"Selamat pagi aunty."
Sabariah Anak Yazir, yang aku kenal, Kak Ria, tunang abang Nazri dan satu-satunya wanita yang sudah memikat hati abang Nazri. Kak Ria ni orangnya yang peramah dan manis adabnya. Nak ceritakan dari awal pertemuan abang Nazri dengan kak Ria, memang panjang. Awalnya, kak Ria dan abang Nazri hanyalah pelajar dan tutor masa di universiti dulu. Abang Nazri jumpa kak Ria masa group study kak Ria nak cari tutor untuk study group diorang. Masa tu, kak Ria baru mula semester kat universiti tu, abang Nazri pula dah nak tamat semester akhir dan masing-masing memendam perasaan. Abang Nazri ni susah nak ada perempuan bertahta dalam hatinya. Hanya mama dan aku yang selalu jadi ratu dan puteri hatinya. Tapi, sejak adanya kak Ria, aku dah turun ranking lah jawapannya. Dari kedua ke ketiga. Mama je yang masih nombor satu. Semasa abang tamat semester akhir, abang menulis sesuatu pada nota lekat kak Ria sebelum dia meninggalkan universiti tu secara rasmi. Nota tersebut tertulis lamaran abang Nazri dan hal itu membuatkan kak Ria happy bagai nak gila. Seminggu kemudian, keluarga kita orang masuk meminang kak Ria. Syukur.... Kedua-dua pihak setuju. Selepas lima bulan persiapan, barulah majlis pertunangan diadakan. Masa tu, abang dah mula menjadi pekerja tetap sebagai Interior Designer di sebuah syarikat besar. Pendek cerita, abang Nazri dan kak Ria tak bercinta, tetapi terus pasang niat nak ikut cara yang benar, untuk menghalalkan hubungan mereka.
"Selamat pagi nak. Eh, apa panggil aunty. Panggilah mama. Tak lama lagi nak jadi sebahagian family ni kan.
Part yang paling lucu, rumah kami jadi tumpuan macik-macik bawang di halaman rumah.
"Eh, korang tengok si Milah tu. Happy la tu dapat menantu pertama." kata mak Ton, orang belakang rumah kami.
"Ton... Dah sampai rezeki Milah la tu nak ada menantu." kata mak Teh, orang yang tinggal di atas rumah mak Ton.
Aku hanya memandang dari dalam sambil ketawa kecil. Geli hati aku nampak dua makcik gedempol ni membawang kat depan rumah aku. Haha! Ok, berbalik kepada ketibaan kak Ria.
"Eh, boleh ke kalau saya panggil aunty mama? Agak kekok pula Ria rasa." kata kak Ria sambil menggeser kedua telapak tangannya.
"Kenapa pula nak kekok? Nanti bila dah kahwin, mama Nazri ni pun mama Ria juga." kata mama.
Abang Nazri yang duduk silang kaki sambil mengedangkan tangan di belakang kak Ria hanya tersenyum malu bila dengar perkataan kahwin keluar dari mulut mama.
"Ok, mama dah cakap semalam kan yang mama ada pengumuman? Ok, kalau macam tu, Ana jangan terkejut ye."
Aku mengerutkan dahi tanda kehairanan dengan soalan mama. Abang-abang Naz aku pun terpinga-pinga tengok mama.
"Eh, kejap ma. Kenapa pula dengan Ana?" soal abang Nazir.
"Ish... Dengar la dulu apa mama nak cakap ni. Macam ni.... Mama nak tunangkan Ana dengan...."
What?! Mata aku dah nak terkeluar dah ni dengar perkataan tunang yang keluar dari mulut mama. Belum habis mama lengkapkan ayatnya, aku dah berdiri membantah.
"Ma... No! Kenapa mama tak bincang hal ni dengan Ana dulu?" aku membuka langkah menapak laju masuk ke dalam bilik.
"Ana!" jerit abang Nazri dengan tegas.
Aku duduk di birai katil lalu menangis. Aku nangis bukan sebab pengumuman mama. Tapi sebab aku dah tinggi suara dengan mama dan tak bagi mama peluang untuk habiskan ayatnya. Aku tak nak ditunangkan dengan orang lain. Apalagi umur aku yang masih sangat muda. Dalam hati aku ni hanya ada..... Ajib....
Ya.... Ajib. Aku tak berani nak kata cinta terhadap Ajib kerana aku tahu usia aku masih sangat muda dan belum pasti apakah dialah yang sudah tersedia untukku. Memang awalnya aku rasa dia seorang yang psiko sebab selalu renung aku dalam diam. Tetapi perlahan-lahan mengenal dia, aku mula menaruh perasaan terhadapnya.
Mama masuk ke dalam bilikku lalu menepuk lembut belakangku.
"Sayang, mama tau kamu tak bersedia. Tapi mama janji, orang yang mama pilih untuk kamu bukan orang yang akan hancurkan masa depan dan kebahagiaan kamu." tutur mama lembut.
"Ma... Bukannya Ana tak sedia, tetapi dalam hati Ana ni, dah ada orang yang punya." dengan jujur aku ungkapkan kepada mama.
Mama mengerutkan dahinya.
"Siapa?" spontan mama mengeluarkan perkataan tu.
Tak pernah-pernahnya aku ceritakan isi hatiku pada mama dan mama tak pernah nak ambil tahu pasal privasi aku sebab mama tahu apa yang patut aku simpan dan apa yang tak patut aku simpan.
"A... Jib..." terketar-ketar bibir aku menyebut nama Ajib.
Nama Ajib menguntum senyuman manis mama. Reaksi mama seperti baru meneka isi hatiku dengan betul.
Share this novel