Isaac membuka laci berdekatan dengannya kemudian sekeping sampul diletakkan ke atas meja. Ah, dia suka melihat riak wajah Dianne saat ini. Riak yang cemas, takut dan gelisah. Sepatutnya memang riak wajah inilah yang Dianne tunjukkan kepadanya setiap kali bertentang mata.
Tetapi keberanian wanita ini terlalu sukar untuk dia runtuhkan. Dianne bijak mengawal ekspresi. Malah hujungnya, Isaac yang kecundang apabila berada dekat dengan Dianne. Dia tak pernah bertolak ansur pada mana-mana wanita. Cuma bersama Dianne, dia punya toleransi.
Dunia mahu terbalik sudahkah?
"Apani?" Kening Dianne berkerut.
"Buka dan baca." Ringkas Isaac menyahut. Tangan Dianne mengambil sampul tersebut lalu mengeluarkan sekeping kertas putih di dalamnya.
Baris demi baris, ayat demi ayat dan perkataan demi perkataan, Dianne semakin tidak faham apa yang sedang berlaku tika ini. Dahinya jelas berkerut saat membaca kandungan yang tertulis pada kertas itu.
Wajahnya diangkat memandang Isaac meminta akan penjelasan.
"What the hell is this?" Soal Dianne. Makin geram dia melihat Isaac yang sedang memasang wajah tenang di situ.
"A contract and you need to sign it." Kata Isaac sambil bangkit dari duduk dan berhenti di sebelah Dianne. Pen bertinta hitam itu diletakkan di hadapan Dianne. Isaac berpeluk tubuh bersandar pada meja kerjanya menanti wanita itu untuk menurunkan tandatangan.
Dianne rasa diperangkap.
"I will not sign any contract which I'm not interested in." Tegas Dianne. Kertas itu diletakkan kembali diatas meja. Kakinya diangkat duduk menyilang. Sempat Isaac melirik peha terdedah itu.
"Don't worry, baby. I pay you RM 10 K every month. I know how much you love money. I just need you to be my sugar baby and entertain me. That's all." Lancar Isaac menuturkan kata seolah ianya satu perkara mudah.
"But of course, perjanjian ni ada syarat-syaratnya yang you wajib ikut. You baca dulu sampai habis and then we sign the agreement." Sambung Isaac lagi. Matanya tidak lepas memandang seraut wajah masam Dianne.
Sepuluh ribu ringgit sebulan. Angka itu bermain di kepala Dianne. Ah, Dianne! Pantang ditawarkan duit pasti tergoda! Jika dia bersetuju, hidupnya memang akan senang lenang. Tetapi, lelaki itu adalah Tengku Isaac Mateen. Bagaimana kalau suatu hari nanti Isaac bosan dengannya lalu membuangnya seperti sampah seperti wanita-wanita sebelum ini?
Hidupnya bakal musnah! Sekarang inipun hidupnya di ambang kemusnahan. Argh, menyesal sungguh dia menggoda Isaac!
Kertas itu diambil lagi ingin meneruskan pembacaan. Kali ini dia membacanya dengan kuat agar Isaac ikut dengar sekali.
"Saya tidak boleh melawan atau membantah segala keputusan yang telah dibuat oleh Tuan Isaac."
"Saya tidak boleh menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki."
"Tengku Isaac berhak untuk tahu setiap apa yang saya lakukan dan dengan siapa saya berkawan."
Dianne mencebik. Dasar syarat berat sebelah.
"Saya berjanji akan melayan Tuan Isaac dengan sebaik dan selembutnya." Isaac mengangguk-anggukan kepalanya setuju dengan syarat itu.
Hakk puih! Hampir Dianne ingin mengoyakkan kertas itu. Macam budak-budak!
"Saya dilarang untuk melibatkan emosi dan perasaan dalam hubungan ini." Dianne berhenti seketika.
"Apa maksudnya ni?"
"No feelings involved. You sama sekali tak boleh jatuh cinta dengan I. Same goes to me. It's all professional. " jelas Isaac. Dianne mencebik. Syarat itu tak penting baginya.
"Saya tidak boleh berhubungan sama sekali dengan bekas sugar daddy sebelum ini."
Gulp. Dianne terkejut. Jadi, Isaac sudah tahu bahawa dia memang pernah jadi sugar baby sebelum ini? Patutlah lelaki itu selamba sahaja menawarkan perjanjian ini padanya. Isaac buat selidik tentang kehidupannya kah? Ah, lelaki ini memang licik!
Isaac senyum sinis memandang wajah Dianne yang serupa tertelan tahi cicak itu.
"Saya harus merahsiakan perjanjian ini daripada orang ramai demi menjaga imej Tuan Isaac." Geram pula Dianne baca. Pandai pula nak fikirkan soal imej diri.
Dan Dianne meneruskan membaca syarat-syarat yang lain. Ada yang lebih kurang sama dengan syarat yang sebelumnya cuma susunan perkataannya sedikit lain. Isaac ini reti buat ayat ataupun tak?
"Pihak Dianne Felora wajib mengikuti segala arahan dan syarat yang ditetapkan oleh Tengku Isaac Mateen. Pihak Dianne Felora akan dikenakan bayaran penalti sekiranya melanggar mana-mana perjanjian tersebut." Dianne semakin seram.
Dia memang pernah menjadi sugar baby sebelum ini, tetapi tiada seorangpun sugar daddy yang ada membuat perjanjian bertulis seperti ini. Terbuktilah bahawa Isaac memang bijak berbisnes. Lihatlah, hal remeh seperti inipun, ada hitam putihnya.
"Perjanjian ini cuma akan termeterai sekiranya pihak Dianne Felora bersedia menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tengku Isaac Mateen."
Dianne terus bangkit dari duduk. Kertas itu dihempas kasar di atas meja. Jadi inilah niat dan tujuan sebenar perjanjian inikan? Isaac mahukan tubuhnya! Apakah Isaac ingin balas dendam tentang apa yang jadi malam tadi? Pasti Isaac rasa egonya tercalar kerana dipermainkan oleh Dianne kemarin!
Argh, menyesal! Maknanya jika Dianne mahukan perjanjian ini tamat, dia harus menyerahkan kehormatan dirinya pada Isaac!
Dan perkara itu adalah mustahil!
"You melampau tahu tak?!" Marah Dianne. Dia berdiri dengan beraninya menghadap Isaac. Wajah Isaac hanya tenang. Dia sudah tahu wanita itu pasti akam mengamuk.
"Chill, Anne. Benda ini simple je. Kalau you dah tak mahu jadi sugar baby I, you need to have one night stand with me. Atas sukarela bukan paksaan."
Pang! Terteleng wajah Isaac ditampar kuat oleh Dianne. Dada Dianne turun dan naik menahan amarah manakala Isaac pula mengetapkan rahangnya menahan geram. Lidah Isaac menolak-nolak isi pipinya. Matanya tajam memanah Dianne yang juga tidak sama kalahnya.
Isaac menegakkan tubuhnya. Berdiri merapatkam lagi jarak antara mereka. Dianne masih berdiri disitu. Tidak mengaku kalah.
"This is gonna be the first and the last time you dare to raise your hand to me. Understand?" Nadanya rendah namun penuh tegas dan dominan.
"And this is my first and last warning to you, Tengku Isaac Mateen. I takkan sesekali cagar maruah dan kehormatan diri I untuk orang seperti you. Offer ni, you boleh bagi pada orang lain. But not me." Ucap Dianne tak kurang tegasnya.
"I leave you with no other choice, Anne! Be my sugar baby or I'll ruined your whole life." Kedua lengan Dianne dicengkamnya kuat sehingga berkerut wajah Dianne menahan sakitnya.
"Sakit Isaac, lepaslah!" Bentak Dianne meronta kuat dalam pegangan Isaac. Dada Isaac dipukul sekuat hati.
"Shut up, Anne!" Jerkah Isaac lalu menolak kasar tubuh kecil Dianne jatuh pada sofa dibelakang. Ini kali pertama Isaac meninggikan suaranya dan berlaku kasar pada Dianne. Sabarnya sudah cukup!
Rambut rapinya tadi diraup seraya bercekak pinggang membelakangi Dianne yang sedang menunduk itu. Mungkin takut, Isaac malas mahu ambil tahu. Nafasnya ditarik dalam bagi mengumpulkan sisa-sisa kesabaran dalam dirinya.
"You start this game, Anne. You goda I but then, you biarkan je I terkapai-kapai melawan nafsu I sendiri! You cabar ego I! Jadi jangan cuba nak salahkan I seorang kalau you pun sama melayan!" Marah Isaac namun nadanya tidak sekuat tadi.
"Sebelum ni, perempuan yang serahkan diri pada I. Bukannya I yang terhegeh mahukan mereka. But you! You berani mainkan I!"
Dianne mula menitiskan air mata. Ya, dia juga salah. Patutnya dari awal dia mengelak dari Isaac. Sepatutnya dia ikut cakap Laila! Dia tidak sangka godaannya akan membawa Isaac sejauh ini. Dia ingatkan lelaki itu akan membiarkan sahaja dirinya pergi memandangkan lelaki itu boleh dapatkan banyak lagi perempuan di luar sana.
"Betul you tak nak sign the agreement?" Soal Isaac berpaling menghadap Dianne kembali. Dianne angkat kepala. Mendongak memandang Isaac. Sempat dia mengusap air matanya, tidak mahu dilihat Isaac.
"Maknanya you tak kisah kalau hidup you after this hanya akan jumpa jalan mati."
Jalan mati? Dianne terkedu mendengarnya. Raut wajah Isaac sangat serius ketika menuturkan ayat itu.
˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚
Setibanya di apartmentnya, Dianne menghempaskan beg tangannya hingga terkeluar isi di dalamnya di atas lantai. Dia duduk di birai katil, menekupkan wajahnya dengan tapak tangan.
Otaknya menerawang jauh tentang ugutan Isaac dan bagaimana dengan penuh terpaksanya dia menandatangani perjanjian itu.
"Maknanya you tak kisah kalau hidup you after this hanya akan jumpa jalan mati. Soon you gonna be in your last sem, right? With one call, I can make you expelled from your study. Ingat pihak atasan akan terima ke kalau student mereka buat servis sugar baby? I ada semua bukti itu, Anne. And of course, I akan seret best friend you sekali dalam hal ni, Laila." Bicara Isaac penuh ugutan.
Dianne tersentap. Hatinya melonjak rasa marah dan ingin memberontak. Benar telahannya, lelaki itu sudah terlebih dahulu mengkaji latar hidupnya. Lelaki itu memegang senjata bahaya dan bila-bila masa saja lelaki itu bakal menarik picunya.
"You pelajar dekan every year, favourite student semua lecturer. Kawan-kawan you semua sanjung you sebab you bijak, gifted. Tapi apa akan jadi kalau dengan satu gambar, orang akan label you budak bermasalah, bukan lagi budak pandai. You tak rasa ke semua ni sia-sia?" Tuturnya jeda seketika apabila dia melabuhkan duduk atas meja kopi bertentangan dengan Dianne.
Wanita itu menunduk dari tadi. Dan dia juga tahu, Dianne menangis sedari itu. Dagu Dianne ditolak sedikit agar memandangnya.
"Dan you tak rasa ke pengorbanan ibu you selama ni semuanya tak bermakna?" Mata Dianne membulat memandang Isaac, tak percaya. Lelaki ini tahu kisah silamnya!
"Jangan berani sebut tentang ibu I!" Dianne tak mampu menahan getar di dada. Tangannya naik mencengkam kolar baju Isaac. Air matanya kian bercucuran jatuh.
"Fine. Cuma I nak ingatkan, kalau you tak ikut arahan I, hidup you akan berakhir seperti 14 tahun yang lalu. I know exactly how hard you fight to be where you are today. Dan I tahu kenapa you libatkan diri dalam gejala sugar baby ni, sebab you nak provide a better life for your mom. Tapi sayang, dia tak tahu mana datangnya duit itu semua."
"Cukup, Isaac.... enough." Dianne merayu.
Dia penat mendengar Isaac mengungkit kembali sejarah silamnya. Hatinya bagai berdarah kembali. Dia tidak mampu lagi menahan sedu-sedannya. Dahinya direhatkan pada dada lelaki itu sambil tangannya masih mencengkam kuat baju Isaac.
"Sign the agreement and I'll give you all the luxurious that you want." Arah Isaac.
Usai menurunkan tandatangan, dengan tak beriaknya, Isaac menghalaunya balik begitu sahaja. Bila ditanya mana beg tangannya, mulut lelaki itu ringan sahaja menjawab 'I tertendang masuk bawah katil'. Dengan hati yang sakit, terpaksa Dianne masuk ke dalam bilik tidur itu semula semata-mata untuk mengambil handbag nya.
Argh, benci! Dia benci Isaac Mateen!
Baiklah jika ini yang Isaac pinta! Dia akan goda lelaki itu hingga Isaac tergila-gila akan dirinya. Dia akan buat tidur malam lelaki jutawan itu tak lena, makan tak kenyang dan tidur tak basah. Biar dia dera batin Isaac hingga lelaki itu tersungkur di depannya.
Yang penting, akan dia kikis harta Isaac dan buat seperti akan hartanya sendiri! Biar muda-muda Isaac dah botak kepala!
Ting! IPhone yang jatuh di lantai itu diambil malas.
~ Always take my calls and reply to all my messages. Understood?
Mesej tak bernama itu di pandang geram. Siapa lagi kalau bukan dari Isaac? Tak usah dia tanya siapa pemilik nombor itu, dia yakin ia datang dari sugar daddy barunya. Ting!
~ Anne.
Dianne melepaskan keluh. Mahu tak mahu, jarinya menaip juga beberapa huruf di atas skrin telefon.
~ Ya.
Setelah itu, dia segera matikan telefon. Sempat dia menghantar pesanan pada Laila, memberitahu ingin berjumpa. Dia membaringkan badannya terlentang di atas katil. Dia mahu tidur. Biar dia merangkai mimpi indah sekejap.
tbc ۫ ꣑ৎ
Ps; jangan lupa, teruskan support novel ni. we have more chapters to go!
Share this novel