Pagi-pagi lagi mama aku dah menghilang. Papa yang tiba-tiba panik mencari mama, terus mendapatkan aku di bilik tidur.
"Ana! Mama!" tercungap-cungap papa berlari.
Aku yang panik dengan gelagat ayah terus bangun dari katil.
"Kenapa, pa? Kenapa dengan mama?" soalku dengan nada yang cemas.
"Papa bangun tadi, mama dah tak de. Biasanya, mama yang kejutkan papa. Tapi pagi ni, papa dikejutkan oleh jam loceng papa. Kamu nampak mama tak?"
What?! Ingatkan apa yang dah berlaku kat mama tadi. Papa ni, buat panik orang je la.
"Hak alahai, mama keluar awal tadi. Tak sempat nak tanya mama pergi mana. Tapi, mama keluar tadi pun sebab excited. Entah kenapa. Mama nampak macam terburu-buru nak jumpa seseorang." kataku kepada papa.
"Hai... Mama kamu ni. Suka buat kejutan. Nasib baik jantung papa ni kuat lagi. Kalau tak, pendek nyawa papa." kata papa yang sedikit membuatku marah.
"Ish, pa! Tak baik tau cakap macam tu. Hidup mati bukan ketentuan kita." aku berkata dengan nada yang agak keras.
Papa hanya ketawa melihat reaksi mukaku. Papa terus menutup kesalahannya dengan menanyakan soalan yang mengarut.
"Mama kamu, tak bawa beg besar kan? Tak bawa kasut-kasut dia ke, tak kan?" soal papa yang membuatkanku hairan.
Awalnya aku keliru, tetapi semakin kuat aku berfikir, barulah aku faham maksud papa. Tergelak besar aku dengan papa sambil menggelengkan kepala.
Aku turun ke bawah dan terus ke dapur. Memandangkan Wonder Woman kita orang hari ni awal keluar dari rumah, aku je la satu-satunya wanita yang diharapkan untuk sediakan para Supermen ni sarapan. Nasib baik kena sayang. Papa, roti celup telur dan susu manis yang dipanggang serta kopi pahit. Abang Nazri dan abang Nariz pula, telur dadar campur kacang panjang serta neslo panas. Abang Nazir dan aku, selera berubah-ubah. Apa yang aku masak, itulah yang Abang Nazir makan. Boleh dikatakan, aku dan abang Nazir ni sehati sejiwa. Tapi bab belajar, Abang Nazir la yang menang antara kami bertiga.
Selesai sahaja bersarapan, papa terus mencium dahi aku dan menempatkan diri dalam kereta. Hari ni, papa tak bawa kereta kerana abang Nazri nak pinjam bawa ke airport. Hari ni, bakal kakak ipar aku datang ke rumah. Agaknya, dah mula kedengaran la tu tarikh mereka nak kahwin. Sebenarnya, kereta vigo abang Nazri boleh je pakai. Tapi, sebab kereta abang Nazri tu macam tongkang pecah, malu la dia nak bawa. Kereta Toyota Rush papa juga yang jadi sasaran abang Nazri. Aku selalu ditumpangkan abang Nazir ke sekolah dengan kereta Proton Saga FLX dia tu. Abang Nazir jenis yang mementingkan kebersihan. Sesiapa yang naik kereta abang Nazir, tidak dibenarkan makan dalam keretanya, kecuali mama. Kalau tak, itulah kali terakhir orang itu naik kereta abang Nazir.
*** RUMAH YUNITA, MAK AJIB ***
Kelihatan mak dan makcik Yun sedang rancak berbual. Tentang apa, tak tahu lagi. Aku masih tertanya-tanya, ke mana kelibat mama dari awal pagi tadi.
"Kak Yun, betul ke kak nak jodohkan Ajib ni dengan anak bongsu aku?" soal mama dengan nada yang teruja.
"Ha ah la. Aku baru dapat idea bernas ni masa kita jumpa kat hypermarket tu." kata Yunita dengan teruja.
"Ish, aku ni ok je. Tak pusing la aku nanti nak tunggu anak bongsu aku tu kahwin cepat-cepat. Ana je la satu-satunya anak perempuan aku. Nak juga aku rasa bermenantukan lelaki." kata mama.
"Haha. La... Milah. Aku ni bukannya apa. Aku ni berkenan sangat dengan anak bongsu kau ni, si Ana. Nak juga aku bermenantukan dia tu. Dapatlah kita berbesan." kata Yunita dengan teruja.
"Ha ah kak. Aku pun fikir macam tu jugak. Apa kata kita ikat je dulu tali pertunangan mereka berdua sebab dua tahun lagi baru Ana habis sekolah menengah."
"Eh, tak apa ka? Anak-anak lelaki kau macam mana?" soal Yunita.
"Alah, mereka tu masing-masing dah punya pasangan. Nazri dan Nariz dah pasti dengan pasangan mereka. Nazri dah nak kahwin, Nariz baru bertunang, Nazir hujung bulan ni dah nak bertunang. Aku rancang, macam mana kalau cuti sekolah hujung tahun ni?" plan mama yang mengukir senyuman Yunita.
"Aku setuju dengan cadangan kau." kata Yunita dengan nada yang gembira.
"Tapi kan kak, Ajib nak ke ditunangkan dengan Ana?" soal mama.
"Kalau pasal tu, jangan risau. Aku boleh uruskan." kata Yunita.
Terserlah senyuman manis dua orang wanita di ruang tamu rumah Ajib.
Selesai sahaja merancang, akhirnya mama pulang ke rumah. Mama tiba di rumah menjelang petang. Papa pula baru sahaja pulang dari kerja. Hari ni papa minta balik awal sikit atas permintaan mama sebab ada hal penting yang mama nak bincangkan.
"Abang, jom kita naik ke bilik." kata mama dengan suara menggoda.
Papa takkan naik ke bilik selepas balik kerja sebab takut papa terus tertidur. Itu la taktik mama nak ajak papa terus masuk bilik bila ada hal penting yang nak dibincangkan. Abang Nariz pula mula lah dengan otak tak betul dia tu. Kebetulan abang Nariz ada kat situ masa mama panggil papa.
"Ma... Pa... Tak cukup lagi ke kami berempat ni?" soal abang Nariz bersahaja.
Papa pun tak nak kalah.
"Lah... Tak salah juga kan. Dapat pahala juga kalau buat. Papa dan mama banyak rezeki. Lagipun, papa kan mampu." gurau papa lagi.
Helooo.... Tak nampak ke? Budak bawah umur kat ruang tamu ni juga?
Kedengaran pintu bilik mama dan papa ditutup dan dikunci. Disebabkan apa yang papa dan abang Nariz guraukan tadi, dah lain macam fikiran aku sekarang. Aku terus menguatkan suara tv dan itu yang membuatkan abang Nariz gelak besar.
"Ada apa, yang?" kata papa yang memberhentikan mama dari menarik tangan papa.
"Bang, Milah nak tanya ni. Papa ok tak kalau kita jodohkan anak bongsu Kak Yun dengan Ana?" soal mama dengan sedikit kerisauan.
"Anak bongsu Yunita? Bini Hussin tu?" soal papa dengan nada yang terkejut.
"Ha ah. Abang setuju tak?" soal mama lagi.
"Kalau nak ikutkan abang, abang pernah juga bincang hal tu dengan Hussin. Nak jodohkan Ajib dengan Ana. Tapi, takut pula kalau bahagian mama-mama ni tak setuju. Lagi satu, tuan punya badan tu, Milah dah tanya ke?" kata dan soal papa yang menimbulkan kegembiraan mama.
"Jadi abang setuju la ye?"
"Abang dengan Hussin nak juga berbesan. Tapi, kena tanya dulu Ajib dan Ana kalau mereka setuju."
"Kalau pasal tu, biar Milah dan kak Yun yang urus. Kalau masing-masing tuan punya badan setuju, hujung tahun ni kitaorang plan nak tunangkan mereka berdua." kata mama yang menimbulkan sedikit kerisauan papa.
"Eh, awal juga. Ana pun belum habis sekolah menengah, Milah dah nak tunangkan. Ana takkan setuju kalau macam tu. Ni, Tripe Naz tu Milah dah tanya?" soal papa lagi.
" Pasal tu, abang tak perlu risau. Esok mama minta triple Naz tu lambat masuk kerja sebab ada benda yang Milah nak umumkan." kata mama.
"Termasuk Ana?" soal papa risau kalau-kalau Ana tidak hadir dalam pengumuman mama.
"Termasuk Ana." jawab mama menamatkan perbualan.
Bila mama dan papa malas nak sebut nama-nama abang-abang aku, mama dan papa akan panggil triple Naz. Kerana nama abang-abang aku bermula dengan Naz, dan mereka ada tiga orang. Sebab tu mama dan papa pendekkan nama mereka jadi *TRIPLE NAZ*. Nak kata keluarga aku pelik, mereka tak pelik. Mereka cuma sporting.
Share this novel