08

Romance Series 21627

Kereta Mercedes-Benz berwarna hitam yang dipandu laju oleh Isaac, kini mula mengurangkan kelajuannya. Kereta dipandu memasuki satu jalan sedang-sedang kecil. Usai memarkirkan kereta, Isaac menoleh kearah Dianne.

Wanita itu tertidur. Mungkin kerana tempoh perjalanan yang memakan masa lebih daripada dua jam atau mungkin Dianne letih setelah habis kelas tadi. Tali pinggang keledar Dianne dibuka perlahan-lahan.

Suara radio dikecilkan.

"Baby, bangun." Bahu Dianne digoyang sedikit.

"Anne, kita dah sampai." Ujarnya lagi. Kali ini tangannya bermain dengan rambut Dianne yang menutupi sedikit wajah cantik itu. Pipi Dianne diusap lembut namun wanita itu masih dalam lenanya.

Siku diletakkan diatas armrest kereta lalu tangannya menongkat dagu. Menatap dekat wajah Dianne dengan dalam. Ah, dia tidak pernah tahu bahawa menatap wajah Dianne dalam diam dan tanpa sebarang kata memberinya rasa tenang sebegini. Hatinya tidak dapat menafikan kecantikkan yang dimiliki Dianne.

Matanya tak salah memilih.

Idea nakalnya mula menjengah di ruang minda. Wajah Dianne ditiup manja. Adakalanya hidung mancung Dianne dicuit-cuit lembut. Perbuatan itu diulang berkali-kali sehingga dahi Dianne mula berkerut. Dianne membuka perlahan matanya dan perkara pertama yang menyapa iris matanya adalah wajah kacak Isaac.

Automatik kepalanya bergerak ke belakang dan Isaac juga dengan pantas memegang belakang kepala Dianne agar tidak terhantuk pada cermin kereta. Terkebil-kebil mata Dianne yang sedang mamai itu memandang Isaac.

''Kita sudah sampaikah? Kat mana ni?'' soal Dianne sambil menolak lembut tangan Isaac pada kepalanya. Dia membetulkan posisi duduknya.

''Cameron Highland. Jom.'' Balas Isaac ringkas seraya mematikan enjin kereta. Isaac membetulkan urat leher dan tangannya yang tegang kerana lama memandu. Sehingga bunyi seakan patah, barulah dia merasa lega.

Dianne menggeliat sepuasnya sebaik sahaja keluar daripada kereta. Fuh, penat juga tidur dalam kereta!

''Jauhnya you bawa I sekadar nak jalan-jalan? Nanti waktu balik mesti hari dah malam.'' risau Dianne. sekarang pun sudah pukul lima petang.

''Siapa kata kita akan balik malam ini juga?'' Isaac sengaja berteka-teki.

''Ingat tak I sudah janji nak bagi you reward habis exam haritu?'' Dianne angguk kepala.

''Inilah reward dia. Short vacation to release your stress. Kita akan stay sini selama dua malam. But before that, sorry sebab bawa you pergi holiday dekat je dan tak lama. Next time, I janji I akan cari masa yang sesuai untuk bawa you holiday overseas. You holiday puas-puas, okay?'' jelas Isaac yang sedang membuka bonet kereta itu. Dia mahu mengambil beg pakaiannya.

Sebaik sahaja Isaac berpusing dari bonet kereta dengan beg pakaian di tangan, dia dikejutkan dengan pelukan Dianne secara tiba-tiba. Erat wanita itu mendakapnya. Beg pakaian dijatuhkan ke bawah sebelum dia turut membalas pelukan itu.

''Thank you for the reward. I appreciate it.'' ucap Dianne ikhlas. Kepala didongakkan dan direhatkan pada dada Isaac. Pandangan mereka bersatu.

Kenapa Isaac baik dengannya? Isaac tahu bagaimana caranya untuk membuat dia gembira tanpa perlu Dianne meminta. Tadi Isaac hadiahkannya beg berjenama dan sekarang Isaac bawa dia pergi holiday.

Dia sukakannya dan dalam masa yang sama dia tidak boleh terus membiarkan diri terbiasa dengan layanan ini.

''Anything makes my baby happy.'' Isaac usap pipi lembut Dianne.

''Oh no!'' Dianne teringatkan sesuatu dan secara tidak langsung dia merungkaikan pelukan hangat itu. Isaac tarik dan hembus nafas dalam. Dianne ini cepat betul berubah mood. Dia baru sahaja ingin menikmati dakapan itu tadi. Bukan selalu boleh dapat!

''I takda bawa baju! Macam mana ni? Kenapa you tak cakap awal-awal? Bolehlah I packing baju lawa-lawa yang I baru beli minggu lepas!'' Bebel Dianne dengan wajah berkerut-kerut. Macam mana mahu OOTD kalau baju takda?

Isaac melepaskan keluh kecil. Ingatkan apalah tadi.

''Dekat sini ada banyak kedai yang jual baju, Anne. You pilih je, nanti I belikan. Jangan nak gelabah sangat.'' Ujar Isaac sambil kembali menjinjit beg pakaiannya.

''Betul, I boleh pilih apa-apa saja? Tak kisah mahal?'' Dianne sengaja bertanya. Mereka mula berjalan berdampingan di mana lengan Isaac dipeluk kemas oleh Dianne.

''Ya, sayang...'' jawab Isaac meleret.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Klak!

Pintu bilik mandi dibuka dan Dianne melangkah keluar dengan badan yang tersarung bathrobe sahaja. Tangannya mengelap rambut yang basah menggunakan tuala yang lebih kecil.

Ruangan bilik itu kosong. Kaki melangkah mencari keberadaan Isaac sehingga dia ternampak lelaki itu sedang berdiri di balkoni sambil melekapkan telefon di telinganya. Isaac tidak mengenakan baju dan hanya berseluar jeans, menyerlahkan badan berotot itu.

Maskulin dan hot!

Dianne melangkah mendekati Isaac dengan senyum yang meleret.

"Kau sudah dapat maklumat dia?"

"It's okay. Kau emailkan saja maklumat yang setakat ini kau sudah dapat. Nanti aku tengok."

"Teruskan cari lebih banyak info dia. Aku nak tahu semuanya."

Sayup-sayup suara itu menyapa gegendang telinganya. Siapa 'dia' yang dimaksudkan dalam perbualan? Wajah Isaac kelihatan tegang sahaja. Dianne angkat bahu, malas mahu ambil tahu.

Pasti tentang rakan bisnes lelaki itu.

Bahu Isaac terhinjut sedikit, terkejut apabila seseorang melekap rapat pada belakang badannya. Refleksi talian terus ditamatkan tanpa sempat memaklumkan apa-apa lagi.

Badannya dipusingkan menghadap Dianne dan telefon disimpan di dalam poket.

"Manja-manja ini nak apa?" Isaac melingkarkan tangannya memeluk pinggang Dianne. Automatik Dianne mengalihkan tangannya dan dibawa melingkari leher Isaac.

"Baju I mana? Kata nak beli." Dianne menjuihkan bibirnya. Mata Isaac membulat.

"Oh my god, I lupa!"

Dianne menjegilkan matanya memandang Isaac. Dia merungkaikan tangan Isaac di pinggangnya lalu membuka langkah masuk ke dalam bilik meninggalkan Isaac seorang di balkoni.

"Macam mana you boleh lupa? I baru je pesan tidak sampai satu jam pun, you dah tak ingat. Apa je yang you fikirkan dalam kepala itu? Otak itu penuh sangatkah sampai lupa apa I pesan."

Bebelan wanita itu sama rancak dengan langkah kakinya yang ke sana ke mari di dalam bilik. Suara itu kecil sahaja mengomel tetapi telinga Isaac cepat menangkap setiap satu perkataan. Berasap telinga Isaac apabila dibebel oleh Dianne dengan selambanya. Macam tengah dengar mamanya membebel. Serupa!

"Okay, stop the nagging. I pergi beli sekarang. Nanti I ambil gambar and send it to you. You pilih mana yang you berkenan." Isaac mengalah.

Malamnya tidak lena nanti jikalau Dianne terus mengomel. Lagipula memang salahnya. Dia terlupa. Segera baju t-shirt dipakai pada tubuh. Dompet diambil dan jam tangan dipasang.

"Kalau you sejuk sangat, you boleh pakai saja dulu baju I dalam beg itu. I pergi dulu." Usai berkata, pipi Dianne dicium pantas kemudian dia berlalu pergi.

"Okay, careful!" Pesan Dianne dengan nada agak kuat agar Isaac mendengarnya.

˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚ ˚ ༘ ⋆。˚ ✧ ˚ ༘ ⋆。˚

Pintu bilik dibuka perlahan dan ditutup cermat. Lampu bilik itu sudah dipadamkan dan cuma lampu tidur sahaja yang menyala. Beg plastik yang penuh di tangan di letakkan di atas meja.

Dianne sudah tidur. Dia terleka shopping pakaian untuk Dianne, tidak sedar jam sudah semakin hampir lewat malam. Leka dia memilih satu per satu baju untuk Dianne agar ianya betul-betul kena dengan selera wanita itu.

Kalau salah, nanti banyak pula kerja jadinya. Tidak mustahil Dianne akan menyuruhnya tukar pakaian itu semula di kedai dengan baju yang lain.

Baju dibadan dibuka lalu tuala tersedia diambil untuk mandi. Usai mandi, dia membaringkan tubuhnya di sisi Dianne. Wanita itu sungguh lena. Tidur pun cantik.

Itulah hal yang buatkan Isaac tertarik pada Dianne sejak kali pertama mereka bertemu.

Rupa paras yang menawan.

Personaliti yang menarik.

Ting! Bunyi mesej masuk membantutkan niat Isaac untuk tidur. Tangan yang baru sahaja ingin memeluk Dianne, dijatuhkan. Mesej dari Mike dibuka.

Selamat malam Tengku. Saya sudah emailkan pada Tengku.

Ringkas mesejnya dan Isaac terus faham. Badannya dibawa bersandar pada kepala katil. Jarinya laju menyentuh skrin telefon lalu email dari Mike ditekan.

Iris hitamnya membaca perkataan-perkataan yang tertera. Sadis, itu yang dia boleh katakan. Sehinggalah, matanya berhenti pada beberapa baris ayat. Tajam mata itu mengulang kembali apa yang dia baca sebentar tadi.

Mata tajam itu beralih memandang Dianne yang sedang tidur nyenyak di sampingnya. Lama pandangannya terhala pada Dianne sebelum kembali menatap skrin telefon.

Dia bangkit dari katil lalu menapak ke luar balkoni. Sempat dia menutup rapat pintu sliding itu, bimbang Dianne akan terjaga.

Telefon dilekapkan pada telinga. Tak sampai beberapa saat, talian telah disambungkan.

"Mike, aku nak kau siasat lagi benda ini dengan lebih dalam. Aku tak mahu ada satu pun perkara yang terlepas." Dingin suara Isaac. Tanpa menunggu balasan, panggilan terus dimatikan.

Besi penghadang itu digenggam kuat. Rahangnya bergerak-gerak. Sukar untuk dia cerna akan maklumat yang dia dapat tadi. Siapa yang harus dipersalahkan? Dan siapa yang harus bertanggungjawab?

Rokok diambil di atas meja lalu dia melangkah kembali ke luar balkoni. Asap rokok itu dihembus kuat sehingga berkepul-kepul di udara. Dia menyandar pada penghadang balkoni.

Pandangannya lurus menghala ke arah Dianne. Rokok dihisap lagi. Situasinya sekarang, mengingatkannya pada malam pertamanya bersama Dianne walaupun tiada apa yang terjadi antara mereka. Masih dia ingat bagaimana rasa sakit hatinya apabila dipermainkan oleh wanita itu dahulu.

Tetapi itu dahulu.

Mujur Isaac cepat memasang strategi agar wanita itu terus terikat dengannya.

Isaac menonyoh batang rokok pada bekasnya. Kaki dibawa menghampiri ke sisi Dianne. Bahu wanita itu dicium kejap kemudian dia turut membaringkan badannya dekat pada Dianne.

Dan tidak lama itu, Isaac juga ikut melangkah ke alam mimpi sama seperti Dianne.

tbc ۫ ꣑ৎ

Teaser next chapter :

"Nak mandi sama tak?"

"Don't tease me, Anne."

"I mandikan you, you mandikan I..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience