PERTENGAHAN TAHUN

Romance Series 1974

Cikgu Salbiah ni lama sangat tenung kereta Bezza mak Ajib tu. Apa hal? Takkanlah cikgu tahu kalau Ajib yang bawa kereta tu? Asyik terhendap-hendap je kat kereta tu. Atau cikgu curiga pasal aku selalu turun naik kereta tu? Tapi bukannya setiap hari Ajib ambil aku. Bila abang-abang aku sibuk je baru dia ambil aku. Lagipun, Ajib sambung kolej sambil menunggu panggilan masuk universiti. Jadi, dia ada banyak masa nak bazir untuk ambil aku kat sekolah.

Cikgu Salbiah berjalan ke arah aku sambil kaca matanya diturunkan sedikit dan melihat aku di atas kaca matanya.

"Haa, Leana, kamu tunggu siapa? Dari tadi cikgu perasan yang kamu dok sibuk juga perhatikan cikgu." tegur cikgu Salbiah selepas sahaja dia berhenti di hadapanku.

"Cikgu, saya tunggu abang saya cikgu." aku tersenyum kambing.

"Bukannya tu kereta Bezza yang selalu ambil kamu ke kalau abang kamu tak da." soal cikgu Salbiah.

Cikgu ni biar betul. Kereta abang-abang aku pun dia tau?

"Eh, cikgu tau ke kereta abang-abang saya?" aku mengerutkan dahi.

"Jangan ingat cikgu ni tak kenal anak-anak murid cikgu ye. Abang kamu ada tiga orang, yang satu kereta Saga, satu lagi Vigo, dan satu lagi Vios. Cikgu kenal betul dah kereta-kereta kamu ni. Ni yang cikgu tak tau ni." cikgu Salbiah mengarahkan jari telunjuknya ke arah kereta Bezza.

Aku hanya tersenyum dan terus melarikan diri masuk ke dalam kereta Bezza. Ajib yang ligat bermain wormzone dia tu terus terkejut bila dengar pintu kereta dibuka lantas ditutup.

"Ai, wak? Dah kenapa wak ni?" soal Ajib kehairanan.

"Wak, kita jalan cepat. Nanti kita cerita kat jalan."

Ajib menurunkan brek tangan kereta lalu keluar dari kawasan sekolah. Mulalah aku menceritakan pasal cikgu Salbiah tu.

"Hahaha. Wak baru kenal rapat cikgu Salbiah rupanya." gelak Ajib.

"Apasal wak gelak? Memangnya cikgu Salbiah tu kenapa?"

" Cikgu Salbiah tu guru disiplin zaman kita orang form four. Dia cikgu baru, tapi hari pertama dah tunjuk taring. Dia rotan semua pelajar kelas sebelah kita orang sebab bising sedikit je. Maklumlah sombongnya tu, sebab isteri pengetua sekolah kan."

"Tapi kan wak, takkan la hal peribadi pelajar tu pun dia nak sibuk? Itu kan hak pelajar."

"Ana, tak ada namanya hak pelajar kalau cikgu Salbiah. Sedalam mana rahsia kau simpan, sampai ke lubang cacing dia akan korek."

Biar betul cikgu Salbiah ni.

"Habis tu, cikgu Salbiah akan tau la juga pasal kita ni."

Ajib hanya ketawa sambil menggelengkan kepala.

Selama beberapa bulan menghadapi tingkatan lima ni, cikgu Salbiah aku kenal dengan biasa saja. Tapi bila dah dengar Ajib cerita pasal cikgu Salbiah macam ni, aku jadi takut setiap kali Ajib yang ambil aku kat sekolah.

...................... KEESOKAN HARINYA

"Leana!"

Jerit seorang lelaki dari belakangku yang cukup aku kenal dan sangat nak elak.

Joshua, lelaki yang cukup popular dan gilakan kak Rihana, sepupu aku yang sudah tamat sekolah menengah. Tapi Joshua tak pernah putus asa bila tahu yang kak Rihana ni lebih tua dari dia.

Joshua mengejar aku sehinggalah dia berdiri tepat di hadapanku. Aku dah tak boleh nak elak dah.

"Leana, kau tak dengar ke aku panggil kau tadi? Aku rasa suara aku cukup bergema kat sekolah ni tadi." ujar Joshua sambil tercungap-cungap mengatur nafasnya.

"Sorry, tak perasan dan tak dengar. Ada apa kau panggil aku tadi yang kononnya bergema suara kau kat sekolah ni? Padahal aku tak dengar pun kau panggil aku." kataku dengan nada yang jengkel.

"Kau pekak eh? Atau kau nak mengelak dari aku? Cause you found me annoying?"

Tahu juga mamat ni yang aku ni jengkel sangat dengan dia.

"Sebab kau memang annoying. Straight to the point. Ada apa? Cakaplah cepat." aku mempercepatkan waktu kami bercakap.

"Rihana apa khabar? Dia dah terima ke surat dan bunga yang aku hantar hari tu?"

Lelaki ni lebih psiko daripada Ajib. Psiko terang-terangan.

"Manalah aku tau. Kau tanya la dia sendiri. Aku ni bukannya dua puluh empat jam nak lekat dengan dia macam gam. Aku dan dia tak tinggal serumah kot." aku lebih menjelaskan lagi jengkelku.

"Leana, tapi kau kan rapat dengan dia. Takkan kau tak tau?"

"Joshua, walaupun aku rapat dengan dia, tak semestinya hal kecil begitu pun dia nak share kan kat aku. Ehhh.... dah lah. Malas nak layan kau. Kalau kau betul nak kat kak Rihana, jadilah gentleman."

Aku terus menolak badan Joshua yang menghalang laluanku.

"Hal kecil kau kata. Siap kau nanti." kata Joshua perlahan selepas aku meninggalkannya.

........................

"Adah, kau nampak tak buku teks sains aku? Lepas ni subjek cikgu Salbiah. Matilah aku kalau aku tak bawa buku teks time kelas dia. Satu padang tau aku kena lari. Dengan baju kurung lagi ni." kataku dengan cemas.

"Ahh? Kenapa pula boleh tak de? Aku ada nampak kau bawa buku teks sains tadi. Takkan lah tiba-tiba menghilang. Ada jin ke kat sekolah ni?" kata Syuhadah, teman semeja

"Adah... Tak payah la nak main jin-jin bagai."

"Nah, nasib baik aku ada buku teks sains lebih. Kau pakai lah dulu. Nanti lepas habis masa cikgu Salbiah, kau bagi balik la." Syuhadah menghulurkan buku teks sainsnya kepadaku.

"Terima kasih, Adah. Entah siapa yang dengki sangat dengan aku ni."

Aku dan Syuhadah bergelak ketawa mengingat nasib malang aku tentang buku sains dan cikgu Salbiah ni.

Cikgu Salbiah memasuki kelas kami dengan rotan bambu yang panjang. Dah memang senjata dia, tak boleh nak berpisah langsung. Seperti biasa, berdiri dan duduk kepada semua murid, kemudian berdiri lagi kepada murid yang tidak bawa buku teks.

"Baiklah, macam biasa. Siapa yang tak bawa buku teks, sila berdiri." arah cikgu Salbiah.

Tiada siapa yang berdiri. Nampaknya, semua bawa buku teks la ni. Hebat-hebat... Kali ni cepat belajar, cepat rehat.

"Cikgu! Saya tahu siapa yang tak bawa buku cikgu." kata Joshua yang duduk berhadapan dengan cikgu Salbiah.

Aku terus rasa cemas, tetapi aku tak terlalu ketarakan sebab buku teks Syuhadah ada kat depan aku.

Joshua memalingkan mukanya ke arahku. Sengaja aku menyembunyikan buku teks Syuhadah ke dalam laci. Syuhadah hanya mengerutkan dahinya kerana hairan dengan perbuatanku.

"Joshua, siapa dia?" soal cikgu Salbiah sambil mencekak pinggang dan menghayun rotannya.

"Leana, cikgu."

Sah! Memang ini kerja Joshua. Aku bingkas bangun lalu mempertahankan diriku.

"Eh, Joshua! Kau jangan nak tuduh aku yang bukan-bukan eh."

"Eh, Leana. Aku bukan tuduh. Aku cakap benda betul. Kalau tak bawa buku teks tu, mengaku je lah."

"For your information, buku teks sains tu ada je kat dalam laci aku. Ni dia." aku mengangkat buku sains itu.

Joshua terus membuka begnya lalu mengeluarkan buku teks aku.

"Leana, entah buku teks siapa yang kau pinjam tu. Kalau kau nak tau, ni buku teks kau. Aku yang ambil..."

Belum sempat Joshua menghabiskan ayatnya, cikgu Salbiah dah berdehem.

" Joshua, ikut saya ke bilik guru sekarang."

Aku tersenyum puas kerana menang. Kebenaran sudah terungkap. Kerana dengki, salah sendiri dia bongkar sendiri. Kalau betul kau syok sangat dengan kak Rihana, kau usahalah sendiri. Tak payahlah nak jadikan aku orang tengah kau. Penakut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience