Lipstick berwarna merah hati dikeluarkan dari dalam beg tangannya, kemudian ditacap pada bibirnya. Ingin menambah warna merah yang sedikit pudar. Tangannya sempat membetulkan rambut yang diikat tinggi menyerlahkan leher jinjang putihnya.
Dengan semula jadi bibirnya tersenyum manis. Pandangan matanya pada cermin dihadapan jelas memaparkan wajah yang puas hati. Penampilannya sangat menawan hari ini. Mana tahu, sangkut seorang dua lelaki kacak dan kaya malam ini? Pasti hidupnya bakal jadi lebih senang.
Kalau tua pun tak apa, janji poket tebal!
Gila? Ya, dia memang gila. Zaman sekarang rupa sudah jatuh ke tangga yang paling bawah sekali. Yang penting, duit, duit dan duit. Jika berdamping dengan orang tua botak dan berperut buncit tetapi kaya mampu membawa jaminan hidup, mengapa tidak?
Dalam hidup Dianne, cuma duit menjadi keutamaan. Kerana dia pernah tahu betapa susahnya mengemis belas ihsan dari orang demi ingin meneruskan kelangsungan hidup.
Jadi, jangan pernah menilai dia. Setiap manusia punya jalan hidup yang berlainan. Dan di setiap jalan itu punya pilihan yang berbeza.
"Berapa lama lagi kau nak tenung wajah cantik kau itu dalam cermin?" Suara itu menghentikan lamunannya. Hampir saja ingatannya ingin mengimbas kembali bahagian buruk dalam hidupnya.
"Kalau aku terlepas jantan-jantan kaya di luar sana, siap kau!" Ugut Laila seraya menghempas beg tangannya diatas singki. Wajahnya cemberut.
"Tenanglah Ila. Kalau malam ini terlepas, malam esok masih ada." Sahut Dianne dengan wajah tenangnya. Perempuan cantik dan seksi seperti mereka ini, bukannya susah pun hendak dapatkan lelaki. Cuit sikit, terus cair. Entah-entah lelaki itu tak kasi lepas langsung.
Laila ukir senyum. Membayangkan siapakah gerangan lelaki yang bakal dia jadikan koleksinya malam ini.
"No, hari ini aku kena juga dapatkan mangsa aku. Kau tahukan sugar daddy aku yang sebelum ini dah kantoi dengan bini dia?" Nada Laila kedengaran menyampah.
Dasar lelaki miang takut bini! Kalau sudah takut sangat, pergilah duduk bawah ketiak isteri. Tak payah gatal cari sugar baby.
"So, no more money from him?" Duga Dianne.
"Yes! Orang tua itu tinggalkan aku seorang diri terkontang-kanting. Dia dah stop bagi aku duit belanja dan lagi parah, kondo aku sudah sebulan tak bayar." Luah Laila sedikit serabut.
Dianne terkedu sebentar. Bukannya dia tidak tahu, kondominium yang sedang diduduki temannya itu mencecah harga ratusan ribuan ringgit. Bayaran bulanan tidak mustahil juga cekik darah.
Satu hal yang dia kagum dengan Laila. Gadis itu berani mengambil risiko. Jikalau Dianne, dia tidak akan sesekali bersetuju ingin menjadi sugar baby kepada suami orang. Melainkan yang single. Dia takkan ganggu hak orang lain. Dan dia tidak seboros Laila. Dianne cuma tinggal di sebuah apartment yang sederhana mewah.
Sekali lagi lamunan Dianne terhenti sekaligus menghapuskan perbualan diantara dia dan Laila apabila ada dua wanita lain masuk ke dalam tandas.
"Kau nampak tak lelaki itu tadi?" Teruja suara itu bertanya.
"Nampak babe! Kalau aku dapat dia, aku takkan lepaslah sampai bila-bila. " Sahut rakannya pula.
"Kau rasa kita boleh ke goda dia?"
"Dia pandang ke perempuan macam kita ni? Lagipun, orang cakap setiap perempuan yang berdamping dengan dia, dia akan buang macam kucing kurap kalau dia dah bosan. Sebelum dia buang, dia akan pastikan hidup perempuan itu musnah terlebih dahulu." Bisik si rambut merah namun masih sampai ke pendengaran Dianne dan Laila.
Dianne jadi tertarik ingin tahu lebih dalam.
"Takkan sampai macam itu sekali? Kalau sudah bosan, buang sajalah. Tak usah sampai musnahkan hidup orang." Balas si kawan.
"Well, bila seseorang itu ada harta dan kuasa, dia akan buat apa sahaja yang dia nak ikut suka dia. Kita orang biasa ni, jangan sesekali buat masalah kat dia. Kalau tak kau mati."
"Dah jom, kita dah lambat sangat ini." Gesa si rambut merah kemudian terus bergegas pergi.
Dianne merenung lama cermin dihadapan.
"Ila, kau tahu ke siapa yang diorang bualkan itu?" Tanya Dianne ingin menghentikan teka-teki di kepalanya.
"Tengku Isaac Mateen bin Tengku Isma Mateen." Jawab Laila.
"Hah?"
"Orang yang yang diorang bualkan tadi adalah Tengku Isaac Mateen. Antara jutawan termuda di Malaysia ini. Kau tak pernah tahu ke?" Balas Laila lagi.
"Aku pernah dengar nama dia cuma tak pernah tahu rupa orangnya bagaimana."
Dianne diam sejenak. Oh, lelaki itu.
Lelaki yang sering menjadi bualan hangat di bibir-bibir wanita. Banyak cerita tentang lelaki itu yang dia pernah dengar. Berbagai-bagai versi. Versi bersih dan juga versi gelap.
Cuma, Dianne tak pasti mana satu fakta mana satu auta. Dianne kurang percaya sikit dengan khabar angin. Mulut manusia ini, kadang-kadang lebih banyak sebarkan fitnah daripada kebenaran.
"Maknanya dia ada lah malam ini?" Tanya Dianne sambil mengemaskan gaun ketat di tubuhnya.
"I guess so. Aku bagi warning dekat kau, jangan cuba libatkan diri dengan dia. He's fierce and ruthless. Okay?" Pesan Laila awal-awal. Enggan menimbulkan sebarang masalah.
Ya, dia memang suka ambil risiko tetapi kalau kalau tentang Tengku Isaac Mateen, dia tak berani. Cukup dengan semua cerita yang dia dengar selama ini. Meremang bulu romanya.
Dianne angguk kepala. Malas hendak menyerabutkan otaknya dengan orang yang tak berkepentingan.
"Okay, enough with that. Let's have some fun tonight!" Ajak Dianne bersemangat disambut dengan wajah Laila yang teruja.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Lantai dansa itu dipenuhi dengan manusia-manusia yang leka dengan keseronokan duniawi. Masuk sahaja ke sini, tiada yang namanya pahala. Semuanya dosa belaka. Dan, Dianne juga tak terkecuali.
Badan langsingnya yang berbalutkan gaun merah itu menampakkan lekuk badannya yang menggiurkan jejaka. Mungkin di mata orang pakaiannya itu kelihatan tidak selesa, tetapi Dianne suka. Dia selesa. Yang penting dia nampak cantik dan menarik.
Hampir setengah jam, Dianne menari di kawasan sesak itu tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Laila sudah awal-awal lagi meninggalkan dirinya kemudian pergi bersama mangsa barunya.
Tangan-tangan gatal yang terkadang menyentuh badannya ditepis kasar. Dia tidak suka. Dia datang ke sini untuk menghiburkan diri bukannya untuk menjual diri. Muak dengan keadaan itu, Dianne melangkah ke arah meja bar berdekatan.
Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan seorang lelaki yang sedang duduk tenang menikmati minuman kerasnya. Dianne cuma meneka kerana sebilangan besar yang datang ke kelab malam sudah tentu ingin mabuk-mabuk. Tetapi, Dianne tidak. Dia pernah sekali mencuba namun setelah itu, hampir seminggu dia ditahan di hospital.
Dia sudah serik!
"Hi miss, what can I serve you?" Tanya bartender setelah Dianne mengambil tempat duduk.
"Whiskey." Belum sempat Dianne membalas, ada satu suara pantas memintas. Lelaki itu mengangkat sedikit gelasnya yang sudah kosong kepada pelayan tersebut.
"Alright sir. How about you, miss?"
"Just mocktail." Pinta Dianne dengan senyuman ringkas. Setelah bartender itu berlalu, Dianne sempat menganalis penampilan jejaka tegap disebelahnya dari hujung matanya. Nampak berduit dan kacak!
"Whiskey? Tak risau mabuk ke?" Dianne bersuara namun sedikitpun tidak menoleh kearah lelaki itu.
"Bukan ke orang datang ke sini memang nak mabuk? Bukan sekadar menari and having a mocktail, alone." Suara garau itu menyahut.
Sebenarnya dari tadi Isaac memerhati wanita itu. Meliuk lentukkan badannya menari di tengah-tengah lantai dansa seakan menikmati dunianya sendiri.
Namun, bila ada tangan gatal yang hendak menyentuh terus wajah wanita itu berubah masam. Buat sejenak, dia rasa tertarik. Dan nasibnya untung apabila wanita seksi itu memilih tempat duduk bersebelahan dengannya.
Dianne tersentap seketika. Rasa seakan disindirlah pula. Siapa lelaki ini? Untuk seketika, Dianne tarik senyum senget.
"So you dah lamalah perhatikan I? Captivated by my beauty?" Ujar Dianne sambil merapatkan lagi jurang antara mereka. Tangannya sengaja diletakkan berdekatan pangkal peha sasa lelaki itu.
Berada sedekat itu membuatkan kecantikkan wanita tersebut semakin menyerlah. Renungan mata kuyu Isaac seakan menjamah seluruh wajah wanita itu.
Dapat dia rasakan nafas halus wanita menyapa kulit wajahnya, dan ditambah pula dengan usapan lembut di pangkal pehanya semakin menaikkan keinginan yang ada dalam dirinya sekarang ini.
Ya, dia sedikit sensitif dengan sentuhan.
"Dianne Felora. You?" Dianne hulur tangan.
Dapat dia dengar rengusan daripada lelaki itu apabila Dianne bertindak mengalihkan tangannya untuk berjabat tangan. Dianne simpan senyum. Suka dengan reaksi lelaki itu yang sedikit terbuai dengan godaannya.
Pandangan mereka masih bersatu. Namun kali ini, pandangan Isaac tidak lagi selembut dan sekuyu tadi. Iris itu kini memandang Dianne biasa-biasa sahaja.
Seolah-olah ingin melihat sejauh mana permainan tarik tali dari wanita itu akan berlangsung. Dan Isaac tidak akan sesekali membiarkan dirinya dipermainkan begitu sahaja tanpa punya agenda sendiri.
Wanita itu yang memulakan godaan. Maka, wanita itu harus bertanggungjawab untuk menyejukkan kembali rasa hangat dalam dirinya.
"Tengku Isaac Mateen." Balas Isaac sambil tangannya menarik pinggang ramping wanita itu hingga melekap pada tubuhnya.
Sebaris nama itu menghilangkan senyuman menggoda dan pandangan manja Dianne. Tangannya yang berada pada dada bidang Isaac, memberi reaksi spontan dengan menolak sedikit untuk mencipta jarak. Air liur diteguk gementar.
Dianne tersalah sasar. Baru tadi Laila memberikan amaran, dan sekarang dia sudah masuk dalam dakapan sang singa.
Isaac menyungging senyum sinis. Dia tidak salah tafsir dengan reaksi Dianne. Dia pasti, wanita itu sudah tahu dia siapa. Mungkin melalui cerita-cerita orang. Dan kini dia ingin tahu, Dianne memandangnya dengan versi yang mana satu? Ah, dia jadi semakin tidak sabar untuk mendalaminya.
"Sir, miss, here's your drink. Enjoy your night." Pandangan mereka terputus apabila bartender itu datang membawa pesanan mereka.
Isaac melepaskan rangkulan itu dan Dianne pula terus menarik nafas lega. Masing-masing kembali ke posisi asal. Dari hujung mata, Dianne dapat lihat lelaki jutawan itu menghabiskan minumannya dengan sekali teguk sahaja.
"Why with that reaction?" Soal Isaac. Sengaja ingin mendengar balasan dari Dianne walaupun dia sudah dapat jawapannya.
Isaac mengunci pandangannya pada Dianne disebelah yang kelihatan tenang menikmati mocktail nya. Memang tenang ataupun berpura-pura tenang?
"I cuma tak sangka, orang biasa macam I boleh terserempak orang hebat macam you." Ujar Dianne dengan nada tenang kemudian mocktail kembali diteguk.
"Orang hebat macam I yang macam mana? I guess you heard about me a lot, don't you?" Bisik suara itu dekat pada telinganya.
Seakan tersekat nafas Dianne, pabila dalam sekelip mata dia sudah berada di dalam kepungan lelaki itu. Tangan berurat itu berada di sampingnya dan yang paling dia cemas apabila dada Isaac terasa menyentuh belakang kepalanya.
Dianne sudah banyak menggoda lelaki di luar sana tetapi lelaki-lelaki itu tidak sama seperti Isaac Mateen. Lelaki ini penuh dengan aura dominannya, berada dekat dengannya seolah-olah Dianne berada dibawah taklukan lelaki itu.
Tenang, Dianne. Jangan tunjukkan kau takut.
Dianne berpusing menghadap Isaac. Mata bertemu mata. Namun sesekali Dianne dapat menangkap bebola mata Isaac yang bergerak-gerak ke segenap wajahnya dan berhenti lama pada bibir merahnya.
Dianne tarik senyum senget. Rasanya lelaki ini tidak mampu menyembunyikan keinginannya. Kedua tangannya diangkat melingkari leher Isaac.
"Jutawan muda, banyak harta dan berkuasa. I dengar, semua orang tunduk pada you. Perempuan, even orang yang berpangkat dato' pun patuh pada you." Jawab Dianne tersenyum manis.
Mata Isaac terpejam menikmati usapan pada batang lehernya. Usapan pada pinggang gadis itu kadang berubah menjadi cengkaman namun masih dikawal agar tidak menyakiti Dianne. Nafasnya kian berubah rentak.
Mata itu kembali dibuka. Kuyu saja pandangannya, mungkin juga atas kesan daripada minuman keras yang dia ambil dari tadi.
"I'm more than that. I can teach you to learn more about me, gorgeous." Bisik Isaac. Dianne tersenyum.
Pernahkah Dianne berkata bahawa setiap hidup manusia punyai haluan berlainan dan setiap haluan itu punyai pilihan berbeza?
"Enlighten me, then. Take me home." Bisik Dianne menggoda.
"Your home." Sambung Dianne lagi kemudian meniup lembut batang leher lelaki itu.
Dianne tak suka ambil risiko. Tetapi peluang ini, ribuan wanita sedang menanti dan dia antara yang bertuah.
Dan ini, pilihan Dianne.
tbc ۫ ꣑ৎ
Share this novel