi mesej berdenting bertalu-talu, menganggu Isaac yang hampir melelapkan mata. Dia bangkit untuk mengambil telefon milik Dianne.
Siapa yang mesej wanita itu pada waktu malam begini? Urgent sangatkah? Namun, sebaris nama yang tertera menimbulkan rasa tidak enak di hati Isaac.
Adib.
Apa yang lelaki itu ingin katakan pada Dianne? Isaac mengerling sekilas pada pintu bilik mandi, khuatir Dianne sudah selesai mandi. Password telefon Dianne dibuka.
Ya, dia tahu password telefon Dianne kerana dia selalu curi-curi tengok.
~Cantiknya you
~You makan angin ke Cameron Highlands, eh?
~Seronoknya, tak ajak pun...
Rahangnya diketap. Seberapa istimewa hubungan Dianne dan Adib sehingga Adib tidak janggal memuji kecantikkan Dianne? Isaac merasakan panas di hati mula membara. Dianne kata kawan, tetapi kawan tidak akan senang-senang memuji sesama sendiri.
Dan Isaac sendiri merupakan lelaki. Dia tahu bahawa lelaki tidak akan memuji wanita jika mereka tidak menginginkan sesuatu.
Klak!
Dianne melangkah menghampiri Isaac yang sedang membelakanginya itu. Dari sisi, dia boleh nampak lelaki itu sedang memegang telefonnya. Dan dari situ juga dia boleh lihat Isaac memasang wajah ketat. Mengapa?
Lelaki itu marahkannya kah kerana main-main tadi?
Aduh.
"You buat apa dengan phone I?" Kecil suara Dianne bertanya. Tali bathrobe nya diikat rapi. Isaac berpaling. Makin gerun Dianne pandang wajah itu.
"Apa hubungan you dengan Adib sebenarnya?" Dingin suara itu menyoal.
Dahi Dianne berkerut. Mengapa nama Adib muncul di bibir Isaac? Apa kaitannya?
"Kenapa tiba-tiba tanya tentang Adib?" Dianne inginkan jawapan kerana dia tidak faham dengan situasi saat ini.
Isaac menyuakan telefon kepada Dianne. Wanita itu lantas mengambil dan membaca mesej yang terpampang itu. Keningnya bertaut, dia tidak menemukan apa-apa kesalahan dalam mesej ini hinggakan Isaac perlu jadi dingin sebegini.
"I tanya lagi sekali, apa hubungan you dengan Adib? You suka dia, ataupun dia suka you?"
Isaac dapat rasakan emosi marahnya ingin bergelodak keluar tetapi dia cuna tahan. Enggan amarah menguasai, takut nanti Dianne yang jadi tempat pelempias marahnya.
Isaac berpeluk tubuh.
"Sumpah, Isaac! I tak suka dia dan dia pun tak suka I. Kitarang tak pernah lepak kosong sama-sama pun melainkan ada urusan tentang study." Jelas Dianne.
"Please, percaya I. I don't want to end our holiday with arguments." Nada suara Dianne rendah meminta.
Isaac hela nafas panjang. Wajahnya diraup seakan ingin menaturalisasikan urat mukanya yang tegang tadi. Timbul rasa kesal kerana menjadikan itu sebagai satu isu. Mata bulat wanita itu dipandang dalam sebelum dia bertindak untuk menyatukan bibir mereka.
Setelah beberapa saat, Isaac menghentikannya. Dianne ditarik dalam pelukan. Dianne dapat rasakan dada Isaac turun naik dengan laju. Entah disebabkan rasa marah ataupun kehilangan nafas.
"I hate to say this but, jangan buat benda yang I tak suka, Anne. I tak janji boleh kawal sabar I selalu." Ujar Isaac. Sesekali dia sedut haruman yang terbit dari rambut basah Dianne. Dianne angguk dalam pelukan.
You can't run away from me, Dianne. Bisik Isaac dalam hati.
tbc ۫ ꣑ৎ
Teaser :
"You datang nak apa?"
"I sunyi, then you came into my mind."
Share this novel