16

Romance Series 21627

(terima kasih kpd yg masih setia bersama saya. sayang korang)

Kalah dalam perdebatan, maka disinilah dia. Walhal penatnya belum habis selepas menjayakan karnival siang tadi namun dia terpaksa akur apabila Isaac memaksanya untuk menemani lelaki itu makan malam.

Walaupun kemenangan tak sepenuhnya milik Isaac memandangkan lelaki itu mengajaknya dinner di penthouse sahaja tetapi Dianne berkeras sekiranya mahu makan malam bersama, haruslah di luar. Bukan di rumah lelaki itu.

Kalau boleh dia mahu mengelak untuk berdua-duaan bersama Isaac. Lagipula, hatinya masih berbekas sakit dan dia belum lagi memaafkan Isaac sepenuhnya. Dia cuba mengeraskan hati agar tak mudah layu dengan pujukan Isaac.

Ianya agak sukar bagi Dianne kerana Isaac sangat pandai mengambil hati.

Dianne larikan pandangannya menikmati pemandangan sekitar situ. Angin bayu menghembus lembut meniupkan rambutnya yang panjang terurai. Dari tempat duduknya, dia dapat lihat dengan jelas senja jingga yang bakal berlabuh. Deruan ombak menghempas pantai memecahkan hening suasana.

Dianne menongkat dagunya. Matanya ralit mengekori burung yang sedang terbang selesa bersama kawan ingin pulang ke sarang. Dia cemburu dengan burung. Kerana bisa pergi kemanapun tanpa terikat dengan beban hidup. Mengepakkan sayap menari tinggi di atas langit sana.

Buat seketika, picisan memorinya menjengah ruang minda.

Tangan kirinya menggengam dua helai not berwarna biru manakala tangan kanannya menjinjing seplastik kecil terisi tin kosong yang sempat dia kutip ketika dalam perjalanan pulang tadi. Senyum lebar yang singgah di wajah menggambarkan isi hatinya yang sedang gembira.

Tadi dia baru sahaja jual tin kosong yang telah dikumpul selama seminggu pada Uncle Chee. Setelah ditimbang, Dianne cuma dapat 0.80 sen tetapi Uncle Chee dengan baik hati memberinya Rm2. Lelaki tua itu tidak sampai hati melihat anak kecil  itu bersusah payah mencari duit.

Bersama hati yang senang, Dianne pun pulang ke rumah. Dia ingin memberitahu kepada ibu bahawa dia dapat duit walaupun nilainya sedikit. Bolehlah ni, buat beli mee segera ataupun beli telur. Sekurang-kurangnya malam ini Dianne dan ibu tak tidur dalam perut yang kelaparan.

Baru sahaja kakinya menginjak di atas papan beranda, dia disambut dengan suara tengkingan yang saling sahut menyahut dari dalam rumah. Dianne kenal itu suara siapa.

Bahunya jatuh. Ibu dan ayah bergaduh lagi.

"Apa yang liat sangat kau ni nak dengar cakap suami?! Kalau kau jual diri kau, kita akan dapat banyak duit! Kau taknak duit ke?!" Tengking Hamdi sambil jari telunjuknya menolak-nolak kepala Mariam.

"Itu haram, abang! Saya tak sanggup, saya taknak! Saya lagi rela hidup susah macamni daripada jual diri pada orang asing di luar sana!" Suara Mariam tak kalah meninggi. Bergetar bibirnya menahan esakan daripada keluar. Air mata yang berjujuhan tidak dia usap.

Mentalnya lelah, fizikalnya penat apabila sering diasak dengan paksaan dari sang suami. Teganya si suami mendagangkan si isteri demi duit!

"Eh sial! Aku tak kesah kau nak ke taknak. Malam ni kawan aku nak datang sini, dia nak pakai kau! Kalau kau melawan, aku sepak muka kau!" Kata Hamdi tepat di telinga Mariam. Rambut panjang wanita itu sudah kusut masai dalam genggamannya.

Seketika, Hamdi menoleh ke arah pintu yang terbuka. Ada Dianne yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. Mata itu menikam tajam wajah si anak kecil yang sedang menyaksikan keganasan yang berlaku. Senyum sinisnya ditarik.

"Takpun, anak kau aku sepak. Kau nak ke?" Ugut Hamdi seraya menyentak rambut Mariam sekaligus mengoncang kepala si isteri.

Dengan lemah Mariam menggelengkan kepala. Matanya yang sembab memandang sayu sosok kecil si anak di hadapan pintu.

Seringai jahat semakin terukir di bibir Hamdi. Ugut guna anak baru jalan! Dia menegakkan badan sekaligus melepaskan cengkaman rambut Mariam. Langkah dibuka besar menghampiri Dianne yang masih berdiri kaku bersama mata yang bergetar ketakutan itu.

Duit di tangan Dianne dirampas lalu bibirnya dijuihkan apabila melihat nilai yang sedikit itu.

"Dua ringgit je kau dapat? Buat beli makanan anjing pun tak lepaslah!" Ejek Hamdi lalu duit itu dibuang di wajah Dianne.

Plastik yang berada di sebelah lagi tangan Diane pula dirampas. Dia mengangkat tinggi plastik itu sebelum digoncang lalu isi di dalamnya jatuh berdenting di atas papan usang itu. Tawa ejeknya tercetus.

"Kau jual tin dapat berapa sen je? Baik kau jual diri macam ibu kau, nak tak?" Hamdi duduk mencangkung menyamai ketinggian Dianne.

"Jangan ganggu anak aku Hamdi!" Jerit Mariam. Hamdi senyum senget.

"Kau ni serius sangatlah Yam. Aku gurau je!" Hamdi ketawa menampakkan baris gigi kekuning-kuningannya seakan itu adalah satu bahan jenaka.

"Anne, kau dah besar jangan ikut perangai tak guna ibu kau okay? Muka je cantik, tapi otak takleh pakai!" Pesan Hamdi sambil menepuk-nepuk pipi Dianne yang sedari tadi diam membisu. Hatinya sejak tadi berdoa agar cepatlah ayah berlalu pergi. Dia ingin mendakap erat tubuh lemah si ibu.

Hamdi kembali bangkit berdiri.

"Ayah pergi jumpa kawan dulu. Nak bagitahu diorang malam ini ibu kau ada buat kenduri." Tangan kasar itu mengusap rambut Dianne. Kemudian dia pergi bersama tawa besar seakan telah menang sesuatu.

Memori dipaksa berhenti di situ. Maafkan Anne, ibu. Anne masih belum jadi orang yang berguna.

Click!

"Beautiful,"

Mata yang dipejam tadi kembali dibuka setelah ada satu suara yang cukup dia kenal mengucapkan kata pujian. Bola matanya disapa dengan seraut wajah tampan sedang tersenyum sambil irisnya lekat menatap skrin telefon.

"You ambil gambar I? Delete cepat! I tak ready, mesti tak cantik." Ujar Dianne seraya tangannya cuba mengambil telefon dalam pegangan Isaac. Namun lelaki itu pantas menyimpannya dalam saku seluar.

"You selalu cantik, Anne." Puji Isaac tanpa segan silu. Dia tarik kerusi disebelah Dianne lalu melabuhkan punggung di situ.

"Kenapa duduk sini?" Soal Dianne. Hairan, kenapa Isaac tak duduk berhadapan dengannya.

Sosok tubuh yang berbalut baju kemeja putih dengan dua butang baju teratas terbuka bersama lengan baju yang dilipat separuh, hanya senyap tak berniat mahu menjawab soalannya.

"Damn, your pretty eyes almost raping me."

"Huh?"

Terjungkit senyum senget Isaac melihat wajah terpinga-pinga itu. Ingat dia tak tahu, sepasang mata cantik itu leka mengamati dirinya?

Tangan kiri wanita itu ditarik dekat padanya. Dianne yang masih belum hadam dengan ayat Isaac sebentar tadi semakin terpinga apabila lelaki itu tanpa sebarang bunyi mengambil tangannya.

Isaac membuka balutan tangannya dengan berhati-hati lalu mengoleskan krim putih di bahagian lebam itu. Kapan pula jejaka itu membawa ubat bersama? Dianne tak perasan.

Keduanya hanya diam. Dianne yang selesa memerhati serta Isaac yang fokus mengubati. Adakalanya lelaki itu meniup perlahan lebamnya. Perilaku Isaac lembut sahaja seolah enggan menyakiti tangan Dianne.

"You termenung fikirkan apa tadi?" Isaac bertanya. Bukannya dia tak nampak kolam mata Dianne sedikit bergenang disaat wanita itu membuka mata tadi. Cuma tak sempat menitis di pipi saja.

Dianne tarik nafas dan hembus. Air mukanya berubah mendung.

"You tahu tentang masa silam I kan? I cuma teringatkan soal itu." Ringkas Dianne menjawab. Bila difikirkan kembali, Dianne tak pasti setakat mana Isaac tahu tentang kehidupannya masa kecil.

Isaac angkat muka mencari seraut wajah Dianne.

"I cuma tahu hidup you dulu tak mudah. Ayah you meninggal dan ibu you masuk rumah sakit jiwa." Hanya itu yang Isaac terangkan sebelum kembali mengoleskan lagi krim di tangan Dianne.

Jeda.

"Ayah I jahat."

Sebaris ayat itu mencuri perhatian Isaac. Dia mengangkat wajah memandang tepat ke dalam anak mata Dianne yang tampak sayu. Jarang sekali dia melihat emosi ini ditunjukkan oleh wanita itu.

Badannya dihadapkan sepenuhnya pada Dianne. Pergelangan tangan Dianne yang sedari tadi dipegang, diusap lembut dengan ibu jarinya. Tumpuannya diberikan kepada Dianne, mengandaikan bahawa wanita itu ingin berkongsi cerita padanya.

"Ayah jual ibu I dekat tauke kelab malam. Sejak daripada tu, I jarang sekali dapat jumpa ibu. Kalau rindu sangat, I akan curi-curi ikut ayah, jalan kaki hingga I sampai kat kelab malam tu. Kadang-kadang I tak berani sebab I akan kena pukul kalau kantoi oleh ayah,

Setahun lepas itu, ayah meninggal. Overdose dadah. Sejak itulah, I mula jadi sebatang kara. I desak ibu keluar daripada tempat tu tapi tak boleh. Diorang semua kawal ketat pergerakan ibu sampaikan mereka mula larang I jumpa dengan ibu."

Dianne jeda seketika, kepalanya menunduk. Tanpa sedar badannya juga sudah menghadap sepenuhnya ke arah Isaac. Usapan lembut lelaki itu di tangannya, memberikan sedikit kekuatan.

"Waktu tu Tuhan datangkan orang baik kepada I iaitu keluarga Laila. Diorang bagi I tinggal sama-sama, jaga makan pakai I, bagi I pendidikan. I bersyukur sangat-sangat kenal diorang.

Until one day, papa Laila bagitahu ibu I kemalangan. Saat tu I terfikir, memang takdir hidup I begitukah? Tak bahagia macam mana Laila bahagia dengan family dia."

Sayu nadanya meluah. Dia mengemam bibir yang sedikit bergetar. Tolonglah, dia tak mahu menangis.

"Ibu I koma 6 bulan. Sedar daripada koma, ibu I jadi tak betul dan doktor sahkan ibu ada sakit mental. Dan sampai sekarang, I masih tak dapat tahu siapa yang langgar ibu. Orang tu terus lari, polis pun tak dapat cari. Dia punca ibu I gila."

Badan Isaac mengeras serentak dengan usapan di tangan Dianne, juga terhenti.

Dianne halakan pandangannya tepat ke arah Isaac. Dahinya berkerut melihat perubahan reaksi Isaac. Rahang lelaki itu bergerak-gerak. Ceritanya menganggu Isaac kah?

Silap Dianne. Dia sepatutnya bertanya dahulu sama ada Isaac selesakah mendengar cerita darinya.

"Isaac, I'm sor-"

"Is it still hurt? You kena letak ubat selalu biar cepat sembuh." Cantas Isaac sambil membalut semula pergelangan tangan Dianne menggunakan pembalut yang baru. Perbuatan lelaki itu sedikit tergesa-gesa dari sudut pandangan Dianne.

"I nak pergi tandas dulu. You just stay here, okay?" Ujar Isaac lalu segera bangkit berdiri dan ingin berpaling.

Splash!

"I'm so sorry sir!"

Isaac mendengus menahan rasa marah. Masa-masa beginilah ada orang nak langgar! Bajunya yang basah terkena air manis itu dikibas sedikit agar tak melekat pada tubuh.

Dianne juga ikut berdiri melihat situasi itu. Dia menjawab bagi pihak Isaac dengan mengatakan tidak apa-apa kepada pelancong asing berkenaan. Lebih baik dia yang menyahut daripada Isaac keluarkan ayat kasarnya.

"You ada bawa baju spare tak?" Tanya Dianne. Isaac hanya mengangguk.

"Bagi I kunci kereta you, I tolong ambilkan. You pergilah ke tandas dulu. Nanti I datang." Dianne menawarkan diri untuk membantu.

"Careful," pesan Isaac seraya menyerahkan kunci keretanya kepada Dianne kemudian dia menapak pergi mencari tandas.

Tak mahu berlengah, Dianne turut pergi ke parking kereta. Pintu kereta belakang dibuka untuk mencari baju ganti buat Isaac. Sayangnya tiada. Dia beralih pula ke arah bonet kereta.

Tawa Dianne terlepas dari bibir apabila terpandangkan plastik hitam di dalam bonet kereta itu. Oh jadi baju ganti yang Isaac maksudkan adalah hoodie yang Dianne jual namun dibeli semula dengan harga Rm50 itu!

Plastik itu segera dia ambil namun jarinya tanpa sengaja tertarik sekali sehelai baju lain yang berlipat di bawah plastik berkenaan. Baru Dianne perasan ada baju lain disitu.

Baju itu diambil dan diangkat paras dadanya, ingin melipat semula dengan kemas.

Deg.

Jantung Dianne seakan berhenti berdegup. Matanya terpaku pada sehelai baju di tangannya. Rekaan jaket hitam ini seperti pernah dia lihat.

Jaket ini...

Bola matanya dilarikan kembali ke arah bonet kereta. Tepi jaket itu tadi ada topi hitam. Topi itu turut Dianne ambil dan dia dikejutkan dengan kehadiran pelitup muka pula di bawah topi itu.

Terlepas topi dan jaket dari genggaman tatkala otaknya mula mengingat. Dengan langkah yang laju, dia bergerak ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan. Tote bag nya diselongkar pantas lalu sampul surat yang dia dapat siang tadi dibuka.

Isinya sama seperti sampul yang pertama kali dia dapat. Ada gambar seorang lelaki berpakaian yang sama sedang berjalan dalam rumah sakit jiwa tempat ibunya ditempatkan. Dan turut diselitkan sekeping gambar pintu yang bernombor 2A1, iaitu bilik ibunya.

"Kenapa...?" Suara itu lemah berbisik pada sendiri.

Tangannya menekup di mulut. Bola matanya bergerak-gerak memandang gambar-gambar berkenaan. Tubir matanya mula memanas dan dadanya terasa sesak.

Dengan tangan yang bergetar, hatinya tergerak untuk membelek belakang gambar itu.

'Stay away from him. It's all lies, darling.'

Titisan air mata jatuh meluncur di pipi. Detak jantungnya semakin kuat memalu, otaknya penuh dengan pelbagai andaian.

Apa maksud semua ini?

tbc ۫ ꣑ৎ

P/s ; korang rasa siapa?

( komen okay ♡)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience