14

Romance Series 21627

Kereta yang dipandu laju itu akhirnya berhenti pada sebuah kelab malam. Bow tie di leher, dilonggarkan lalu dicampak pada seat kosong di sebelah. Kepalanya disandarkan pada kerusi kereta seraya keluh berat dilepaskan panjang.

Argh, you messed it up Isaac!

Mulalah hatinya risau, resah dan gelisah memikirkan keadaan Dianne. Kenapa kau bodoh sangat pergi tinggalkan Dianne seorang di jalan sunyi itu! Puas dia melontarkan kata-kata kesat buat dirinya.

Mike juga masih belum mengkhabarkan apa-apa tentang Dianne padanya. Sudah selamatkah Dianne dijemput Mike?

Ingin saja dia bertanya terus tetapi egonya melarang. Ini semua bukan salah Isaac semata-mata! Wanita itu juga bersalah! Kalau dari awal mengaku bukankah senang begitu? Kalaulah Dianne tidak membidasnya ikut keras kepala wanita itu, pasti mereka tak bergaduh teruk.

Biarlah! Sekali sekala dia perlu mengajar Dianne agar jangan terlalu biadap dengannya.

Malas mahu terus menyerabutkan fikirannya soal itu, dia keluar dari kereta dan menapak masuk ke dalam bangunan yang bising dengan muzik yang kuat itu.

Dia duduk di tingkat dua berhampiran dengan tangga. Dari atas situ, dia dapat melihat ramai manusia yang sedang berseronok dengan hiburan di bawah sana. Minuman keras diteguk, membasahi tekaknya.

Lama dia tidak menjejakkan kaki di kelab malam semenjak ada Dianne dalam hidupnya. Tetapi malam ini, dia datang semula di tempat ini. Tempat yang menjadi pertemuan pertama antara dia dan Dianne.

Ah, Dianne lagi!

Badannya direhatkan dengan lebih selesa diatas sofa itu. Tangannya didepakan diatas kepala sofa. Berada dalam posisi itu membuatkan kepalanya sedikit mendongak. Dia sekadar merenung kosong siling yang dimeriahkan dengan lampu disco tersebut.

Otaknya serabut dengan masalah kerja, Dianne dan juga... kandungan email yang dihantar oleh Mike padanya beberapa bulan yang lalu. Patutkah dia datang ke tempat itu lagi malam ini? Hanya sekadar untuk bermain dengan rahsia masa lalu.

Sedang dia larut dalam fikiran panjang, datang seorang perempuan yang secara tiba-tiba duduk di ribanya. Kepala Isaac drastik menegak memandang gerangan yang tak diundang itu.

Dahinya berkerut seribu.

"Kau siapa?" Soalnya agak kasar. Bibir merah perempuan itu menarik senyum menggoda.

"Tadi I duduk situ dan I kesian tengok you sorang-sorang kat sini. Well, I boleh temankan kalau you sunyi..." bisik wanita itu sambil bibirnya sengaja menyentuh kulit pipi lelaki itu.

Isaac diam. Sekadar membiarkan wanita itu menggoda dirinya. Matanya tak lepas memerhati tangan wanita itu yang dengan berani menyentuh dan meraba tubuhnya.

Melihat pada reaksi lelaki itu, perempuan tersebut semakin berani mengambil langkah dengan melabuhkan bibirnya pada bibir Isaac. Senyum terukir di bibir wanita itu apabila Isaac tidak menolaknya, walaupun lelaki itu hanya membeku dan tidak membalas.

"I said get out!"

"No way Isaac! Hari dah malam dan jalan ni sunyi. No, I taknak."

"You berani sangatkan melawan cakap I? Of course, you takda masalah nak jalan kaki pulang ke rumah dari sini."

"No, I takut... I minta maaf, Isaac. I salah, I-"

"Keluar sendiri atau I heret you keluar?"

"Sampai hati you..."

Bagai tersedar, Isaac terus menolak jauh perempuan itu hingga jatuh terjelupuk di atas lantai. Dia berdiri lantas bibirnya dilap kuat menggunakan handkerchief kemudian kain kecil itu dibuang begitu saja. Tak mahu dia menyimpan lagi handkerchief itu walaupun mahal harganya.

Kalau nanti dicuci sekalipun, tetap masih ada sisa kotor disitu baginya.

"Sorry, I don't like a whore." Ujar Isaac dengan nada selamba. Dia tak berminat. Lainlah kalau Dianne. Dianne tak menggoda pun dia memang sudah tergoda. Ya, sebesar itu impak wanita tersebut pada dirinya!

Isaac mengeluarkan dompet dari kocek belakangnya lalu dua helai duit bernilai RM50 ditaburkan, berterbangan sebelum jatuh di lantai tak jauh dari perempuan itu. Cuma itu harga yang dia rasa layak untuk perempuan itu.

"You don't even close to my type. Oh ya, and your kiss taste like a shit too." Sindir Isaac. Kembang kempis hidung wanita itu menahan malu.

Tanpa mempedulikan perempuan itu, Isaac mengorak langkah pergi. Sambil berjalan, sekali sekala dia mengesat bibirnya dengan lengan baju.

Ah, dia rindukan Dianne. Dia perlukan wanita itu!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Setibanya di hadapan bangunan apartmentnya, Dianne tidak terus keluar. Dia mahu menenangkan diri terlebih dahulu. Tisu diambil kemudian wajahnya dilap. Tangisannya sudah lama berhenti, yang tinggal cumalah sedu-sedan, wajah yang comot dengan make up dan badannya yang sudah basah terkena hujan.

Sepanjang perjalanan, Mike langsung tidak bertanya atau berbicara apa-apa. Enggan mahu masuk campur urusan bosnya bersama wanita itu.

Sepuluh minit berlalu, barulah Dianne membuka pintu kereta. Mujur, hujan sudahpun mereda.

Dan tanpa Dianne sedar, Isaac sedang memerhati langkah lemah wanita itu masuk ke dalam bangunan tinggi berkenaan. Terdetik rasa bersalah pabila melihat keadaan wanita itu telahpun basah kuyup.

Walaupun kedudukannya agak jauh dari keberadaan Dianne tetapi dia perasan akan kelainan pada penampilan Dianne yang kemas sewaktu dengannya tadi. Wanita itu berkaki ayam, rambut pula bebas terurai panjang. Beg wanita itu juga tiada di tangan.

Ada perkara burukkah yang berlaku pada Dianne? Dan-dan itu, telefonnya yang berdering diangkat laju.

"Yes, Mike?"

"Tengku, Dianne sudah selamat sampai di rumah." Jelas Mike. Memang sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memaklumkan perihal Dianne.

"Ya, aku nampak." Balas Isaac. Mendengarkan balasan itu, tahulah Mike bahawa majikannya pasti sedang memerhati di kawasan tidak jauh dari situ.

"Lagi?" Isaac menyoal.

"Cik Dianne buang high heels, handbag dan aksesori yang dia pakai kat jalan raya. Saya nak kutip tapi dia larang." Terang Mike. Isaac mengeluh sambil memicit pangkal hidungnya.

"It's okay, Mike. Anything?"

"No, Tengku."

Panggilan ditamatkan.

Dia menyandarkan kepalanya di kerusi kereta sambil pandangannya lurus menghala ke hadapan. Sebenarnya dia sudah terlebih dahulu tiba disitu dan menunggu lama kemunculan Dianne. Dia ingin melihat sendiri, figura Dianne dengan matanya.

Selagi dia tidak mengetahui keberadaan Dianne, selagi itu hatinya tidak tenang. Tetapi mujurlah, Dianne sudah selamat sampai di rumah.

Di sisi yang lainnya, Dianne yang sedang berkaki ayam naik ke tingkat apartmentnya. Sempat dia mengucapkan terima kasih pada Mike dengan suara seraknya.

Mujur hari sudah lewat malam, jadi tiada sesiapa yang akan nampak keadaannya yang comot itu.

Ting! Tiba di tingkatnya, Dianne keluar dari lif lalu menuju ke arah pintu rumahnya. Nombor password ditekan kemudian dia melangkah masuk memijak lantai rumah.

Yang anehnya, bukan lantai rumah yang dipijak malah sekeping sampul coklat. Dianne membongkokkan badan, mengambil sampul berkenaan. Pintu rumah kemudiannya ditutup rapat.

Sampul itu dibelek depan dan belakang. Tiada nama pengirim. Yang ada cumalah sebaris nama penuh dirinya. Siapa yang menghantar sampul itu kepadanya?

Dengan penuh perasaan ingin tahu, sampul itu segera dibuka. Dahinya berkerut hebat sebaik sahaja melihat isi sampul tersebut.

Di tangannya kini ada beberapa keping gambar seorang individu yang Dianne sendiri tidak dapat mengecam siapa gerangannya. Individu itu menggunakan jaket hitam dan bertopi serta menutup separuh wajahnya dengan pelitup muka hitam. Ada gambar yang ditangkap dari arah belakang dan sisi.

Namun yang menjadi perhatian Dianne adalah, bangunan yang sedang dimasuki individu tersebut. Tidak dapat menahan rasa terkejut, Dianne menekup mulutnya dengan tangan manakala sebelah tangannya yang sedang memegang gambar itu mula bergetar.

Rumah sakit itu adalah sama dengan rumah sakit ibunya!

Apa motif gambar itu dihantar padanya? Blackmailed? Atau mahu memberi amaran? Mahupun kedua-duanya sekali? Tapi mengapa? Sepanjang hidup Dianne, dia tidak pernah ada musuh! Atau tanpa dia sedar sebenarnya dia punya musuh yang terselindung?

Dianne jadi buntu. Fikirannya cukup serabut saat ini! Tipu jikalau dia kata tidak timbul rasa takut.

Adakah ini semua ada kaitan dengan firasatnya, bahawa ada seseorang yang sering memerhati dan mengekorinya? Argh, masalahnya yang lain belum selesai, datang pula masalah yang baru!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Dengan langkah malas, Dianne menapak ke dapur apartmentnya. Plastik sampah yang sudah penuh diikat dan dikeluarkan dari tongnya. Perbuatannya sedikit lambat memandangkan tangan kirinya agak terbatas. Nasib baik tangan kiri, kalau tangan kanan, nak makan pun susah!

Tak pasal-pasal kulitnya dah tak cantik disebabkan lebam! Semua gara-gara lelaki itu!

Langkah malasnya kembali disambung. Pintu apartmentnya dibuka, dia mahu pergi buang sampah di hujung koridor ini.

Satu hal yang dia suka tentang apartment ini adalah, setiap tingkat disediakan tong sampah besar. Jadi, tak usah bersusah payah membawa sampah yang berat untuk turun ke bawah. Yang pastinya dia suka fasiliti di sini.

Dianne ukir sebaris senyuman. Matanya dipejamkan seraya udara segar di tarik lalu dihembus perlahan. Cuaca pagi ini sangat indah!

Langkah diatur semula menuju ke apartmentnya setelah usai membuang sampah. Langkah yang dihayun ringan tadi, perlahan-lahan menjadi lambat selepas terlihat ada satu plastik asing berwarna putih di dalam peti kayu di dinding luar rumahnya.

Keningnya bertaut. Tadi tak perasan pula kerana dia tidak menoleh ke situ.

Plastik itu diambil dan dibuka. Kerutan di dahinya semakin jelas terpampang. Di dalam itu ada pelbagai jenis ubat-ubatan yang dia belum kenal pasti lagi fungsinya untuk apa. Dia menilik tulisan diatas satu ubat tiub yang sama seperti ubat gigi tersebut.

Bruised healing cream.

Ubat-ubatan lain di dalam plastik itu diselongkar lagi. Ada ubat seperti pil, gel, krim, siap ada wound dressing. Tangannya terhenti apabila tersentuh sekeping kertas kecil disebalik Ubat-ubatan tersebut.

Make sure to use all of this properly. If anything, just call me.

Kertas itu dironyok usai dibaca. Itu sahaja yang lelaki itu boleh katakan padanya? Tiada langsung kata maaf tertulis disitu. Makanya Isaac tetap dengan pendirian bahawa dirinya tiada salah dalam hal kemarin?

Dianne dah agak. Lelaki ego seperti Isaac mana mahu mengaku salah!

Dengan hati yang panas, Dianne berpaling dan menuju semula ke tong sampah di hujung koridor. Plastik yang penuh dengan ubat serta kertas dengan tulisan tangan itu, dia buang ke dalam tong sampah berkenaan.

Kemudian, tangannya ditepuk-tepuk perlahan seakan ingin menghilangkan debu kotoran. Dia tak hamak pun dengan ubat pemberian Isaac. Tanpa ubat itupun, dia sendiri bisa sembuhkan lebam di tangan.

Lagipula, setakat lebam di tangan mana mampu menandingi rasa sakit di hati. Entah mengapa, kali ini Dianne benar-benar berkecil hati dengan sikap Isaac. Mungkin juga disebabkan ini kali pertama mereka bergaduh seteruk itu.

Dan punca pertengkaran itu pula adalah kerana Adib. Haih, agaknya apalah yang Adib katakan tentang kejadian itu? Jadi satu hal pula, dia perlu memberi penjelasan kepada Adib nanti.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; selepas ni mungkin saya akan update agak lambat memandangkan saya akan mula busy minggu hadapan.

Saya akan tetap update cuma bila saya free, harap korang masih setia dan bersabar, love you all ❤

Teaser :

"I nampak kacakkan harini?"

"Seriously Isaac? Seminggu you hilang and instead of saying sorry, you datang sini sekadar nak tambahkan sakit hati I ke?"

Share this novel

Sal
2024-10-11 23:29:57 

best sgt..nk lg blh hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience