12

Romance Series 21627

"So you kawan Isaac? Kenapa I tak pernah nampak you post apa-apa tentang friendship korang?" Dianne bertanya. Ketika ini mereka sedang santai menerima rawatan manicure pedicure oleh dua orang pekerja yang telah dibayar oleh Isaac.

Lupa Dianne nak bagitahu, malam nanti dia akan ikut Isaac ke sebuah majlis, jemputan daripada salah seorang rakan bisnes lelaki itu.

Mulanya, Dianne menolak sekerasnya kerana tidak mahu menimbulkan sebarang gosip liar tetapi Isaac meyakinkannya bahawa majlis itu merupakan private event yang mana tiada rakan media akan dijemput.

Makanya, Isaac mengupah beberapa servis mencantikkan diri buat Dianne hari ini. Rawatan yang pertama adalah manicure. Sebentar lagi, akan tiba stylist dan juga MUA untuk menyiapkan Dianne.

Sementelah itu, dia ajaklah Sean buat kuku sekali. Sudah hampir setengah jam dia mengenali Sean, dan sejujurnya dia suka berbual dengan lelaki itu! Seronok macam berborak dengan kawan perempuan.

"Haah, I memang sudah lama kenal Isaac dari zaman belajar dulu. The reason why I tak pernah exposed tentang ni adalah kerana I hormat privasi Isaac. Dia kalau boleh taknak orang tahu lebih-lebih tentang hidup dia ataupun circle dia." Jelas Sean.

"Lagipula, kalau tahu dek orang lain, memang dah lama I jadi arwah, babe!" Sambung Sean lagi, menerbitkan tawa halus di bibir Dianne. Dia setuju dengan kata-kata Sean!

Lelaki itu, A katanya maka wajib A.

"Oh ya, Isaac bisnes apa je sampai boleh jadi jutawan muda? Bapa ayam eh?" Dianne ingin tahu. Mana tahu lelaki itu buat kerja haram? Manalah tahukan?

Sean tertawa besar mendengar sangkaan Dianne.

"No lah, babe! Isaac itu jadi jutawan sebab dia banyak aset dan bisnes. I tak suka nak puji dia sebab dia tak pernah puji I tapi, otak Isaac itu memang geliga kalau bab-bab bisnes. Dia ada bisnes perhotelan serta resort dalam dan luar negara.

And at the same time dia pun laburkan duit buat bisnes sampingan macam sewa yacht dan lain-lain. Dan semestinya, semua itu hasil usaha dia sendiri tanpa bantuan parents dia."

Wow, Dianne kagum! Lelaki itu benar-benar memenuhi definisi kaya-raya.

Sean merapatkan bibirnya pada telinga Dianne ingin berbisik.

"Aset Isaac di luar negara lagi banyak dari Malaysia, tau. So, better you pujuk dia bagi sikit pada you." Bisik Sean kemudian tergelak besar sekali lagi.

Tangan Sean menampar-nampar meja dihadapan sehingga bergegar perkakas rawatan kuku. Kesian pula Dianne melihat nasib pekerja yang sedang membuat kuku Sean. Dari tadi kerjanya terganggu dek kerana olahan Sean yang tak reti nak duduk diam itu.

Dianne turut tergelak seraya menggeleng kecil. Haih Sean, kerjanya nak pedajalkan orang sahaja!

Jeda seketika. Dan tiba-tiba muncul lagi satu pertanyaan di minda Dianne.

"Parents Isaac ada lagi?" Soal Dianne bernada rendah.

Dia ingin tahu lebih dalam berkenaan Isaac. Sepanjang berkenalan dengan lelaki itu, tidak pernah sekalipun dia tahu apa-apa tentang Isaac. Cuma Isaac yang tahu banyak tentang Dianne. Itupun bukan dari mulut Dianne sendiri melainkan Isaac yang mengupah orang untuk mendapatkan banyak maklumat tentangnya.

Apa ingat Dianne tidak tahukah? Mike adalah antara salah seorang orang kuat Isaac.

"Ada je, I suka mama Isaac sebab dia layan I dengan sangat baik. Cuma papa Isaac, I kurang suka sikit. Dia tu tak mesra langsung. I yang dah berkawan lama dengan Isaac pun, jarang berbual dengan dia. Kalau you rasa Isaac garang, papa dia lagi garang." Cerita Sean dengan ekspresi wajah yang berkerut-kerut.

Gulp. Dianne telan air liur. Timbul rasa takut apabila mendengar cerita dari Sean. Andai suatu hari nanti, mama dan papa Isaac tahu tentang status sugar baby Dianne, apa akan jadi? Dihina dan diusir jauh dari hidup Isaac? Ataupun nyawanya akan berada dalam bahaya?

Ah, Dianne tidak mahu memikirkan soal itu! Akan dia simpan kemas status itu daripada pengetahuan umum sehingga Isaac sendiri melepaskan Dianne suatu hari nanti.

"I happy tengok Isaac bercinta dengan you. Sebelum ini, dia tak pernah stay lama dengan perempuan. Sorry to say this to you, tapi semuanya macam teman satu malam je. And none of them, special to him.

Penthouse dia ni, tak pernah ada seorang perempuan pun dia benarkan masuk kecuali mama dia. Lagi I shocked bila dia tak kisah tinggalkan you seorang di penthouse dia ni. For sure, dia percayakan you." Ujar Sean.

"I can say that, he's really into you." Sambung Sean lagi.

"Ermm, I..." Dianne mati kutu. Tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana. Ayat Sean itu seakan memberi harapan tetapi Dianne tahu dia perlu tepis tekaan Sean. Kerana itu hanyalah dari sudut pandangan Sean, bukannya Isaac.

Kau tak special, Dianne! Ingat status kau sebagai sugar baby sahaja! Bisiknya dalam hati.

Isaac melayannya baik mungkin kerana lelaki itu sudah banyak melaburkan duit padanya. Ah, biarkan saja Dianne terus berfikiran sebegitu! Agar tiada risiko yang dia perlu tanggung kelak.

Ding! Dong!

Loceng pintu yang berbunyi tepat pada waktunya itu, seolah menyelamatkan Dianne daripada situasi janggal itu.

"I bukakan pintu sekejap." Dianne bingkas berdiri dan membuka pintu rumah. Stylist dan MUA yang berdiri dengan barang-barang yang penuh di tangan, dijemput masuk ke dalam.

"Hei, you janganlah kasar! Terkopek kulit I, nanti I suruh Isaac saman you!" Sipi-sipi Dianne dengar Sean mengadu dengan nada lenggoknya.

Dianne hanya mampu geleng kepala. Begini rupanya sikap diva influencer Sean The Giant!

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Dalam lapan gaun terbaik pilihan Isaac, ada satu yang menjadi pilihan hati Dianne. Hampir tiga jam dia memilih gaun yang paling dia suka memandangkan semua pilihan Isaac sangat cantik dan nampak ekslusif.

Apa yang dia perasan, pilihan Isaac tersebut semuanya kurang mendedahkan kulitnya seperti pakaian Dianne yang kebiasaannya.

Senang cakap, tak cukup seksi mengikut standard Dianne!

Namun, hatinya terpaut pada sehelai gaun putih. Rekaannya simple tetapi elegan. Tak dinafikan, citarasa Isaac ada kelas tersendiri.

Rambut Dianne di dandan kemas, dibiarkan terurai dengan gaya waterfall braids. Rekaan braids nya tidak terlalu berat, dan disematkan dengan satu kerongsang berwarna emas.

Dan penampilan Dianne dilengkapkan dengan makeup nipis dan natural di wajahnya, seperti permintaan Dianne. Turut digandingkan dengan beg tangan jenama mewah berwarna gold dan kasut tumit tinggi berwarna putih.

Dianne tersenyum lebar melihat pantulan cermin besar di hadapannya. Ah, kau memang cantik Dianne!

"Sweet and sexy." Komen dari satu suara garau itu mengejutkan Dianne. Serta merta dia memusingkan badan.

Dianne terpaku.

Isaac tampak sangat segak dengan tuxedo hitam di tubuh tegapnya. Di bahagian dalam ada kemeja putih dan disempurnakan dengan bow tie berwarna hitam. Dianne yakin, apa yang dikenakan Isaac dari badan hingga ke hujung kaki, dibuat khas untuk Isaac kerana persalinan itu melekap sempurna di badan lelaki itu.

Isaac datang mendekat perlahan-lahan. Dianne hanya berdiri kaku disitu walaupun sedikit cemas dengan pandangan redup Isaac.

"Too stunned to speak?" Bisik suara itu lagi. Suara seksi yang mampu menjatuhkan ramai perempuan di luar sana.

Dianne mengedipkan matanya berkali untuk menyedarkan diri pada realiti.

"Your looked took my breath away for a second." Dianne bersuara. Komen itu disambut dengan gelak kecil Isaac. Senyuman diukir hingga menyepet matanya.

Tak dia sangka, pujian ringkas itu bisa membuat harinya jadi lebih baik.

"Nice try." Sahut Isaac seraya menarik pinggang ramping Dianne, merapat pada tubuhnya. Bibirnya didekatkan pada telinga wanita itu.

"What you see in me is just a reflection of your own beauty, baby." Puji Isaac dalam nada berbisik. Berada sedekat itu membuatkan haruman perfume yang diguna, saling bercampur dan bersatu. Menerbitkan getar di dada masing-masing.

Isaac kembali menjauhkan wajahnya. Mata bertemu mata. Lama mereka dalam keadaan begitu, seakan mengamati keindahan antara satu sama yang lain.

Dan sehinggalah Isaac tiba-tiba kenyitkan mata, menghentikan momen itu. Tawa kedua-duanya terus tercetus.

"Sorry kalau I kacau momen itu tadi tapi kita dah lambat. We really need to go now." Ujar Isaac. Rangkulan di pinggang Dianne dileraikan lalu dia menapak selangkah ke belakang.

"Shall we?" Tangannya dihulurkan kepada Dianne, meminta wanita itu menyambut.

Untuk sekian kalinya, Dianne ukir senyum.

"Sure, handsome." Tangan Isaac disambut lalu pegangan tangan dieratkan oleh lelaki itu.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Darah gemuruh tidak dapat Dianne sembunyikan. Tapak tangannya sudah bertukar sejuk, kakinya bergerak-gerak kecil tanpa dia sedar. Jantungnya semakin berdebar kuat apabila kereta berhenti di hadapan pintu masuk hotel.

"Tengku, kita dah sampai." Maklum Mike.

Isaac keluar dari kereta kemudian berlalu ke arah Dianne. Pintu dibuka dan tangannya dihulurkan buat Dianne. Dapat Isaac rasakan betapa sejuknya tangan wanita itu menyentuh tangan hangatnya.

"Chill, baby. I got you." Ujar Isaac, berharap ia dapat melegakan gementar Dianne.

Isaac membuka langkah yakin. Dianne yang pada awalnya panik juga sudah mula membiasakan diri. Dewan itu seakan dipenuhi aura Isaac dan Dianne kerana jelas dapat dilihat banyak mata tertumpu pada mereka.

Kebanyakannya terkejut dan teruja memandang wanita yang menemani Isaac kerana jutawan itu tidak pernah membawa sesiapa ke majlis sebelum ini.

Dianne duduk di samping Isaac. Tangan lelaki itu sedari tadi tidak jemu mengenggam kemas tangannya. Adakalanya lelaki itu meminta diri untuk berjumpa dengan rakan bisnesnya, meninggalkan Dianne seorang di meja bulat itu.

Sempat juga ada beberapa wanita korporat menegurnya dan mengajaknya untuk berborak. Tetapi, Dianne banyak mendiamkan diri. Enggan menyerlahkan diri. Bimbang timbul soalan yang aneh-aneh nanti.

Sepanjang majlis itu, Dianne dapat menarik nafas lega kerana tiada satupun rakan media disitu.

Bosan berada di dalam dewan itu, Dianne bercadang mahu berjalan-jalan di kawasan luar. Tadi dia ada nampak satu taman bunga tak jauh dari lobi hotel. Niatnya ingin memaklumkan pada Isaac, terbantut apabila lelaki itu sedang sibuk berbual dengan rakan-rakannya.

Sedang Dianne berjalan keluar dari bangunan tinggi itu, langkahnya terasa diekori. Tangannya mengenggam kuat beg tangan hingga kukunya terasa mencengkam kulit. Dingin malam menegakkan bulu romanya.

Sejujurnya ini bukan kali pertama dia merasakan ada orang mengekorinya. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dia sering punya firasat tidak enak. Rasa seperti diperhati. Tetapi perihal itu dia simpan seorang diri. Bimbang itu sekadar perasaannya sahaja.

Langkahnya segera dipercepatkan. Dan bagai memahami keadaannya, muncul satu figura yang dikenali Dianne sedang berdiri di taman.

"Adib!" Panggil Dianne. Dia berlari kecil menghampiri Adib. Dalam keadaan terdesak sebegini, mahu tak mahu dia terpaksa menegur lelaki itu.

Haraplah Isaac tidak keluar mencarinya.

"Anne?" Adib kehairanan. Bagaimana wanita itu boleh ada di sini pada waktu malam begini?

Reaksi Dianne ditilik teliti. Wanita itu seperti resah dan matanya melilau seakan mencari seseorang. Wajah Dianne pula pucat seolah dilanda ketakutan, tetapi apa?

"Anne, are you okay? You look so pale." Tegur Adib. Tangannya menyentuh lembut bahu Dianne, ingin menyedarkan bahawa wanita itu tidak keseorangan kerana ada dia menemani.

"Yeah, I'm okay." Balas Dianne dengan nada berpura-pura. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Adib. Kau selamat sekarang Dianne, getusnya dalam hati.

"You buat apa disini?" Adib bertanya. Dahinya berkerut selepas menyedari penampilan Dianne pada malam ini.

Berdasarkan pakaian Dianne, dia dapat meneka wanita itu bukanlah hadir untuk majlis yang biasa-biasa.

"I pergi birthday party kawan I. Kawan lama, you tak kenalpun." Bohong Dianne.

Adib tidak jadi mahu menyambung perbualan kerana dia tahu Dianne berbohong. Masalahnya untuk apa wanita itu menipu?

"You pun ada event juga?" Giliran Dianne bertanya. Adib geleng kepala. Vest hitam yamg tersarung ditubuhnya ditunjuk pada Dianne.

"I kerja part-time kat sini." Jawab Adib pendek. Disebabkan itulah Adib pasti Dianne berbohong sebentar tadi. Kerana malam ini, cuma ada dua majlis yang berlangsung.

Satu, majlis sambutan bersempena kolaborasi syarikat Jepun di Malaysia.

Dua, majlis retirement seorang askar yang berpangkat tinggi.

Dan kedua-duanya tiada kaitan dengan majlis hari jadi.

Adib diasak perasaan ingin tahu tetapi dia menghormati privasi Dianne. Pasti wanita itu punya alasan tersendiri mengapa tidak berlaku jujur padanya.

Booomm! Tidak semena-mena bunyi guruh berdentum kuat di langit. Serta merta Dianne menutup mata dan telinganya dengan tangan. Tidak dapat mengawal tindak balas semula jadi, Adib mendakap tubuh kecil Dianne yang terkejut itu.

"Dianne Felora!"

Suara yang memetir tinggi memanggil nama penuhnya, membuatkan Dianne pantas menolak kuat badan Adib. Dia seakan baru tersedar terhadap realiti apabila di saat dia menoleh ke sisi, wajah bengis Isaac menyapa pandangan. Lelaki itu sedang membuka langkah besar menuju kearahnya.

Ah, bala datang! Desis hati kecil Dianne.

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; nak tengok diorang gaduh tak? komen dulu banyak2 kikikiki

Teaser :

"Saya sukakan Anne. Saya dah lama cintakan dia."

"Jangan ganggu Anne dan jangan dekat dengan dia. Perasaan kau pada dia takkan pernah jadi kenyataan. I warned you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience