Persetujuan, Pertunangan

Romance Series 1974

Dua gelas cappuccino menjadi santapan kedua wanita di sebuah cafe sambil rancak bercerita dan bergelak ketawa menceritakan cerita masing-masing.

"Eh, Milah. Macam mana dengan Ana?" soal Yunita penuh teruja.

"Kak Yun, aku ni sebenarnya ada benda yang luar biasa nak kongsi dengan kakak." kata mama penuh teruja.

"Apa dia, Milah?" saspen Yunita.

"Rupanya, Ana sukakan Ajib."

"Hah? Sungguh tak disangka mereka sukakan satu sama lain."

"Satu sama lain? Maksud akak?" soal mama kehairanan.

"Milah, aku nak tunangkan Ajib dengan Ana sebab aku tau, Ajib sukakan Ana. Cuma Ajib ni susah nak ungkapkan perasaannya." terang Yunita.

"Tapi kan kak, tak terlalu awal ka mereka ni nak disatukan? Ana baru nak masuk tingkatan lima tahun depan. Ni pula, tingkatan empat belum habis lagi. Masih pertengahan tahun ni kak." soal mama.

"Milah, kita cuma mengikat. Bukan menyatukan. Bila sampai masa Ana habis sekolah menengah nanti, kita satukanlah." jelas Yunita yang mengukir senyuman gembira mama.

Nak sangat mama dan mak Ajib, puan Yunita, ni saling berbesan. Memanglah, sebab papa dan ayah Ajib tu sahabat sejak darjah sampailah sekolah menengah. Tapi, terpisah sejak masuk universiti. Bila jumpa kembali, masing-masing dah berumah tangga. Yang lebih ajaibnya lagi, tarikh lahir abang Nazir sama dengan kakak Ajib, tahun je yang berbeza.

*** ENAM BULAN KEMUDIAN ***

Aku selamat ditunangkan dengan Ajib. Abang Nazir pula, juga selamat ditunangkan tiga bulan sebelum aku dan Ajib bertunang. Sekarang, kami empat beradik dalam status TUNANG ORANG. Abang Nazri dah ada khabar tentang perkahwinan mereka. Dalam enam bulan akan datang, mereka akan membuat persiapan untuk majlis pernikahan mereka. Maksudnya, tahun depan la mereka disatukan. Abang Nariz pula, dalam setahun lah agaknya tu. Tunggu setahun selepas abang Nazri nikah, barulah abang Nariz pula yang naik pelamin.

Walaupun aku ni dah jadi tunang Ajib, tapi kita orang masih je macam orang asing. Kalau jumpa, tak tegur. Tapi bukan sebab masih tak kenal hati budi masing-masing, tapi sebab nak elak jadi bahan gosip. Tak banyak yang tahu tentang status aku dengan Ajib. Mama dan mak Ajib dah bagi amaran awal-awal kat macik-macik bawang sekalian untuk tidak sebarkan hal kami. Majlis pertunangan kami buat secara kecil-kecilan je di rumah aku. Hanya keluarga Ajib sahaja yang memenuhi ruang rumah masa hari pertunangan. Tak terlupa, kak Ria dan kak Rihana pun ada sekali menyolek dan menyaksikan aku jadi tunang orang.

Aku membuka langkah menapak masuk ke dalam sekolah. Hari pertama aku ke sekolah selepas cuti sekolah hujung tahun. Hari ni merupakan hari kedua di tahun yang baru, hari pertama aku masuk sekolah, hari kedua puluh tujuh aku jadi tunang Ajib, dan tahun terakhir aku menjadi pelajar sekolah menengah.

"Ana! Tengah hari nanti, Ajib yang ambil tau." jerit abang Nariz dari dalam kereta.

Hari ni, abang Nazri tak hantar aku sebab dia ada meeting awal pagi. Sebab tu lah abang Nariz yang hantar guna kereta Vios dia tu.

........................

Waktu sekolah dah tamat. Ajib dah awal-awal menunggu aku kat depan pagar sekolah. Dia duduk dalam kereta je sebab takut orang lain cam dia. Aku dan Ajib bekas satu sekolah. Kelas tingkatan lima dia dulu, sekarang dah jadi kelas aku. Kawan baik dia pula, Roslan, dah pindah ke negeri lain untuk sambung belajar. Ajib pula, dah terima tawaran sambung belajar kat universiti yang berprestij tinggi. Tinggal tunggu panggilan je.

Aku masuk ke dalam kereta lalu menempatkan diriku kat tempat duduk belakang. Walaupun dah bertunang, tapi batas masih kena jaga. Sebab, tunang hanya mengikat, hukum halal haram masih berlaku. Dan aku tahu, Ajib faham akan hal tu.

"Macam mana sekolah hari ni, wak? Best tak masuk form five?" soal Ajib sambil melihat aku dari cermin bahagian depan.

"Okey je, wak. Tak lah teruk sangat. Cuma, sains ni still kena push untuk dapat gred lebih baik. Susah lah kalau otak ni suka kat Maths je. Subjek lain dia tak suka." jawab aku selamba.

Ajib hanya tersenyum sambil memandu. Tanpa aku sedar, aku terlelap di tempat duduk belakang. Kereta Bezza mak dia hanya meluncur laju sambil aku dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience