PELUANG KEDUA

Romance Series 1974

Aku sedang mempersiapkan diri untuk discharge keluar dari hospital. Mama dan papa sudah sampai ke wad aku ditahan. Selama aku ditahan di hospital ni, aku mendapat banyak pengajaran dan pengalaman. Inilah sumbangan subjek sains. Selama ini, aku hanya fikir kalau dunia ni hanyalah suatu kiraan dari segi jam, umur, bahkan apa yang terjadi di sekeliling kita juga ada kiraannya tersendiri seperti kiraan daya dan kekuatan. Tetapi, tidak semua memakai kaedah matematik.

Teguran mama mematikan lamunanku.

"Sayang, termenung apa tu? Jomlah, abang Nazir kamu dah tunggu kat bawah tu."

Mama memegang bahuku dengan lembut dan kami berdua berjalan beriringan. Papa mengikut kami dari belakang.

*** RUMAH JOSHUA ***

*Bahasa Cina dalam terjemahan Melayu*

"Apa kamu dah buat ni, Joshua?" nada yang tegas dari Chou Juo Fang atau lebih dikenali Joseph, papa Joshua.

"Pa, saya tidak sengaja. Saya cuma nak hilangkan rasa marah saya kat Leana tu. Dia anggap remeh perasaan Joshua terhadap sepupu nya tu." kata Joshua mempertahankan diri.

"Joshua, mama dan papa tak hantar kamu ke sekolah untuk bercinta atau nak kejar perempuan. Apa lagi nak pukul perempuan. Mama malu nak berhadapan dengan orang tua Leana." kata Chia Jia Hua atau lebih dikenali Jessica, mama Joshua.

"Tapi ma, Joshua tak sakiti dia pun. Joshua cuma nak....."

PANG!!!! Tamparan sang ayah pada anak lelaki yang berdentum di gegendang telinga Joshua. Joshua hanya terdiam.

"Tidak sakiti? Kalau betul Joshua tak sakiti Leana, kenapa Leana boleh masuk hospital? Kenapa sampai polis nak masukkan kamu ke dalam lokap? Nasib baik Leana tu tarik balik dakwaannya. Kalau tak, meringkuk la Joshua dalam penjara. Sekalipun papa ada banyak kenalan, yang salah tetap SALAH!!! Hukuman tetap hukuman. Sekarang ni, papa nak Joshua buat official apology kepada keluarga Leana. Kalau tak, papa sendiri yang akan heret kamu ke balai polis. Papa tak menyesal sekalipun kamu anak kandung papa." kata Joseph.

Adik kembar Joshua hanya mengintai dari celah pintu bilik mereka yang terbuka.

*** RUMAH KELUARGA SULLAE ***

Ruang tamu dipenuhi oleh empat beradik dalam rumah ni. Hari ni, abang-abang aku tak kerja semata-mata nak jaga aku. Mama pula macam biasa, di rumah mak Ajib. Papa pula kerja OT. Abang Nariz pula kebetulan cuti semester. Kalau nak jaga aku, abang Nariz yang tak kerja tu pun boleh je jaga. Tapi, abang Nazri dan abang Nazir kata mereka tak sedap hati kalau nak biarkan abang Nariz seorang je yang jaga aku. Takut nanti abang Nariz tak pandai tukar balutan luka kat kepala aku ni.

"Adik yakin ke dengan keputusan adik nak tarik balik dakwaan terhadap budak tak guna tu?" soal abang Nazir yang mematikan lamunanku dan menarik perhatian abang Nazri dan abang Nariz.

Aku membetulkan kedudukanku menghadap abang Nazir sambil melipat kaki kananku masuk. Di sebelah kiriku pula ada abang Nazri, dan di sebelah abang Nazir pula ada abang Nariz. Mulalah mereka merenung aku macam aku ni suspek yang nak disoal siasat.

"Abang, semua orang layak mendapat peluang kedua. Jadi tak salah kan kalau Joshua pun diberi peluang kedua. Lagipun salah Ana juga. Sebab Ana anggap remeh tentang usahanya nak pikat kak Rihana. Dan pasal kejadian tu, lupakan je lah." aku berkata dengan selamba.

"Lupakan adik cakap? Adik hampir mati tau dikerjakan budak tak guna tu. Takkan adik nak biarkan?" kata abang Nazri tidak berpuas hati.

"Abang, lebih baik kita mengasihi musuh kita daripada memerangi. Sebab kalau kita asyik perang je musuh kita, sampai bila nak habis? Sampai bila nak aman? Jadi, lebih baik kita mengalah kalau tak nak hal ni berpanjangan. Takut pula silap hari bulan nanti, Joshua ambil tindakan yang lebih teruk. Tak pasal-pasal orang-orang kesayangan Ana jadi sasaran." aku menitikkan keputusanku.

"Mmm. Yelah kalau adik yang nak begitu. Apa yang penting, adik selamat dan sihat. Abang dah informkan sekolah macam yang adik nak. Abang dah buat surat rayuan untuk tidak membuang Joshua dari sekolah tu. Keputusan semua terletak di tangan pengetua sekolah. Sama ada Joshua bertahan di sekolah tu, lebih baik dia jauhkan diri dia dari adik kalau dia tak nak mati. Tapi kalau dia tetap kena buang juga, dia kena terima hakikat yang dia pilih jalan gelap untuk teruskan hidup dia." jelas abang Nariz panjang lebar.

"Abang... Tak baik tau cakap macam tu. Sekalipun Joshua dibuang sekolah, kan banyak lagi sekolah swasta kat luar sana yang masih boleh terima dia. Tak semestinya dibuang sekolah tu, gelap masa depan." kataku dengan lembut.

"Adik ni kan, makin lama duduk hospital, makin lembut hati adik ya. Baiklah puteri hati, abang naik dulu ya. Nak mandi. Kalau nak dengar adik cakap lembut pasal budak tu, meluat abang dibuatnya." kata abang Nazir.

Abang Nazri dan abang Nazir meninggalkan aku di ruang tamu. Sebelum mereka berdua mengangkat punggung, sempat mereka berdua menarik hidungku dengan kedua jari mereka, dan mencubit kedua-dua belah pipiku. Habis hidung aku dah jadi merah. Aku hanya mengerutkan muka merungut sakit dengan manja lalu memuncungkan bibirku. Hai.... nasib aku la dapat abang-abang bertuah macam ni. Nasib baik abang-abang aku ni aku sayang.

Rumah kami didatangi oleh keluarga Joshua. Sebelum ni, mama dan papa Joshua dah jumpa mama dan papa aku untuk selesaikan masalah ni dengan cara baik. Tapi mama cakap keputusan di tangan aku. Jadi, aku tarik balik lah dakwaan tu sebab kesian kat Joshua.

Aku membancuh teh hijau susu untuk melayan tetamu hari ni. Abang Nariz duduk di ruang tamu sambil melayan kedua orang tua Joshua dengan baik. Sekalipun anak mereka yang bersalah, prinsip kami dalam keluarga ni, orang yang lebih tua harus dihormati. Aku mengintai dari dapur dan melihat Joshua yang hanya tertunduk di hadapan abang Nariz. Terjentik rasa kasihan aku kat dia. Aku tau, dia tak sengaja sebab terlalu ikutkan perasaan. Dalam mereka sibuk berbual, kak Rihana tiba-tiba datang. Joshua tidak berani mengangkat muka untuk memandang kak Rihana walaupun muka kak Rihana lah yang dia nak tatap selalu. Riak wajah kak Rihana jelas menunjukkan yang dia marah kat Joshua sebab sebarkan berita palsu yang dia dan kak Rihana sedang hangat bercinta. Mana tak nya, baru je kak Rihana nak buka phone, beribu mesej masuk bertanya tentang hal tu. Belum sempat kak Rihana buka mulut, aku keluar dari dapur lalu meletakkan teh hijau susu yang sudah aku bancuh di atas meja ruang tamu lalu menarik kak Rihana masuk ke dapur. Kalau tak, habislah berdrama jerit menjerit kat ruang tamu aku ni.

"Eh, Ana. Kenapa ni tarik-tarik akak. Lepaslah, akak nak hajar budak tu. Belum habis sekolah dah buat hal. Budak ni gila ka apa?" kata kak Rihana sebaik sahaja kami tiba di dapur.

"Kak, kalau ya pun nak buat drama kat situ, tengok keadaanlah. Kan orang tua Joshua ada kat situ. Tak malu ke kak nak buat scandal depan diorang?" kataku sambil menahan tangan kak Rihana.

"Ya tak iya juga. Tapi akak tak puas hati la dengan budak tu. Akak ni sama sekali tak hingin dengan budak tu, budak tu pula pandai-pandai buat cerita yang kami berdua ni tengah hangat bercinta. Tak pasal-pasal boyfriend akak ni nak tanggung malu tau. Dah lah kat kolej tu, akak jadi famous sebab tengah bercinta dengan Steven, dia pula pandai-pandai nak sebar berita palsu tu."

"Kak, bagilah diorang settle masalah tu dulu baru akak nak marah-marah kat Joshua tu."

*** RUANG TAMU ***

"Uncle, aunty, macam ni. Memandangkan kesalahan anak uncle ni berat, dan Ana tak mahu anak uncle dimasukkan ke dalam lokap, saya rasa baik kita selesaikan dengan cara yang baik. Dan lepas tu, kita tak payah lah nak ungkit perkara ni semua." kata abang Nariz.

"Uncle tahu. Sebab tu uncle datang sini nak selesaikan dengan cara yang baik. Uncle nak Joshua ni minta maaf dengan Leana. Bila Leana dah maafkan, barulah uncle rasa lega." kata Joseph, papa Joshua.

"Aunty pun rasa macam tu juga. Walaupun Joshua telah dibuang sekolah, kami tak menyalahkan sesiapa selain diri kami sebagai orang tua. Sebab kami yang besarkan Joshua." kata Jessica dengan rendah diri.

"Uncle, Aunty, macam ni. Sebenarnya, Ana dah minta saya untuk buat surat rayuan supaya anak uncle dan aunty tak kena buang sekolah. Ana cakap, ini pun salah dia juga sebab remehkan perasaan Joshua. Jadi Ana rasa, dia berhak diberi peluang kedua." jelas abang Nariz yang membuatkan Joshua mengangkat kepalanya.

Dia melihat sekeliling lalu mendapatkan kelibatku di sebalik langsir dapur. Lantas dia berlari mendapatkan aku lalu berlutut di hadapanku sambil meletakkan tangannya di atas pehanya. Abang Nariz terkejut melihat tindakan Joshua.

"Leana, aku minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Aku tau aku dah buat silap besar kat kau. Walaupun besar salah aku kat kau, kau masih lagi nak beri aku peluanh kedua dan selamatkan masa depan aku dalam pendidikan ni. Sebab tu aku datang sini nak minta maaf kat kau dengan cara yang baik. Sudi tak kau maafkan aku?"

Joshua berlutut sambil berlinangan air mata menanti jawapan dari aku.

"Errmm, Joshua, yang lalu tu biarkanlah berlalu. Kau cuma terlalu ikutkan perasaan je time tu. Aku pun salah juga sebab anggap remeh pasal perasaan kau kat kak Rihana. Dah lah. Yang pasal sekolah tu, keputusan ada di tangan pengetua. Apapun keputusan dia, kau kena terima dengan hati yang terbuka. Dah, kosong-kosong, okey?" dengan wajah riang aku cuba memujuk Joshua untuk tidak merasa serba salah.

Joshua hanya tersenyum dan menganggukkan kepala. Masalah Joshua dan family dia dah selesai.

Malam melabuhkan tirainya dan akupun selesai mencatat semua yang terjadi hari ni dalam diari aku. Semua yang berlaku dan isi hatiku sudah tercatat dalam diari ni. Aku menghembus nafas lega mengenang peristiwa hari ni. Papa Joshua memang orang yang tegas. Dia tidak selindungkan masalah yang dilakukan oleh anaknya, tetapi dia mengajar anaknya untuk menyelesaikan masalah, bukannya lari. Itu adalah ciri seorang ayah yang aku pelajari dari uncle Joseph.

Mata aku semakin berat, namun sempat lagi aku berchat dengan Ajib untuk berkongsi peristiwa tadi. Ajib selalu mendengar keluhan ku walaupun dia sibuk. Akhirnya, aku terlelap jua dengan lena. Bermimpi akan keindahan pelangi dan awan putih menjadi peraduan ku di kala aku sedang nyenyak tidur. Namun hakikatnya, aku masih di atas bumi yang nyata, dan berbaring di atas katil di bilik tidurku yang terletak di tingkat dua dan paling hujung dari bilik abang-abangku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience